Tepuk Kuat-Kuat, Akhirnya Pangkah BN Juga

Tepuk kuat-kuat, nanti pangkah BN juga,” seloroh Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming pada satu ceramah ketika berkempen di Kuala Kangsar baru-baru ini. Walaupun ia satu gurauan, di sebaliknya adalah pengakuan betapa sukarnya menewaskan Barisan Nasional (BN) lebih-lebih lagi pada pilihan raya kecil (PRK) yang dibanjiri taburan janji pembangunan.


Sejak dari mula, kemenangan Datin Mastura Mohd Yazid pada PRK Kuala Kangsar memang sudah dijangka. Begitu juga kemenangan Budiman Mohd Zohdi di Sungai Besar.

Apa yang tidak dijangka barangkali majoriti besar yang diterimanya, 6969 di Kuala Kangsar (dari hanya 1,083 pada 2013) dan 9,191 di Sungai Besar (dari hanya 399 pada 2013).

Menyedari kenyataan ini, maka pembangkang, PAS dan Amanah, seolah-olah lebih tertumpu mendapatkan pingat perak, iaitu tempat kedua. Ceramah PAS menjadi medan menghentam Amanah, dengan fokus terhadap usul memperkasakan undang-undang Syariah, yang dilihat sebagai batu loncatan sebelum melaksanakan hudud di Kelantan.

Kritikan terhadap BN hanyalah lauk tambah. Tidak jelas apakah tawaran dan program PAS untuk rakyat. Amanah yang mewakili Pakatan Harapan pula, walaupun konsisten membawa isu nasional dan menyerang BN, seperti sudah tahu sukar menewaskan BN.

Tetapi hakikatnya, undi yang diterima calon PAS di Kuala Kangsar, Dr Najihatussalehah, tidak banyak beza daripada calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli. Kedua-dua pihak tidak boleh mendabik dada mendapat tempat kedua, iaitu PAS di Kuala Kangsar dan Amanah di Sungai Besar.

Selain itu, PRK ini juga pertandingan antara pemimpin tertinggi BN, PAS dan Pakatan Harapan. Karisma pada calon, kalau pun ada, ditenggelami pemimpin mereka yang mendominasi kempen serta saban hari bertikam lidah antara satu sama lain.

Pemuka Pakatan Harapan dibantu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dengan serangan terhadap Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Bagi PAS, serangan ditumpukan terhadap bekas rakan seperjuangan mereka dalam Amanah.

Dan BN kekal dengan strategi tradisi mereka: politik pembangunan. Disebabkan ia strategi BN yang diguna pakai sejak sekian lama, bolehkah pembangkang menjadikannya alasan kekalahan?

Hakikatnya, pengundi tidak membeli agenda yang dijual pembangkang, di samping faktor mereka kini berpecah dua. Apakah Pakatan Harapan dan PAS akan kembali ke meja rundingan? Bagaimana pula perancangan Dr Mahathir seterusnya?

Kenapa Berpesta di Bulan Ramadhan?

“Bufet Ramadan… Majlis Berbuka Puasa di hotel ini dikenali antara yang paling menarik… Telah menarik pelanggan yang bertambah untuk penghiburan korporat dan jamuan selera keluarga… Menunya meliputi lebih daripada 100 hidangan sehari… Sambil berbuka puasa anda akan dihiburkan dengan persembahan muzik Ghazal Asli… Surau juga disediakan untuk kemudahan pengunjung Muslim… RM95 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak…”


Bulan ramadhan hanya tinggal 13 hari lagi. Iklan-iklan seperti ini pasti akan muncul lebih banyak apabila kita hampir dengan bulan yang mulia itu. Berbuka puasa, atau iftar secara tradisinya di rumah bersama ahli keluarga atau di masjid dalam suasana penuh berkat telah bertukar menjadi pesta membazir dengan 101 jenis hidangan. Adakah bulan Ramadhan yang dirindui kini lebih dinanti kerana gahnya hidangan makanan sewaktu berbuka puasa? Nabi Muhammad SAW hanya berbuka puasa dengan hanya 3 biji kurma sahaja. 

