Cerita Hantu Kem PLKN

Nota kaki- kem ini dah tutup. Tak tahu bile tutup dan sebab apa.ini pengalaman saya di kem PLKN. Utk pengetahuan. Saya batch first Utk program ini. Hehe. Siri ke berapa tu rahsia
Keadaan kem? Dekat dengan laut. Sebelah kolam udang.

Cerita 1
Lazimnya kem plkn mmg bilik airnya besar dan harus berkongsi mandi
Tengah4 ada kolah besar macam kat masjid
Suatu hari kawan saya nak mandi tgh malam panas katanya. Dia pergi dan ternampak ada perempuan tgh basuh rambut dkt kolah. Rmbut panjang .celup dalam kolah dah di belai3. Kemudian. Perempuan tu cabut kepala..dan celup kepala dalam kolah tu berkali kali.then angkat kepala dan palingkn kepala ke arah kawan saya. Kawan saya pengsan.die ckp
“Muke nya d belah3 cm kene pisau”

Cerita 2
Masa itu kejadian ribut
Sini selalu ribut malam.tetiba je. Selalunya memang akan ada khemah yang trbang dek angin lintang
Suatu hari khemah sebelah kene angin.masa tercabut. Diorag nampak berpuluh ekor pontianak mungkin. Berlegar3 atas diorang.Kain berjumbai3 dan masing3 berambut panjang.

Cerita 3
Kawan saya pakai selipar yg nipis tu yang Bila kena air akan berbunyi ‘ sreet.sreeet.sreeeeeet’ dalam line khemah kami.mmg dia je yg ada kasut tu.satu malam terdengar. Kuat.malam.keliling khemah. Dan ketika tu kawan saya bisik
“Man… Fauzi kan balik kampar.kakak die kawen”

Cerita 4
Ada wirawati perempuan bawak balik telur rebus ke khemah walaupn cikgu dah warning. Akhirnya kene rasuk..bibir hitam
Lidah hitam.meracau3
Kami di arahkan baca yassin dalam surau

Cerita 5
Saya ke toilet nak lepaskan hajat.
Tiba tiba terdengar suara budak kecik
Berlari3 dlm toilet.sambil.mengira dan menguak daun pintu toilet.ada 6 jamban kesemuannya.saya paling last.
“Satu..dua..tiga.empat..lima” kedengaran suara budam kecil. Yg ke enam adalah saya

” ada orang lah…..heeeeeeeeee heeeeeee”

Terus saya berlari keluar. Tak tengok sekeliling”

Cerita 6
Hal yang sama.pasal budak kira pintu.tp masa kawan saya kena. Budak tu tak cakap ” eh ada orang la”

Tetapi. Ada bende bercangkung dari atas.mengangkang.melihat kawan saya dengan lidah yang panjanng sedepa sambil berkata

” eh..ada orang”
Kawan pengsan

Cerita 7
Lewat malam. Semua dah tidur. Ada wirawati konon3 nak hisap rokok. Pergi duduk belakang kawasan khemh.kat situ ada pokok besar. Tetapi hajat terbantut. Masing2 di sepak dan ditendang secara ghaib
Siap ada yg ptah gigi. Bila cikgu soal siasat
“Kan saya dah cakap jgn pergi situ hisap rokok. Ada sebab sy cakap mcm tu!kenapa degil!korang dah nyala rokok kan.lepas tu baru kena kan?!”

Dorang yg jadi mangsa angguk
Sambung cikgu
“Ada tak dengar suara lelaki suruh bakar colok.kemudian baru korg kene?!”

Mereka semua mengangguk.

Cerita 8
Ada seorang kawan.mulut celupar.katanya budak damansara. Elit konon. Dia cakap dia nak jumpa hantu tu nak mintak nombor la.nak selak kain langsuir..nak ikat mati tali pocong
Mcm3 gurauan. Satu malam die kene.Kawan saya nampak. Dekat belakang toilet ada ampaian. Kawan cakap nampak budak elit tu kene tenggek dengan hantu. Hantu tu masukkan lidah dalam mulut budak tu.then. budam tu terus di rasuk.mengilai3. Meracau3
Sudahnya. Family ambil balik.terus kecuali buat PlKN. Sebab terus tak sihat.

Cerita 9
Satu malam. Khemah wirawati di rasuk histeria. Ada budak cina kene jugak. Punca?buang pad dekat jamban tak basuh. Malam tu ada cikgu perempuan berpangkat jugak dalam askar cakap.
Dekat toilet.bersepah3 benda tu merangkak3 mencari darah haid. Ada yang merangkak.bergayut. jenuh malam tu nak di pulihkan.

Cerita 10
Ada kawan ajak teman sida baju.
Tetapi yang teman dia bukan kawan dia. Kawan yang kene tu cerita.

“Kamu tahu tak.benda tu selamba je pisahkan3 anggota badan.gantung kan ampaian
Dia start dengan cabut tangan dan letak atas ampai
Then kepala”

Kawan saya tu sempat lari.
Sambil terberak3