Tiada Penyingkiran Konsert Akademi Fantasia Minggu ke 5

Konsert Akademi Fantasia Minggu Ke 5 Tiada Penyingkiran

Sempena Hari Raya AidilAdha, pihak Astro telah membuat kejutan dengan mengumumkan tiada penyingkiran pada konsert Akademi Fantasia Minggu ke 5. Sembilan pelajar yang dimaksudkan ialah Firman, Ewal, Zarif, Aman, Azwan, Adel, Nuha, Ziha dan Nina menarik nafas lega sebaik sahaja mendengar pengumuman tersebut. 

Sempena Hari Raya AidilAdha juga, kejutan bagi para pelajar dimana pihak produksi telah menjemput setiap ibu bapa pelajar untuk naik ke pentas bagi bertemu anak kesayangan mereka. 

Dalam pada itu, konsert minggu kelima #AF2014 juga dimeriahkan dengan persembahan penyanyi rap terkenal iaitu Joe Flizzow dan Sonaone di pembukaan acara. Persembahan para pelajar juga seperti tiada perubahan dan Azwan masih lagi menggungguli peratus undian tertinggi. Walaubagaimanapun, persembahan Azwan lemah dan tidak bersemangat walaupun undian beliau adalah yang tertinggi setiap minggu. Antara pilihan untuk menjadi juara adalah Firman yang membuat persembahan bertenaga.

Juara dan naib juara Ceria Popstar Masya dan Iqbal juga turut hadir membuat persembahan sebelum tamatnya konsert kelima #AF2014.

Pelakon hebat Fauziah Nawi dan juga Que Haidar turut beraksi dipentas bersama pelajar-pelajar #AF2014.

Selain itu, tiga orang juri yang bertanggungjawab untuk memberi komen kepada para pelajar untuk minggu kelima ini ialah Dato’ Ramli MS dan Raja Azura selaku juri tetap manakala penyanyi Nash selaku juri jemputan.

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akademi Fantasia Minggu ke 5.

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akademi Fantasia Minggu ke 5

8 orang pelajar Akademi Fantasia meneruskan perjuangan mereka untuk bergelar juara. Sempena Hari Raya Haji pada hujung minggu ini, tema pada konsert ke 5 nanti bercirikan lagu keinsafan. 

Bagi pelajar Akademi Fantasia 2014, setelah konsert ke 4 berakhir minggu lalu dimana Muna tersingkir dari program realiti itu, pelajar lelaki nampaknya lebih menyerlah berbanding pelajar perempuan dari segi undian. Dapatkah pelajar perempuan memberi impak yang lebih berkesan  terhadap para peminat rancangan itu. 


Berikut adalah senarai lagu tugasan Konsert Akademi Fantasia Minggu ke 5

Konsert Minggu ke-4 Akademi Fantasia 2014 – Muna Tersingkir

Muna Tersingkir Pada Konsert Akademi Fantasia 2014 Minggu ke 4

Konsert Akademi Fantasia 2014 Minggu ke 4 menyaksikan seorang lagi pelajar perempuan terkeluar. Pelajar tesebut ialah Muna atau nama sebenarnya Muna Shahira Munadi yang mendendangkan lagu Kekal nyanyian asal Ziana Zain kurang mendapat undian dari penonton walaupun mendapat pujian dari juri. 

Selain Muna, Nina dan Ziha adalah antara pelajar yang mendapat undian terendah pada konsert minggu ini. Konsert Akademi Fantasia Minggu ke 4 dimulakan dengan persembahan oleh kumpulan Bunkface serta persembahan istimewa dari juri jemputan minggu ini iaitu Ziana Zain. 

Dengan tema Tribute Komposer,  pelajar-pelajar #AF2014 diberi tugasan untuk menyanyi semula lagu-lagu yang pernah dihasilkan oleh empat komposer terkenal tanah air iaitu  Saari Amri, Pak Ngah, Ajai dan juga Edry Abdul Halim. Azwan mendapat kritikan dari Ziana Zain supaya meningkatkan lagi kualiti persembahan dan jangan terlalu selesa berada di atas carta undian. Persembahan Adel juga tidak memberangsangkan dan Firman pula boleh dikatakan biasa tidak seperti pada minggu ke 3. Pelajar-pelajar AF2014 perlu meningkatkan kualiti persembahan agar tidak hambar dan bosan untuk ditonton. 

