Pemuda Ini Bantu Beri Petrol Percuma Akibat Kenaikan Harga Minyak - terviral

Pemuda Ini Bantu Beri Petrol Percuma Akibat Kenaikan Harga Minyak

Ada apa dengan RM3? Namun, berbeza pula dengan orang lain. Jangan sesekali kita menyamakan keadaan diri sendiri dengan orang lain. Mungkin bagi mereka RM5.00 bahkan RM3.00 sangat berharga dan membantu.


Itulah yang dilakukan oleh sekumpulan pemuda atau sukarelawan yang dikenali dengan nama Freevo, mereka bertindak memberi petrol percuma kepada para penunggang motosikal.

Percuma RM3.00, itulah dana yang disalurkan buat para penunggang motorsikal di kawasan terpilih di sekitar Lembah Klang.

Menerusi status di laman sosial, dapat dilihat beberapa orang ahli kumpulan Freevo itu menguar-uarkan bantuan untuk petrol percuma itu.

Begitulah antara maklumat yang diberikan oleh ahli kumpulan sukarelawan terbabit yang bernama Bubu Fitrie.


Difahamkan, Freevo mula bergerak aktif minggu ini selepas pengumuman kenaikan harga petrol untuk bulan November. 

Menurut ketua kumpulan atau pengasasnya, Zurianty Sudin, 34 kumpulannya itu tidak terikat dengan mana-mana parti kerana ia merupakan wang mereka sendiri. 


Apa yang penting ialah keinginan untuk membantu meringankan beban orang lain, dan usaha ini seharusnya dipuji dan memberi inspirasi kepada orang lain. Jumlahnya yang kecil bukan satu ukuran atau masalah, bukankah ada pepatah mengatakan "Sikit-sikit lama-lama menjadi bukit"?


Pemuda Ini Bantu Beri Petrol Percuma Akibat Kenaikan Harga Minyak Pemuda Ini Bantu Beri Petrol Percuma Akibat Kenaikan Harga Minyak Reviewed by terviral on 11/02/2016 Rating: 5

No comments:

Party Rakyat. Powered by Blogger.