Cara Buang Lipas Dalam Kereta Dengan Mudah

0
315
Bagi mereka yang mempunyai anak kecil, sudah pasti sisa makanan di dalam kereta menjadi perkara biasa. Ianya tidak dapat dielakkan dan lama kelamaan ianya akan menarik perhatian makhluk bernama LIPAS. Blogger Saiful Azrul berkongsi bagaimana beliau berjaya mengatasi masalah lipas dengan cara yang mudah.


Kebelakangan ini masalah lipas semakin kronik dengan pertambahan jumlah lipas yang semakin banyak. Amat merimaskan! Pelbagai cara telah saya ambil untuk atasi masalah ini tetapi tidak mendatangkan hasil. Bubuh kapur lipas, sembur racun serangga, perangkap lipas dan lain-lain gagal.

Akhirnya saya mendapat penyelesaian masalah lipas di dalam kereta saya. Suatu penyelesaian yang saya tak sangka dan amat murah tetapi hasilnya TERBAIK! Alhamdulillah.

PERANGKAP LIPAS DAN CICAK

Bagaimana ia bertindak?

Dalam set perangkap ini, anda akan mendapat satu kotak untuk diletakkan di tempat sasaran. Di dalam kotak itu sudah diletakkan gam dan diberi satu umpan yang akan menarik perhatian lipas (lihat gambar).


Akhirnya, setelah 5 perangkap saya dapat memerangkap kira kira 850 ekor lipas. MasyaAllah banyaknya lipas dalam kereta saya. Sekarang saya cuma pasang untuk pastikan generasi yang baru menetas juga terperangkap.

Harganya di pasaraya besar cuma RM7.50! Dalam tu ada 5 set. Cuba lah!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here