Menarik di akhir konsert, 10 pelajar #AF2014 turut menyanyikan lagu-lagu yang pernah dicipta oleh komposer evergreen, Allahyarham JS Kevin antaranya adalah Misteri Mimpi Shakila dan Semangat Yang Hilang.

Tiga orang juri yang bertanggungjawab memberi komen kepada para pelajar di konsert kali ini ialah Datuk Ramli MS dan Raja Azura, manakala Ziana Zain selaku juri jemputan.

Konsert pada minggu ini juga terdapatnya kejutan dengan persembahan istimewa daripada kemunculan Jaclyn Victor dan bekas penyanyi kumpulan Wings yang juga bapa kepada Ewal, Mel.

Dengan penyingkiran Muna,  kini tinggal 9 pelajar yang akan meneruskan perjuangan menjadi juara #AF2014.

Lagu Tugasan Konsert Akademi Fantasia Minggu ke-4

Lagu Tugasan Untuk Konsert Akademi Fantasia 2014 Minggu ke 4

Setelah Farez disingkir pada minggu lalu, para pelajar Akademi Fantasia meneruskan perjuangan untuk menjadi juara AF 2014. 

Walaupun  menerima kritikan pedas pada konsert minggu lalu, para pelajar AF 2014 seharusnya menerima kritikan tersebut dan belajar dari kritikan dari juri dan tidak mengulangi kesilapan pada dua siri konsert yang sebelum ini. 

Untuk minggu ke 4 pula, tema bagi minggu ini ialah Lagu Ciptaan Komposer Ternama. Berikut ialah senarai lagu tugasan untuk minggu ke 4
  • AZWAN – Aduh (Ajai/Ajai)
  • NINA – Dondang Dendang (Pak Ngah/Noraniza Idris)
  • AMAN – Tak Pernah Berjumpa (Edry/Forteen)
  • EWAL – Intanku Kesepian (Joe / Wings)
  • NUHA – Sebelah Jiwaku (Edry/Jaclyn Victor)
  • ZIHA – Seandainya Masih Ada Cinta (Ajai/Dayang)
  • FIRMAN- Samrah Mentari (Pak Ngah/Jamal Abdillah)
  • ZARIF – Gerimis Mengundang (Saari Amri/Slam)
  • MUNAH – Kekal (Salman/Ziana Zain)
  • ADEL – Kesetiaan (Ajai/Sarah)

Konsert Akademi Fantasia Minggu 3 Hambar

Konsert Akademi Fantasia Minggu 3 Hambar, Farez tersingkir

Konsert Akademi Fantasia 2014 Minggu ke 3 dengan tema Hits Fantasia agak hambar. Walaupun terdapat beberapa kejutan tapi ianya menjadi gimik yang suam-suam kuku saja. Para pelajar masih lagi mencari identiti dan aura untk menjadi bintang AF 2014.
Persembahan pembukaan konsert Akademi Fantasia Minggu ke 3 dimeriahkan oleh bekas juara AF terdahulu seperti Mawi, Zahid, Mila, Hazama dan Faizul AF2013. Selain itu antara kejutan pada konsert ini adalah pelakon Izzue Islam yang membuat kejutan pada Ziha dengan menjadi model ketika Ziha membuat persembahan. 

Persembahan dimulakan Adel dengan lagu hit dari Stacy. Persembahan yang bertenaga dari Adel dan seterusnya persembahan memukau oleh Firman dengan lagu Relakan Jiwa yang dipopularkan oleh Hazama. 

Selepas itu, konsert menjadi hambar dengan persembahan yang lemah dan longlai oleh para pelajar. Aman menerima kritikan hebat kerana persembahan yang ala kadar dan lemah seperti menyanyi di tempat karaoke. Antara yang memberi kritikan pedas ialah Dato Ramli MS yang nampaknya agak kecewa dengan persembahan pelajar AF itu. 

