Khairy Jamaluddin Jual Ayam Percik?

Khairy Jamaluddin Jual Ayam Percik?


Siapa sangka Khairy Jamaluddin ada bakat berlakon.
Scene dimulakan dengan KJ bagi duit baki kat pelanggan sambil cakap, “Terima kasih, datang lagi ye.”

Lepas tu, datanglah seorang wanita bertudung litup yang cantik, manis, anggun, ayu, lemah lembut nak beli ayam percik KJ. Tapi awek ni macam sombong sikit. Sebok dengan handphone dia.



KJ pon tanya, “Tiap-tiap minggu makan ayam percik saya. Tak jemu ke?”

Disebabkan awek ni tiap-tiap minggu beli ayam percik dia, KJ pon bagi satu ayam percik FREE. Polisi baru katanya, Buy 10 get one free. Smooth KJ.


Part last sekali yang paling best. Bila dia dapat tau awek tu kerja apa, dia punya puji memang terbaik! Tersipu-sipu malu sampai naik merah pipi awek tu dibuatnya.

Nak tengok bakat terpendam KJ sebagai pelakon? Tengok video kat bawah ni:

Neelofa Ciplak Tudung, Tempek Jenama Sendiri

Benarkah Neelofa menciplak tudung dan menukar ke jenama sendiri? 

Timbul dakwaan bahawa artis popular Neelofa telah menciplak tudung dari seorang designer lalu menempek jenama sendiri. Betulkah dakwaan tersebut? 

Pemilik kepada butik Sastra Hijab telah mendakwa bahawa Neelofa telah meniru design tudungnya. Beliau mendakwa bahawa Neelofa dan keluarganya pernah singgah ke butik beliau untuk membeli tudung dan beliau tidak menyangka hal ini akan berlaku. 

Namun, pemilik butik berkenaan cuma menyedari rekaan tudungnya diciplak setelah Neelofa memuat naik tutorial memakai tudung di Instagram. 

Designer tersebut cuba membuat teguran di ruangan komen tetapi telah diblock oleh Neelofa. Tiada pilihan lain, designer tersebut terpaksa membuat serangan secara terbuka serta disokong oleh rakan-rakan beliau. 

Jika benar dakwaan ini, Neelofa seharusnya tampil dengan penjelasan bagi menjelaskan isu secara terbuka. 

Tiket Konsert Kedua AF2014 Percuma

Bagaimana Nak Tengok AF2014 Konsert Kedua Percuma

Tinggal empat hari sahaja lagi sebelum 12 pelajar #AF2014 kembali berentap di konsert kedua yang akan berlangsung Ahad  ini bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). 


Justeru itu, pihak Astro Gempak ingin memberitahu berita baik buat para peminat AF yang ingin merasai sendiri kemeriahan dan kehangatan konsert #AF2014. Dua pasang tiket percuma menanti pembaca bertuah Portal Astro Gempak.


Caranya mudah sahaja, anda perlu nyatakan siapakah pelajar #AF2014 kegemaran anda?
Sila hantarkan jawapan tersebut beserta butiran peribadi anda iaitu:

1. Nama dan No Kad Pengenalan

2. Alamat

3. No Telefon

Butiran tersebut perlu diemaikan kepada ([email protected]).

Bagi pelanggan setia Astro, anda juga berpeluang untuk menebus tiket bagi menyaksikan konsert #AF2014.

Caranya mudah sahaja, anda boleh menebus tiket tersebut menerusi astro circle di www.astro.com.my/astrocircle.

Lagu Tugasan Konsert Minggu Kedua

Apakah tema untuk minggu ke dua? 

Setelah menempuh konsert pertama minggu lalu, para pelajar telah menerima tugasan untuk minggu ke dua. Apakah tugasan yang mereka terima untuk konsert minggu kedua? 

Tema minggu kedua adalah hit 90an. Lagu-lagu yang pernah popular pada era 90an. Sudah pasti minggu kedua lebih menarik kerana para pelajar tidak mempunyai pilihan dan akan menyanyi lagu yang telah dipilih untuk tenaga pengajar. Pastinya para peminat Akademi Fantasia tidak sabar akan konsert minggu kedua yang akan  berlangsung pada Ahad ini. 

Berikut adalah lagu yang bakal dinyanyikan oleh para pelajar AF 2014 ini. 

  • Nuha – Setelah Aku Kau Miliki (Shima)
  • Wawa – Wajah Kekasih (Siti Nurhaliza)
  • Azwan – Bernafas dalam Lumpur (Wings)
  • Adel – Kalau Mencari Teman (Ziana Zain)
  • Farez – Langkah Seiringan (Exists)
  • Ewal – Ada (M. Nasir)
  • Nina – Zombie (The Cranberries)
  • Zarif – Disana Menanti disini Menunggu (Ukays)
  • Muna – Diam diam jatuh Cinta (Ramlah Ram)
  • Firman – Gerhana Cinta Luka (Iklim)
  • Ziha – Kau yang Teristimewa (Aishah)
  • Aman – Kacang (David Teoh feat Cat Farish)



Konsert Pertama AF 2014 Tiada Penyingkiran

Adakah AF 2014 akan medapat sambutan?

Akademi Fantasia baru sahaja membuka tirainya pada Ahad lalu. Konsert minggu pertama AF 2014 dimulakan dengan pengenalan tenaga pengajar serta pengetua yang baru iaitu Hattan. Kemudian disusuli pula dengan juri tetap iaitu Raja Azura. Juri undangan pula penyanyi Tam Spider dan Ramli MS


Walaupun baru sahaja minggu pertama konsert AF, rancangan popular itu telah mendapat komen-komen yang ratanya agak pedas menghentam rancangan itu. 


Di media sosial terutamanya mendapat kritikan yang agak pedas terutama pelajar-pelajar AF itu sendiri. Komen dari juri kepada pelajar juga boleh dikatakan pedas. Antara yang menerima kritikan dari Ramli MS ialah Farez yang menyanyikan lagu Nirmala dari Siti Nurhaliza. Memetik kritikan Ramli MS bahawa lagu perempuan dinyanyikan oleh penyanyi lelaki sepatutnya digubah sesuai dengan suara lelaki. Selain itu, desas desus juga terdengar bahawa Ikhwal atau Ewal yang dikatakan sudah mempunyai album tidak sesuai menyertai AF 2014. Ada juga mengatakan Ewal adalah juara yang telah dirancang.
Selain dari pelajar, juri tetap Raja Azura juga mendapat kritikan hebat di oleh netizen. Ini kerana komen-komen beliau keatas pelajar yang dianggap tidak sesuai dan kosong. Antaranya mengapa Raja Azura mempersoalkan pilihan lagu Azwan sedangkan tema minggu itu ialah pilihan sendiri. Selain itu, ramai tidak berpuas hati komen Raja Azura yang mengatakan suara pelajar Firman lebih sedap dari Tam Spider. 

Konsert minggu pertama ini dianggap tidak hambar kerana diterajui oleh Zizan dan Jihan yang banyak menghidupkan suasana dengn lawak mereka yang selamba.

Seperti biasa, pada akhir konsert terdapatnya kejutan. Kejutan pada minggu pertama adalah dengan Jihan ‘tersingkir’ dari mengacara konsert AF. Jihan akan digantikan dengan Faisal Ismail atau FBI. Tiada penyingkiran pada minggu pertama.