Israel Lancar Serangan Darat KeAtas Gaza

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah mengarahkan tentera Israel untuk melancarkan serangan darat ke atas Gaza. 

Sejumlah besar tentera Israel telah memasuki Gaza dalam fasa terbaru operasi Protective Edge menurut jurucakap IDF telah mengesahkan operasi itu. 

Israel telah mengarahkan seramai 18,000 tenteranya dalam laporan AP. Tetapi tidak dapat disahkan berapa ramai yang terlibat dalam serangan darat. 

Jurucakap Ketua tentera Israel Brig. Gen. Motti Almoz menggesa penduduk Gaza untuk berpindah dari kawasan operasi kerana sejumlah besar tentera akan terlibat dalam operasi berkenaan. 

Menurut laporan dari jurucakap tentera Israel, operasi ini adalah untuk menghancurkan terowong rahsia Hamas. 

Hamas, dalam kenyataan lain berkata tindakan Israel itu sebagai “bodoh” dan akan mendapat kesan yang burk. Bercakap di CNN, jurucakap Hamas Fawzi Barhoum dipetik sebagai berkata “Pencerobohan darat ke atas Gaza oleh Israel adalah langkah yang berbahaya dengan kesan yang tidak diketahui. Israel akan menerima tamparan hebat.” 
Saksi dan penduduk Gaza melaporkan meriam dan peluru berpandu di sepanjang sempadan Gaza.