TMJ "Tembak" Geng Baju Merah - terviral

TMJ "Tembak" Geng Baju Merah

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menyiarkan video bagi menyebarkan mesej antikeganasan dan mengkritik gerakan baju merah.


Video parodi yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers itu, menggambarkan tujuh lelaki bertopeng meniru aksi seni mempertahankan diri oleh pergerakan baju merah dalam protes mereka di Petaling Jaya semalam.

Satu watak dalam klip video itu memegang cangkul, yang mungkin merujuk kepada insiden bulan lalu melibatkan serangan terhadap kakitangan Suruhanjaya Air Johor.

Klip video itu berakhir dengan Tunku Ismail 'menembak' tujuh lelaki berkenaan dengan menggunakan sepucuk pistol.

Beliau kemudian memandang kamera dan mengangkat bahu sebelum video parodi itu tamat.

Mesej yang disertakan di Facebook tersebut berbunyi: "Senjata tidak membunuh manusia, manusia yang saling membunuh antara satu sama lain. Keganasan dan kebencian tidak akan menjadikan negara ini tempat yang lebih baik. Kekal positif. Salam penuh kasih sayang,".


Bagaimanapun, Tunku Ismail berkata beliau tidak berpihak kepada baju merah atau baju kuning, sebaliknya bersama Bangsa Johor yang melambangkan perpaduan.

"Perpaduan adalah 'formula' untuk negara ini bergerak ke hadapan, bukan keganasan dan kebencian," katanya.
TMJ "Tembak" Geng Baju Merah TMJ "Tembak" Geng Baju Merah Reviewed by terviral on 11/06/2016 Rating: 5

No comments:

Party Rakyat. Powered by Blogger.