5 Rahsia Menjadi Backpackers Yang Tulen

2
28
Bagi kaki travel sekalian, tahukan anda melancong secara backpacking memberikan banyak kelebihan. Dengan adanya banyak jenis beg galas dari pelbagai jenama, bentuk dan harga, kembara secara beg galas merupakan antara pilihan ramai kaki-kaki jalan.

1) Ringan
Kunci utama backpacker adalah, lebih ringan lebih bagus. Seorang backpacker hanya memerlukan satu beg galas besar untuk meletakkan barangan dan disinilah perlunya perancangan yang rapi untuk anda membawa pakaian dan keperluan secukupnya dari tanahair untuk digunakan selama anda berada di tempat orang. Dengan adanya beg yang ringan, ia memudahkan anda berlari jika keadaan memaksa. 

2) Hotel bajet
Nama pun backpacking, tak mencabarlah jika anda menginap di hotel-hotel mewah. Hotel bajet ataupun hostel adalah pilihan yang lebih bijak buat backpacker selain mampu menjimatkan wang. Lebih untung jika hotel bajet ataupun hostel yang anda pilih itu mempunyai dapur, jadi anda boleh berjimat dengan memasak.

3) Gunakan kaki
Backpacker amat sinonim dengan berjalan kaki. Lupakan kenderaan seperti teksi kerana tambangnya kepada pelancong sering kali berlipat ganda. Hanya dapatkan peta di lapangan terbang, kini anda bebas berjalan kemana sahaja berpandukan peta. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan kenderaan awam seperti bas ataupun kereta api untuk ke satu-satu destinasi. Banyak benda menarik yang boleh anda lihat di sekeliling jika anda gemar berjalan.

4) Fleksibel
Mengembara secara backpacking ini kebiasaannya anda bergerak sendiri tanpa menggunakan khidmat agen atau pakej pelancongan. Dengan adanya masa 100% milik anda, rancang dan berjalanlah suka hati tanpa terikat dengan sesiapa pun. Tanpa perlu berkejar-kejar, bebas memilih tujuan dan semuanya terpulang pada anda, pengalaman seperti inilah yang manis untuk dirasai oleh mereka yang gemarkan mengembara secarabackpacking.

5) Cabar kemampuan diri
Jika selama ini korang ragu-ragu dengan tahap keberanian, tahap kekuatan, rasa tanggungjawab dan sejauh mana korang mampu berdikari, di saat inilah segalanya akan teruji. Mana tahu jika dulunya korang seorang yang pemalu, pasif dan takut tetapi sebenarnya anda mampu backpacking ke negara orang? Cuba dahulu pergi backpacking ke negara yang terdekat dan lihat kemampuan diri anda. Jika anda selesa dan mampu, kini pentas dunia menanti kedatangan anda dan beg galas anda.

2 COMMENTS

  1. Cuma hati2 dgn saiz dan berat beg galas anda kerana berat beg melebihi 50lt akan melalui simpanan kargo ketika menaiki pesawat tambang murah dan kos nya tinggi sekira nya tidak di buat tempahan awal..

  2. Cuma hati2 dgn saiz dan berat beg galas anda kerana berat beg melebihi 50lt akan melalui simpanan kargo ketika menaiki pesawat tambang murah dan kos nya tinggi sekira nya tidak di buat tempahan awal..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here