Ramadan sepatutnya menjadi bulan untuk beribadat bagi umat islam dimana Allah memberikan peluang kepada umat Islam untuk menambah dan mengukuhkan takwa mereka. Namun ianya telah dicemari pesta makanan dan pembaziran yang melampau. Puasa kita tidak bermakna melainkan kita berusaha untuk menjadi lebih bertakwa. Jika tidak ia seperti mana yang disabdakan oleh Nabi S.A.W.: “Ramai yang berpuasa malangnya mereka tidak mendapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga.”

Pada tahun lepas Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) melaporkan bahawa setiap Ramadan 200,000 tan makanan dibuang ke dalam tong sampah iaitu Secara purata 9,000 tan makanan dibuang setiap hari pada bulan Ramadan.

Al Quran mengecam mereka yang membazir dan bersikap boros sebagai saudara syaitan. [Surah Al-Isra Ayat 26, 27] Seterusnya, Allah berfirman di dalam Al-Quran: “…dan makanlah dan minumlah dan jangan pula kamu melampau. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.” [Surah Al-Araf Ayat 31]
Pengkomersialan bulan Ramadhan atau AidilFitri ini menjadikan kita begitu taksub untuk membeli barangan ataupun perkhidmatan yang tidak perlu. Pendek kata, buktikan bahawa dalam bulan yang berkat ini, umat Islam bukan sekadar melaksanakan rukun Islam ketiga tetapi umat Islam juga adalah umat yang prihatin terhadap tanggungjawabnya untuk mengurangkan sisa makanan bagi memperoleh persekitaran yang lebih sihat. 

Jauhi pembaziran makanan dan ingatlah bahawa makanan yang anda buang mungkin merupakan rezeki orang lain. Segala perbuatan yang menjurus kepada amalan pembaziran baik dalam apa bentuk sekalipun perlu dihindarkan

Sikap Penting Lelaki Berkahwin Yang Gagal Diamalkan

Alam perkahwinan sememangnya indah. Namun, asam garam kehidupan berumah tangga amatlah mencabar setiap pasangan. Kami ingin kongsikan satu kisah khas dari Khalid Pattali buat para suami dalam menempuh alam perkahwinan agar kekal hingga ke akhir hayat. Jangan lupa kongsikan kisah ini buat insan tersayang! 

Ini adalah tahun ketiga aku menetap di Turki. Sudah bermacam-macam orang aku pernah bawa berjalan di sini. Tapi aku baru perasan satu perkara yang aku rasa menarik untuk dikongsi.

Selalu juga aku dapat pelanggan/peserta trip yang berjaya dalam hidup, kaya & mempunyai pengaruh dalam masyarakat. Mereka ini bermusafir dari jauh untuk bercuti di Turki. Kebiasaannya paling sedikit, 3 hari aku akan bersama-sama mereka.

Saidina Umar pernah mengajarkan jika hendak mengenali seseorang kita hendaklah bermusafir dengan orang itu. Kerana bermusafir ini memerlukan seseorang itu meninggalkan zon selesanya. Berada dalam keadaan zon tidak selesa selalunya kita boleh melihat karakter sebenar seseorang.

BERSIKAP BAIK / LEMBUT TERHADAP IBU & ISTERI SENDIRI.

Itulah karakter yang aku selalu lihat ada pada pelanggan-pelanggan aku yang aku kira sebagai seorang berjaya, kaya atau mempunyai jawatan baik dalam kerjaya atau masyarakat.

Walaupun pangkat mereka besar seperti GM Petronas, pengarah syarikat, Dato’ tetapi apabila bercakap dengan ibu atau isteri sendiri, mereka amat berlembut. Tidak pernah lagi aku bawa orang-orang besar yang bersikap kasar dengan ibu atau isteri mereka.

Ada yang isterinya agak cerewet tetapi sang suami tetap bersikap tenang dan menurut sahaja kehendak isteri.

Itulah juga sikap abah aku sepanjang 32 tahun aku hidup tidak pernah aku tengok abah berlaku kasar terhadap mak aku malah bergaduh mulut pernah sekali sahaja aku lihat sewaktu kecil dahulu.

Abah aku ini hanya imam kampung biasa, pencen kerja kerani gaji terakhir tidak lebih RM1,500 tetapi dicukupkan rezeki dari segala hal.

