Antara Bitcoin dan New World Order

0
32

BitCoin dan New World Order

Adakah Bitcoin merupakan sebahagian konspirasi dunia yang melibatkan segelintir manusia yang kaya dan paling berkuasa di dunia? 


Sejarah Bitcoin bermula apabila diperkenalkan pada tahun 2009 sebagai jawapan kepada krisis kewangan pada tahun tersebut. Walaupun Bitcoin dikenalkan oleh Satoshi Nakamoto namun ianya tidak dapat dikenal pasti sama ada nama tersebut betul ataupun palsu atau ianya cuma nama kod untuk satu organisasi. Transaksi Bitcoin tidak memerlukan orang pertengahan atau dalam kata lain nya ianya tidak memerlukan bank untuk melakukan transaksi. 

Pakar kewangan dan juga kerajaan Amerika Syarikat menganggap bahawa Bitcoin adalah matawang kerana ciri-ciri Bitcoin tersebut. Bagaimanapun, tidak seperti matawang yang lain, jumlah Bitcoin yang terhad di pasaran menjadikan Bitcoin sebagai satu komoditi yang bernilai tinggi seperti emas dan perak. 

Salah satu lagi kelebihan penggunan Bitcoin adalah ianya tidak tertakluk kepada mana-mana peraturan kerajaan di dunia ini malah pembayaran melalui Bitcoin juga tidak boleh dikesan. Ini bermakna pengguna Bitcoin dengan bebas boleh melakukan sebarang transaksi tanpa sebarang risiko pengawasan oleh kerajaan. 

Hasilnya para penjenayah menggunakan Bitcoin dalam setiap transaksi mereka namun syarikat kewangan gergasi dengan penuh minat melabur dalam matawang tersebut. New World Order Insider percaya bahawa Bitcoin sebenarnya satu alat yang dicipta oleh sekumpulan orang yang paling berkuasa dan diperkenal ketika ekonomi dunia kelihatan agak lemah dalam usaha mereka untuk menubuhkan atau menggantikan satu matawang yang diterima pakai seluruh manusia dan ekonomi dunia. 

Namun, tuduhan tersebut tidak selari dengan matlamat New World Order yang dikatakan lebih kepada mengawal kesemuanya manakala Bitcoin pula tidak boleh dikesan oleh mana-mana pihak. Matawang yang dicetak adalah lebih mudah dikawal selia dan dikesan dan pada Ogos 2013, Bitcoin telah pun dicetak dalam bentuk syiling. 

Pada hari ini, pakar kewangan telah menubuhkan satu badan berkanun untuk mempromosikan penggunaan Bitcoin ini. Badan ini juga mencadangkan Amerika Syarikat patut memulakan dagangan menggunakan Bitcoin. Adakah pada masa akan datang ekonomi dunia akan kembali menghadapi krisis kewangan di mana penggunaan “fiat money” akan runtuh dan penggunaan Bitcoin akan mengambil alih dan menguntungkan segelintir pihak yang berkuasa.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here