8 Perkara Tentang POTA Yang Perlu Anda Tahu

0
37
Selepas dibahas selama lebih 12 jam, Dewan Rakyat telah meluluskan POTA atau Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan 2015 bagi membanteras aktiviti keganasan dalam negara. Heboh di media sosial mengenai POTA. Ada yang menyokong dan ada yang membantah. Adakah POTA ini akan disalah guna untuk menahan sesiapa sahaja yang mengkritik kerajaan terutama aktivis dan ahli politik pembangkang? Tahukah anda apakah kandungan sebenar POTA? Jika anda tidak tahu atau tidak faham akan POTA ini kami ringkas dan senaraikan 8 perkara yang anda perlu tahu mengenai POTA ini. Jangan lupa komen pendapat anda tentang POTA dan jangan lupa SHARE.


1. POTA (Prevention Of Terrorism Act) atau Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan 2015 digubal sempena penularan isu keganasan yang mengancam keselamatan negara


Penularan elemen keganasan yang semakin merebak dan mengancam keselamatan negara mendorong kerajaan untuk mengemukakan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 bagi menangani aktiviti militan di negara ini.
2. Ia bertujuan untuk mencegah rakyat Malaysia daripada terlibat dalam apa jua aktiviti keganasan yang kini semakin membimbangkan


  • Undang-undang untuk mencegah perlakuan atau sokongan bagi perbuatan keganasan yang melibatkan organisasi pengganas dari sesuatu negara asing serta bagi kawalan terhadap orang yang terlibat dengan perbuatan sedemikian.
  • Memastikan tiada individu terlepas daripada sebarang tindakan perundangan sekiranya mereka melibatkan diri dalam kegiatan keganasan.
  • Akta memastikan rakyat dan keamanan negara tidak diganggu gugat oleh pihak yang terlibat dalam aktiviti militan.
3. Pihak polis mempunyai hak untuk menangkap sesiapa sahaja yang dipercayai terlibat dalam aktiviti keganasan tanpa budi bicara.


  • Seseorang pegawai polis boleh tanpa waran menangkap mana-mana orang jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai terdapat alasan yang menjustifikasikan siasatan diadakan mengenai kes orang itu.
  • Apabila seseorang ditangkap, kes hendaklah dirujuk oleh pegawai polis kepada Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan tidak lewat daripada tujuh hari dari tarikh penangkapan.
  • Mana-mana orang yang ditangkap hendaklah dibawa di hadapan seorang Majistret dalam tempoh 24 jam, melainkan jika dilepaskan terlebih dahulu.
  • Tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya.
4. Badan pemerhati hak asasi manusia berkata peruntukan penahanan tanpa bicara menjadikan Malaysia selangkah ke belakang daripada aspek hak asasi manusia.

Timbalan Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia bahagian Asia, Phil Robertson dalam berkata, dengan meluluskan akta berkenaan, Putrajaya seolah-olah membuka ‘Peti Pandora’ yang bermotifkan politik, seperti digunakan Putrajaya terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Dengan lulusnya akta ini, hak asasi manusia Malaysia kini selangkah ke belakang. Ia menjadi asas gesaan terhadap persoalan komitmen kerajaan terhadap hak asasi yang kritikal terhadap undang-undang dalam demokrasi yang berfungsi,” katanya.

5. Ahli Parlimen pembangkang Pakatan Rakyat (PR) khuatir POTA akan digunakan terhadap seteru politik, seperti digunakan pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ISA dimansuhkan.


“Kelulusan Akta tanpa mengambil kira kritikan terhadap isinya menunjukkan bahawa kerajaan serta ahli-ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional tidak mengendahkan keluhuran prinsip undang-undang di negara ini.”

“Ia juga membuktikan bahawa kerajaan mempunyai niat yang terselindung dalam meluluskan rang undang-undang tersebut,” ujar Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Katanya, ISA, Akta Hasutan 1948 dan Akta Perhimpunan Aman sebelum ini digunakan sewenang-wenang oleh kerajaan untuk menahan sesiapa saja yang menentang mereka dan disalahgunakan untuk tahanan politik.
6. Menteri Dalam negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa POTA tidak akan disalah guna dan tiada sesiapa pun yang mempunyai perbezaan politik atau pendapat, akan ditahan di bawah undang-undang itu.


Katanya POTA harus dilihat dengan ‘mata hati’ untuk memahami tujuan sebenar kerajaan memperkenalkan undang-undang itu. Tegas Ahmad Zahid, ini kerana POTA tidak boleh dilihat hanya dari sudut perundangan semata-mata sebaliknya ia bersifat pencegahan.
7. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyifatkan POTA adalah tidak sama dengan ISA seperti yang didakwa ahli pembangkang.


Katanya POTA tidak sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dengan kuasa eksekutif menteri akan diambil alih oleh sebuah lembaga yang dilantik Yang di-Pertuan Agong. Wan Junaidi berkata pengerusi lembaga berkenaan perlu mempunyai kelayakan undang-undang serta mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 15 tahun dalam bidang perundangan.
8. DAP mendesak kerajaan supaya tidak mengenepikan suara pembangkang dalam melaksanakan POTA yang dilihat cuba menghidupkan kembali kuasa ISA.


“Saya agak terganggu dengan sikap mudah Zahid apabila dia membawa Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan(POTA) dan mengatakan pembangkang akan terima POTA dan jika ada penolakan ia mesti datang dari kalangan aktivis dan peguam hak asasi manusia.”

“Zahid silap jika dia fikir Pakatan membantah militan Islamic State (ISIS) dan ektremisme Islam, dia boleh sesuka hati laksana undang-undang anti keganasan tanpa mengambil kira suara pembangkang dan gerakan sivil lain,” ujar Kit Siang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here