Mungkin berkat kesabaran dan kelembutan melayan ibu dan isteri menambah pintu-pimtu rezeki untuk suami.

Namun realitinya, bagi aku sendiri bukan mudah nak jadi suami yang baik dan penyabar. Mungkin lebih mudah nak meratakan gunung dari menjadi suami yang baik. Perjalanan menjadi suami atau isteri sumpah sangat panjang.

Pada adik-adik yang belum berkahwin jangan mudah terpedaya dengan post-post manis bergula dari orang yang baru berkahwin setahun dua. Tips-tips kahwin yang bajet-bajet ‘deep’ bajet ‘islamik’ dari pasangan yang baru berkawin di instagram tu bolehlah diabaikan.

Percayalah mereka masih lagi di fasa menanam tebu di tepi bibir.

Najib Buktikan “Cash Is King” Di Sarawak

Terbukti dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengamalkan budaya “cash is king” (wang adalah raja) benar dengan beberapa pengumuman bernilai jutaan ringgit ketika kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Dr Mahathir sebelum ini mengecam Najib kerana membeli ketua-ketua bahagian Umno sehingga ramai yang tidak menegurnya walaupun secara terang-terangan bertanggungjawab menghilang berbilion wang negara dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Tidak cukup dengan itu, Dr Mahathir juga mengatakan Najib seorang penyembah wang dengan menggunakan ia sewenang-wenangnya demi memastikan menang dalam pilihan raya negeri kali ini.

Melihat cara Najib menabur wang dengan pengumuman projek dan bantuan kononnya untuk membantu rakyat Sarawak membuktikan betapa terdesak perdana menteri yang sedang terpalit dengan skandal kewangan terbesar dalam sejarah negara dan mungkin juga dunia.

Dalam pengumuman Bajet 2016 lalu, kerajaan menyediakan peruntukan yang lebih besar berjumlah RM2.65 bilion, bagi pembangunan luar bandar, lebih tinggi berbanding RM2.35 bilion yang diperuntukkan pada tahun lepas dan RM2.19 bilion pada 2014.

Peruntukan tersebut dikatakan bajet untuk Sarawak memandangkan mereka akan mengadakan pilihan raya negeri, ternyata dakwaan itu benar apabila hanya semasa tempoh kempen pilihan raya projek dan bantuan yang entah tiba-tiba turun di bumi kenyalang itu.

Jika keputusan pilihan raya kali ini tidak menyebelahi Najib atau kerusi yang dimenangi semakin berkurangan, kemungkinan pentadbiran beliau akan berdepan dengan masalah memandangkan masalah sedia ada pun masih tidak selesai.

Sepanjang tempoh kempen pilihan raya, hampir setiap hari akan muncul berita daripada media arus perdana mengenai peruntukan berjuta-juta yang diumumkan oleh Najib ataupun timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Seperti biasa dalam setiap kempen pilihan raya, alasan kononnya untuk pembangunan meniti di setiap bibir ahli politik, terutamanya calon Barisan Nasional (BN).

Peliknya, ketika dalam musim pilihan raya kita akan mendengar isu pembangunan menjadi perkara paling mustahak tapi tidak pula semasa hari-hari biasa.

Adakah hanya pada hari biasa pembangunan tidak diperlukan di Sarawak?

Pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo sebagai contoh, ia war-warkan sebagai platform utama untuk pembangunan di negeri borneo itu, namun lebih menariknya ialah 11 kerusi Dewangan Undangan Negeri (DUN) baharu berada dalam jajaran lebuh raya tersebut.

Nampaknya, jika BN menang sekalipun dengan kelebihan dua pertiga atau lebih banyak kerusi berbanding sebelumnya, ia disumbang oleh kerusi-kerusi baharu ini yang digula-gulakan dengan janji pembangunan.

Begitu mudah untuk Najib menjustifikasikan kemenangannya nanti, jika begini kerajaan Najib menang dengan kaedah penipuan secara terang-terangan.

Berbalik semula kepada isu “cash is king”, pilihan raya kali ini membuktikan sama sekali Najib sebenarnya “raja wang” dengan hampir setiap hari berjuta-juta wang turun untuk setiap kawasan yang BN bertanding.

