Wanita Ini Kongsi Pengalaman Melucukan Kahwin Ketika Belajar - terviral

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Melucukan Kahwin Ketika Belajar

Kahwin muda macam dah jadi 'trend' pula sekarang ini, dan pastinya ada di kalangan kawan-kawan kita ada yang masih belajar lagi sudah pun mendirikan rumah tangga.


Banyak antara kita yang memang mempunyai impian untuk segera berkahwin dengan cinta hati masing-masing bila melihat kebahagian yang dipamerkan pasangan muda ini. Dalam hati mesti terdetik, "Wah, seronoknya dapat buat segala-galanya berdua", kan?

Namun, perkongsian dari seorang wanita yang menggunakan nama sebagai Imanabdulrahim di Instagram ini mampu mengubah persepsi anda dan angan-angan mahu mendirikan rumah tangga ketika masih menuntut di universiti.

Paling kelakar bila dia menyenaraikan benda yang tidak seronok tentang berkahwin ketika masih belajar.



Pertama, dia kena buat "assignment" dua kali ganda, termasuk "assignment" suaminya sekali. Biasalah, dalam rumah tangga mestilah memerlukan kerjasama dan saling tolong-menolong.

Seterusnya, wanita ini merasakan dia kena selalu bersaing dengan suami untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang dari pasangannya. Perkara ini sebenarnya boleh menjadi sesuatu yang positif kerana ia merupakan sebuah persaingan yang sihat untuk lebih berusaha memajukan diri sendiri.

Tambahnya lagi, masing-masing perlu berkorban dan berjaga malam untuk menemani pasangan melengkapkan projek tahun akhir mereka. Lagi kelakar, bila wanita ini terpaksa pergi juga ke dalam kampus walaupun kelasnya batal untuk menjemput suami pulang dari kelas.


Kena jadi pembantu peribadi dalam memastikan suaminya tidak tertinggal barang-barang seperti buku nota, bekas pensel, slip peperiksaan dan lain-lain lagi. Iman kata lagi yang dia dan suami tidak boleh berpegangan tangan dan bermesra di dalam kampus sebab kena 'cover', takut orang kata berlebih-lebih pula.

Apa yang paling melucukan bila Iman meluahkan yang, "Bila bergaduh, suami lagi suka pergi belajar, sebab katanya belajar lagi senang dari pujuk isteri." Antara komen dari rakan-rakan yang mengucapkan tahniah dan menyukai kapsyen tentang rumah tangga yang ditulisnya. 



Macam-macam ragam dapat dilihat dari pasangan muda yang sudah berkahwin. Apa-apa pun pasti ada manis dan pahitnya dalam perjalanan dalam alam rumah tangga.
Yang penting, kena saling bertolak ansur dan jadilah suami atau isteri yang sentiasa memahami pasangannya, okay?


Wanita Ini Kongsi Pengalaman Melucukan Kahwin Ketika Belajar Wanita Ini Kongsi Pengalaman Melucukan Kahwin Ketika Belajar Reviewed by terviral on 11/07/2016 Rating: 5

No comments:

Party Rakyat. Powered by Blogger.