Berhenti Kerja Untuk Buka Restoran

0
237
Sanggupkah anda untuk berhenti kerja dengan gaji yang tinggi semata-mata hanya untuk memenuhi impian diri anda tersendiri? Mungkin tidak ramai yang sanggup berbuat demikian. Namun tidak bagi seorang pemuda bernama Mason Wartman.
Mason bekerja di sebuah firma yang terletak di Wall Street, tetapi beliau telah membuatk satu keputusan yang amat berani dengan meninggalkan kerjaya di Wall Street untuk membuka sebuah kedai pizza. Apa yang membezakan dari kedai pizza yang lain ialah harga sekeping pizza dijual cuma RM3! 
Selain itu, apa yang mencuri tumpuan ialah kedai ini juga memberi makan kepada orang gelandangan. Pelanggan kedai ini juga boleh membeli untuk orang gelandangan dengan membeli sekeping pizza dan Mason akan merekodkan pembelian pizza tersebut dengan sekeping nota yang dilekatkan di dinding kedai tersebut. Orang gelandangan yang lapar boleh mengambil nota tersebut dan ditukarkan kepada sekeping pizza secara percuma. 
Orang ramai yang baik hati tidak hanya menderma sekeping malah lebih dari itu. Bayangkan jika seorang menderma RM30 ini bermakna orang gelandangan akan mempunyai makanan selama 10 hari. Konsep yang sangat bijak! 
Respon daripada orang gelandangan ini juga sangat menyentuh perasaan. Bukan sahaja mereka mendapat makanan percuma yang diderma oleh orang ramai, malah para pekerja di restoran pizza ini juga melayan mereka dengan baik hati. 
Jika dilihat melalui nota yang dilekatkan pada dinding restoran tersebut bayangkan berapa banyak orang gelandangan yang boleh menikmati makanan percuma. Apa yang dilakukan oleh Mason bukan saja membantu orang gelandangan malah memulakan satu budaya baru yang menerima dan membantu golongan tersebut dan bukannya mengendahkan nasib mereka. 
Selain itu, Mason juga ada menjual baju dimana sebahagian dari hasil pembelian tersebut membolehkan golongan gelandangan menerima 7 keping pizza secara pecuma. Mungkin konsep restoran ini boleh diperkenalkan di negara. Makan dapat, pahala derma pun dapat. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here