Tahniah untuk kerajaan Najib

Luahan Hati Ini Pasti Buat Anda Mahu Telefon Orang Tua Sekarang

Allah telah memerintahkan kita untuk berbakti dan berbuat baik kepada kedua orang tua dan melarang kita untuk durhaka kepada keduanya. Dalam Al-Quran dan Hadis, Allah telah memberikan peringatan yang sangat keras agar kita tidak derhaka kepada kedua orang tua kita. Bilakah kali terakhir kita menelefon orang tua kita? Jika anda baca 3 luahan hati yang ditulis oleh Syafiq Ridhwan ini pasti anda akan menelefon mereka dengan kadar segera.


Tadi aku gurau-gurau dengan seorang kawan. Kami main cakap-cakap dengan Siri iPhone.

Disebabkan slang Melayu ni, Siri punya feedback jadi lawak.

Tengah syok ketawa, kawan aku tu cakap sambil tergelak.

“Siri, should i keep hoping that Allah will bring my parents back to me.”

Aku terdiam sambil tengok dia. Dia tergelak.

“Aku main-main ja pek. Haha.”

Aku senyum je.

Kau tahu kawan aku ni anak yatim piatu. Tapi dia kuat.

Dia selalu cakap kat aku kita hidup ni selagi ada parents, jaga baik-baik. Janganwat depa sedih. Aku respect dia sebab dia memang tabah.

Mohon doakan kawan aku sorang ni.

Semoga Allah merahmati kehidupan dia dunia dan akhirat.

InsyaAllah. Ameen.

Melawat Kubur

Pernah dulu, bila hujung minggu free, aku teman sorang kawan aku ni pergi lawat kubur ayah dia.

Ayah dia meninggal waktu dia kecil lagi. Dia pun kalau ditanya macam mana rupa ayah dia, dia tak berapa ingat. Gambar jelah tempat dia lepas rindu.

Bila sampai di kubur, aku biarkan dia monolog sorang-sorang. Biasanya aku akan tolong cabut-cabut rumput sekeliling sambil biarkan dia luahkan perasaan.

Kau tahu, dia cakap apa.

“Ayah, orang tak tahu macam mana hidup orang kalau ayah masih ada.

Tapi Allah dah beri banyak kemudahan pada orang sepanjang hidup orang dari dulu sampai sekarang.

Allah permudahkan belajar, kerja, even lepas ni orang akan kahwin dah.

Teringin sangat nak ayah tengok semua benda ni.

Teringin nak gelak sama-sama kongsi segala rezeki Tuhan bagi ni.

Teringin nak tangkap selfie dengan ayah waktu kahwin nanti.

Tapi, Tuhan tu sayangkan ayah. Orang rindu ayah.

Semoga ayah tenang dekat sana.

Kita jumpa di Syurga kelak.”

Aku tinggalkan dia kejap. Menangis.

Semoga kau tabah selalu sahabat.

Cari Emak

Bila sedih mesti cari Puan Emak.

Bila nak buat sesuatu keputusan mesti call beliau.

Bila penat kerja esaimen berlambak, call beliau.

Bila kecewa dengan kerenah manusia, call beliau.

Dan beliau tak putus putus bagi semangat dari dulu sampai sekarang. Allah.

“Redha Allah itu atas redha kedua ibu bapa.”

Kan.

Maaf Zahid, Isu 1MDB Masih Belum Selesai

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak menerima penjelasan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al Jubeir mengenai derma RM2.6 bilion serta menjadikannya satu titik noktah.


“Saya fikir, mesti berjiwa besar menerima penjelasan dan hakikat ini…siapa pun, mantan Perdana Menteri sekali pun terimalah hakikat bahawa penjelasan ini adalah suatu titik noktah,” katanya. Beliau berkata selain menerima penjelasan Menteri Luar Arab Saudi Adel Al-Jubeir bahawa derma itu datang daripada negaranya, pihak yang telah memutarbelitkan isu berkenaan juga perlu menterjemahkannya dalam bentuk tindakan.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata isu derma tersebut telah dipolemikkan oleh pihak tertentu dengan pelbagai tujuan sehingga menyebabkan rasa menyampah rakyat mengatasi realiti sebenar.