Dalam pada itu, tiga orang juri yang bertanggungjawab untuk memberi komen terhadap para pelajar di konsert ketiga ini ialah Dato’ Ramli MS dan Raja Azura selaku juri tetap manakala pengacara terkenal Datuk Aznil Hj Nawawi selaku juri jemputan.

Setelah undian ditutup, tiga pelajar menerima undian paling rendah ialah Farez, Nina dengan peratusan undian sebanyak 4.76 % dan diikuti dengan Zarif iaitu 4.4 %. Akhirnya Farez tersingkir pada minggu ketiga. Farez atau nama sebenarnya Muhammad Fareezuan Adnan telah menyampaikan lagu ‘Awan Nano’ nyanyian asal oleh juara Akademi Fantasia 7 iaitu Hafiz Suip.

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu Ketiga

Konsert Minggu Ke 3 Bakal Kumpul Juara AF?

Pastinya para peminat Akademi Fantasia tidak sabar untuk menunggu konsert minggu ketiga pada Ahad ini. Mana tidak, desas desus mengatakan satu kejutan iaitu akan menemukan Juara AF pada musim terdahulu. 

Walaupun ianya tidak dapat disahkan kerana ianya dilaporkan oleh portal hiburan Murai.com. Apapun untuk minggu ketiga senarai lagu tugasan telah diberi kepada para pelajar. Tema untuk minggu ketiga ialah Hits Fantasia. 

Berikut adalah senarai lagu tugasan. Sudah pasti bagi peminat akan terus mengundi pelajar kesukaan mereka dan tidak sabar untuk mengetahui kejutan yang bakal berlaku pada konsert minggu ketiga AF2014. 

Pelajar Lelaki

  • Ewal – Kebahagian Dalam Perpisahan (Shahir)
  • Azwan – Izinkan Ku Pergi (Kaer)
  • Aman – Hanya Kau Yang Mampu (Aizat)
  • Zarif – Aduh Saleha (Mawi)
  • Firman – Relakan Jiwa (Hazama)
  • Farez – Awan Nan0 (Hafiz)

Pelajar Perempuan

  • Adel – Jahat (Stacy)
  • Nina – Ilusi (Adira)
  • Ziha – Hatiku Milikmu (Nera) 
  • Muna – Percayalah (Indah)
  • Nuha – Aku Lebih Tahu (Mila)

Konsert Minggu Kedua AF2014 Wawa Tersingkir

Konsert Minggu Kedua Af2014 Mengimbau Kenangan 90an

Konsert Akademi Fantasia membabitkan 12 pelajar pada minggu kedua adalah bertemakan lagu-lagu hitz 90-an dan para pelajar AF2014 telah diberikan tanggungjawab untuk membuat persembahan dengan baik untuk mengelakkan mereka daripada tersingkir.

Bertemakan lagu-lagu hitz 90-an pastinya akan memberikan cabaran kepada pelajar-pelajar berikutan mungkin di antara mereka tidak berapa biasa dengan lagu-lagu di era 90-an tersebut. Ini boleh dilihat dengan beberapa pelajar yang pertama kali mendengar lagu-lagu tersebut.

Konsert dimulakan dengan persembahan dari kumpulan Nico. Mungkin persembahan dari kumpulan Nico sudah tidak relevan dan seharusnya lebih baik dimulakan oleh pelajar AF 2014 itu sendiri. Konsert minggu kedua AF 2014 juga membuat kejutan dengan membawa Ramlah Ram untuk menyanyi bersama Muna dan juga persembahan dari juri jemputan, Amy Mastura
Juri jemputan pada minggu kedua masih lagi Ramli MS dan juga penyanyi popular Amy Mastura. Ramai peminat sebenarnya ingin Raja Azura digantikan kerana komen-komen yang diberi kadang-kadang dikatakan tidak membina. 
Bagi persembahan dari pelajar pula, antara pelajar yang terserlah ialah Adel yang menyanyikan lagu Ziana Zain (Kalau Mencari Teman) yang mendapat pujian dari juri. Selain itu, Nuha juga mendapat kritikan yang membina dari Ramli MS yang menyifatkan Nuha sebagai jujur dalam nyanyian beliau. 

