ATM Nafi AS Bina Pangkalan Tentera Di Sabah

0
240
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Jumaat menafikan khabar angin kononnya Amerika Syarikat sedang membina sebuah pangkalan tenteranya di Sabah.
Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata dalam satu kenyataan bahawa khabar angin itu “tidak benar”.
Beliau berkata, Kementerian Pertahanan dan ATM tidak berhasrat membenarkan sebuah pangkalan tentera asing dibina di Malaysia.
Pada Rabu lepas, sebuah portal dalam talian melaporkan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Kemajuan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengemukakan pertanyaan di Dewan Rakyat di sini sama ada Putrajaya membenarkan Amerika Syarikat membina sebuah pangkalan tentera di Sabah.
Menurutnya jika khabar angin itu benar, ini menunjukkan Malaysia tidak mampu mempertahankan dirinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here