Bagi Tun Mahathir, bercakap saja tidak memadai dan ia mestilah disertakan dengan bukti-buktinya sekali. Sedangkan kalau kita pindahkan wang RM10 pun ada resit, inikan pula wang sebanyak ribu juta jumlahnya. 
Kata-kata Menteri Luar Arab Saudi pula menjadi bahan ketawa Beliau dijadikan bahan persendaan bukan saja kerana sebelum ini pernah mengatakan wang itu adalah pelaburan, tetapi juga kerana logik kata-katanya hampir tidak ada sama sekali untuk dipercayai.
Secara umumnya boleh dikatakan, dalam sepuluh orang, barangkali tujuh atau lapan masih tidak mempercayai, sama ada Najib mahu pun Adel Al Jubeir, berhubung isu wang yang menjadi bahan sensasi di seluruh dunia itu.
Maaflah Zahid, segala-galanya belum ada titik noktahnya lagi…

Yuran RM20, Hadiah Menang RM30?

JUNIOR CYCLING MALAYSIA


Saya skodeng halaman web JCM (Junior Cycling Malaysia) anjuran Kementerian Belia dan Sukan.

Rupanya penyertaaan bukan hanya memerlukan pendaftaran TETAPI dikenakan yuran pendaftaran.

Ya, JCM collect wang penyertaan.

Seorang ibu mengeluh yang dia dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM20 untuk anaknya.


Let me get this straight.

JCM bawah KBS kutip RM20 untuk seorang peserta junior dan hadiah nombor satu adalah RM30..?

Are you kidding me..?

JCM buat duit ke nak menjana talent remaja..??

Menurut laporan NST, Kementerian Belia dan Sukan memperuntukkan 2 juta ringgit untuk circuit JCM.

2 JUTA RINGGIT.


So budget 2 juta dan JCM jugak mengambil yuran pendaftaran untuk peserta.

Rintihan Khairy Jamaluddin…

I quote..

Saya akui, jumlah wang yang diberikan sebagai hadiah kemenangan memang kecil. Pihak JCM memilih untuk buat demikian sebab yang paling penting untuk kategori umur kanak-kanak adalah minat, pengalaman penyertaan dan kemahuan untuk menang bukan kerana habuan wang. Jika dari peringkat kanak-kanak kita sudah biasakan mereka dengan hadiah wang tunai, saya risau mereka akan lupakan matlamat utama mereka berjuang dalam sukan.

End of quote

Wah, Khairy tak mahu kanak-kanak dibiasakan dengan wang tetapi mengenakan yuran RM20 untuk kanak-kanak itu masuk pertandingan.

Hebat Khairy bermain perkataan.

Adalah salah untuk memberi habuan wang ringgit yang banyak pada kanak-kanak tetapi adalah tidak salah untuk mengenakan yuran RM20 untuk kanak-kanak tersebut.

Hadiah tempat pertama untuk peserta bawah 11 adalah RM30 dan tempat kedua adalah RM20.

Jadi yuran pendaftaran adalah sudah hadiah tempat ke-2

Hebat YB Khairy memain sentimen kanak-kanak tidak boleh mendapat habuan duit.

Tetapi disebalik itu mengenakan yuran kepada peserta.

HEBAT YB.

HEBAT..!!

kredit: Reza Zainal

“Sanggup Turun Berkhemah Lawan Najib?”

Kepada mereka yang komen aku ni hanya pandai lukis poster mengkritik politikus dalam Facebook tapi tak buat apa-apa “action”, aku nak tanya korang soalan ni. Apa yang korang sendiri sanggup buat untuk “Selamatkan Malaysia” dari Najib Razak?
Dekat Mesir, anak-anak muda turun protes dengan berkhemah dan occupy Dataran Tahrir selama 18 hari untuk lawan rejim dan menuntut perubahan.

Dekat Turki, anak-anak muda turun protes dengan berkhemah dan occupy Dataran Taksim selama 18 hari untuk lawan rejim dan menuntut perubahan.

