Isu Catuan Air : Umno Selangor teringin sangat berdemo

Umno Selangor mengancam mengadakan protes terhadap kerajaan negeri jika catuan air yang menjejaskan banyak pihak di Lembah Klang tidak ditarik balik.

Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar memberikan masa kepada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat itu sehingga 4 Mei ini untuk berbuat demikian.
Katanya, jika tuntutan itu tidak dipenuhi, mereka akan mengadakan demonstrasi dan program jelajah bersama kumpulan NGO dan penduduk terjejas.

Perkara itu bukan usaha Umno semata-mata, sebaliknya semua rakyat harus bangkit mempertahankan hak mereka untuk mendapatkan bekalan air, kata Noh.


p/s: Demo bukan budaya kita.