Anwar Dikejar Ke Hospital, Tekanan Darah Tidak Stabil

0
42
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikejarkan ke hospital kerana tekanan darah tinggi, menurut peguamnya, Sivarasa Rasiah.


“Dato’ Seri Anwar Ibrahim di kejarkan ke hospital akibat darah tinggi yang tidak stabil,” tulis Sivarasa dalam catatannya di Facebook malam ini. “Sama-sama kita doakan untuk beliau.”


Anwar, yang sekarang ini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh, selepas disabitkan kesalahan dalam kes liwat II, sebelum ini didakwa oleh pembangkang tidak mendapat perhatian perubatan secukupnya, termasuk untuk kecederaan yang dialaminya sebelum pemenjaraan.

Kementerian Kesihatan bagaimanapun berkata kesihatan Anwar diperiksa dan dirawat oleh panel pakar.

Kementerian Dalam Negeri juga berkata Anwar diberi layanan khas termasuk mandian panas, katil yang menepati ciri-ciri hospital atasan lantaran sakit belakang yang dialaminya, serta susu dan bijiran untuk keperluan pemakanannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here