Dekat Sepanyol, anak-anak muda turun protes dengan berkhemah dan occupy Dataran Puerta del Sol selama 25 hari untuk lawan rejim dan menuntut perubahan.

Dekat China, anak-anak muda turun protes dengan berkhemah dan occupy Dataran Tiananmen selama 50 hari untuk lawan rejim dan menuntut perubahan.

Dekat US, anak-anak muda turun protes dengan berkhemah dan occupy Dataran Zuccotti selama 59 hari untuk lawan rejim dan menuntut perubahan.

Dekat Greece, anak-anak muda turun protes dengan berkhemah dan occupy Dataran Syntagma selama 60 hari untuk lawan rejim dan menuntut perubahan.

Dekat Hong Kong, anak-anak muda turun protes dengan berkhemah dan occupy tengah-tengah bandar kawasan Central (lihat gambar di atas) selama 74 hari untuk lawan rejim dan menuntut perubahan.

Dekat Mexico, anak-anak muda turun protes dengan berkhemah dan occupy seluruh bandar Oaxaca selama 150 hari untuk lawan rejim dan menuntut perubahan.

Dekat Malaysia berapa hari korang sanggup untuk turun protes dengan berkhemah untuk lawan koruptor Najib Razak?

‪#‎SelamatkanMalaysia‬ ‪#‎KitaSemuaPenghasut‬

-Fahmi Reza

KL Menjerit, Rempit Tersepit, Kapitalis Menggigit

Kita tidak perlu hairan apabila Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor secara tiba-tiba membuka mulutnya mencadangkan supaya komuniti rempit di ibu kota mendapat peluang berlumba di jalanraya, dengan kerjasama dan pemantauan pihak berkuasa.
Ini petanda mungkin ada orang cuba mahu dapatkan projek daripada menteri Umno tersebut. Ya, semudah itu. Maka jangan hairan dan mempersoal sama ada Tengku Adnan atau lebih dikenali Ku Nan memang sebodoh itu mahu menghalalkan lumba haram. Tidak ada kena mengena langsung.
Ku Nan bukan orang bijak bestari yang akan membazir masa memikirkan langkah-langkah menangani pokok pangkal permasalahan aktiviti lumba haram di kalangan anak muda kelas pertengahan serta gejala-gejala sosial yang berlanjutan daripadanya. Ku Nan tidak sebegitu cerdik.
Sekiranya Ku Nan ditanya pemberita, “Apa langkah yang mahu diambil bagi menangani masalah lumba haram di Kuala Lumpur?” beliau hampir sahaja pasti tidak akan menjawab mahu bikin lumba yang dihalalkan kerajaan. Kenapa? Sebab Ku Nan tidak punya pandangan jauh.
Yang punya pandangan jauh adalah kaum pemodal. Kaum yang melihat peluang meraih keuntungan daripada projek kerajaan. Mereka inilah yang hampir pasti terlebih dahulu melakukan aktiviti “pitching” kepada pihak kerajaan untuk menganjur aktiviti itu dan ini, demi mendapatkan peluang berniaga dan kaya hasil dana negara.
Lumba haram, gejala rempit dan segala yang berlanjutan daripada aktiviti berhimpun malam minggu di Dataran Merdeka itu tidak boleh dibiarkan berlalu dengan sia-sia. Harus hukumnya, mencari jalan supaya aktiviti tersebut dapat memberikan keuntungan wang ringgit, selain faedah politik yang lain.
Sebelum itu kita harus jelas aktiviti berlumba adalah fitrah insani. Semua golongan dan kelas ekonomi terlibat dalam perlumbaan. Bahkan arnab dan kura-kura juga turut berlumba.
Dan apabila wujud perlumbaan, akan turut wujud peluang ekonomi dan pekerjaan melibatkan perlumbaan. Ini termasuklah aktiviti pertaruhan dan perjudian, yang pastinya membawa keuntungan lumayan tanpa keperluan membayar cukai.
Kita melihat manusia melumba kuda, anjing, arnab, bahkan hamster. Hampir semuanya melibatkan pertaruhan, selain kos penjagaan, penyeliaan, tempat, pengurusan dan sebagainya.
Kita juga melihat perlumbaan kereta Formula 1; yang menyaksikan pembinaan litar lumba di serata ceruk dunia, juga melibatkan kos penganjuran yang besar, seraya menarik minat pelbagai industri untuk menaja dan menjual cap dagang mereka. Perlumbaan adalah perniagaan yang sangat menguntungkan.
Dan kemudian kita ada lumba kasta rendah, melibatkan “kapcai” yang dikorek bloknya di samping aksi-aksi berani mati seperti “wheely”, “wikang” dan yang sewaktu dengannya. Lumba kasta rendah ini tidak punya tarikan banyak kerana diamalkan secara sorok-sorok, jauh dari capaian pihak keselamatan terutamanya polis trafik; serta dilakukan untuk tujuan yang pelbagai.
Memetik kata Ku Nan sendiri, golongan pelumba kasta rendah yang melazimi jalan-jalan lengang kota raya Kuala Lumpur melakukannya demi kepuasan dan hiburan sendiri.
Katanya lagi, mereka berlumba kerana aktiviti lain tinggi kosnya, dan sebagai kasta yang tidak berkereta mewah, para “rempit” ini hanya mampu berlawan motor siapa lebih “blah” dan aksi siapa lebih jantan.

