BERSIH Dedah Akaun, Cabar PM Buat Benda Sama.. Berani Tak?

0
23
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendedahkan secara terperinci kutipan RM2.6 juta derma yang diperolehi bagi menganjurkan Perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lalu.


Jumlah itu dikutip hasil derma daripada 27,000 penderma rakyat Malaysia dan jualan kemeja-t Bersih 4 serta mafla. Bendahari Bersih 2.0, Masjaliza Hamzah berkata, kira-kira 27,000 penderma telah menyumbang secara purata RM76 seorang dan majoritinya telah menderma antara RM10 ke RM50.

“Jumlah jualan kemeja-t Bersih. 4 adalah sebanyak RM553,914 dan mafla adalah sebanyak RM28,795,” katanya dalam sidang media di Seksyen 4, Petaling Jaya pada Selasa.

Masjaliza juga menyatakan, jumlah perbelanjaan yang ditanggung sekitar perhimpunan pada 29 dan 30 Ogos lalu itu hanya RM664,052.52.

Oleh itu, lebihan sebanyak RM1.9 juta daripada derma tersebut akan disimpan dan digunakan untuk mendana program Bersih 2.0 untuk tempoh dua tahun akan datang.

“Ia termasuk program pendidikan pengundi, kos mahkamah, latihan dan sebagainya,” jelasnya. Dengan pendedahan itu, Bersih 2.0 mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil langkah yang sama dengan mendedahkan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Katanya, sekiranya Najib gagal, sudah tentu kredibiliti Najib sebagai Perdana Menteri akan hilang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here