Sekali lagi Aman dikritik kerana sifatnya yang amat malu serta persembahan yang ala kadar. Nina yang membawa lagu Zombie juga membuat percubaan yang menarik dan lagu tersebut digubah seakan-akan lagu My Immortal dari Evanescence. Azwan yang menyanyikan lagu Wings, Bernafas Dalam Lumpur dikatakan “berjaya” mengepopkan lagu popular itu. Persembahan dari pelajar yang lain rata-rata dianggap hanya tangkap muat dan tidak berjaya mendatangkan impak.
Akhirnya, setelah undian ditutup pelajar yang tersingkir ialah Walfadhilah Suhaizat atau Wawa. Pelajar berusia 19 tahun ini mendapat undian terendah iaitu 2.53%. Wawa telah menyampaikan lagu berjudul ‘Wajah Kekasih’ nyanyian asal oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain Wawa, dua pelajar yang turut sama mendapat mata terendah ialah Farez dengan 3.8% dan Muna sebanyak 2.98%.

Tiket Konsert Kedua AF2014 Percuma

Bagaimana Nak Tengok AF2014 Konsert Kedua Percuma

Tinggal empat hari sahaja lagi sebelum 12 pelajar #AF2014 kembali berentap di konsert kedua yang akan berlangsung Ahad  ini bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). 


Justeru itu, pihak Astro Gempak ingin memberitahu berita baik buat para peminat AF yang ingin merasai sendiri kemeriahan dan kehangatan konsert #AF2014. Dua pasang tiket percuma menanti pembaca bertuah Portal Astro Gempak.


Caranya mudah sahaja, anda perlu nyatakan siapakah pelajar #AF2014 kegemaran anda?
Sila hantarkan jawapan tersebut beserta butiran peribadi anda iaitu:

1. Nama dan No Kad Pengenalan

2. Alamat

3. No Telefon

Butiran tersebut perlu diemaikan kepada ([email protected]).

Bagi pelanggan setia Astro, anda juga berpeluang untuk menebus tiket bagi menyaksikan konsert #AF2014.

Caranya mudah sahaja, anda boleh menebus tiket tersebut menerusi astro circle di www.astro.com.my/astrocircle.

Sorotan Konsert Minggu Pertama AF2014

Sorotan Konsert Minggu 1 AF 2014

Sorotan Konsert Minggu 1 AF 2014. Tiada penyingkiran untuk minggu 1. Kejutan yang diterima ialah Jihan ‘disingkir’ dari mengacara Konsert AF 2014 dan digantikan oleh Faisal Ismail atau FBI.

Lagu Tugasan Konsert Minggu Kedua

Apakah tema untuk minggu ke dua? 

Setelah menempuh konsert pertama minggu lalu, para pelajar telah menerima tugasan untuk minggu ke dua. Apakah tugasan yang mereka terima untuk konsert minggu kedua? 

Tema minggu kedua adalah hit 90an. Lagu-lagu yang pernah popular pada era 90an. Sudah pasti minggu kedua lebih menarik kerana para pelajar tidak mempunyai pilihan dan akan menyanyi lagu yang telah dipilih untuk tenaga pengajar. Pastinya para peminat Akademi Fantasia tidak sabar akan konsert minggu kedua yang akan  berlangsung pada Ahad ini. 

Berikut adalah lagu yang bakal dinyanyikan oleh para pelajar AF 2014 ini. 

  • Nuha – Setelah Aku Kau Miliki (Shima)
  • Wawa – Wajah Kekasih (Siti Nurhaliza)
  • Azwan – Bernafas dalam Lumpur (Wings)
  • Adel – Kalau Mencari Teman (Ziana Zain)
  • Farez – Langkah Seiringan (Exists)
  • Ewal – Ada (M. Nasir)
  • Nina – Zombie (The Cranberries)
  • Zarif – Disana Menanti disini Menunggu (Ukays)
  • Muna – Diam diam jatuh Cinta (Ramlah Ram)
  • Firman – Gerhana Cinta Luka (Iklim)
  • Ziha – Kau yang Teristimewa (Aishah)
  • Aman – Kacang (David Teoh feat Cat Farish)