Dengan hati yang kering, mereka tidak perlu litar lumba. Cukuplah Kuala Lumpur menjerit menyaksikan kejantanan mereka. Ini sebabnya kenapa akan wujud kaum pemodal yang pastinya mahu mengaut untung daripada aktiviti ini. Mesti ada yang mahu menawarkan khidmat mengurus, menyediakan kelengkapan keselamatan, promosi mingguan, mengurus hadiah tunai dan banyak hal lagi yang berkaitan dengan acara lumba.

Kaum pemodal ini tidak berlumba dengan “kapcai”. Kaum pemodal yang merancang untuk mengaut untung daripada aksi anak bangsa yang terjebak dengan gejala bahaya semasa dan selepas berlumba, mereka ke sana ke mari dengan kereta mewah yang tidak dibuat berlumba.
Mereka sekadar menonton dan bertepuk tangan menyaksikan nasib taruhan mereka; sama sebiji seperti di medan-medan lumba kuda, anjing, arnab dan hamster. Yang menjadi mangsa adalah anak bangsa yang termakan dengan impian mahu menjadi pelumba terkenal, bermodalkan motosikal yang baru dibeli dengan gaji kecil, bermotivasikan populariti dan harapan untuk menemukan awek dan kegemilangan bergelar juara “cub prix” di litar lumba.
Rasanya sudah cukup banyak filem-filem Ahmad Idham untuk dijadikan pengajaran. Yang akan tersenyum riang pada akhirnya adalah para ahli politik dan kaum pemodal yang membusung perutnya kenyang dengan hasil perniagaan menjaja aksi dan keberanian orang lain.

Jadi kita tidak perlu hairan. Ku Nan bukannya sengaja mahu beri jalan untuk anak bangsa berlumba sakan. Bahkan sebagai gula-gula cuma, supaya dia nampak “cool” dan bergaya sambil cukong penganjur acara mengaut untung dan laba.

Dan kita pun bercakaran, berebut mahukan undi anak muda penggemar bunyi enjin kuat dan aksi ligat. Tanpa kita sedari permasalahan yang mengakar adalah ekonomi dan terjeratnya mereka dalam perangkap gaji rendah dan disesakkan kenaikan harga barang angkara cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Eh, kalau gaji anak muda Malaysia ini tinggi dan tak kena GST, dia tak beli “kapcai” dan merempit. Dia beli kereta potong, pasang turbo dan tayar drift, sekali sub woofer pasang lagu “feng tau”. Reti?

Ini adalah pendapat peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan Party Rakyat

8 Statement Putar Belit UMNO Tentang Derma RM2.6 Bilion

Pada 3 Julai 2015, kecoh satu Malaysia apabila berita mengenai RM2.6 bilion dikaitkan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

The Wall Street Journal melaporkan bahawa penyiasat Malaysia mendapati wang sebanyak hampir AS$700 (RM2.6 bilion) telah dipindahkan ke akaun peribadi Najib. Selepas isu ini kecoh, berikut adalah kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Najib dan seteru UMNO beliau: