3 Diculik Di Perairan Semporna

0
89
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mengesahkan berlaku satu kes culik di perairan Pom Pom, Semporna pada Sabtu malam.



Komander Esscom, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya menerima laporan kes berkenaan pada pukul 1.59 pagi Ahad.


“Saya hanya boleh mengesahkan telah berlaku satu kes culik di mana sebuah bot telah ditahan dan tiga orang telah diculik.

“Maklumat lanjut akan dikongsi oleh Pesuruhjaya Polis Sabah dalam satu sidang akhbar,” katanya. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here