Lelaki Ditahan Polis Gara-gara Hina Kerabat Johor - terviral

Lelaki Ditahan Polis Gara-gara Hina Kerabat Johor

Polis semalam, menahan seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai membuat kenyataan jelik terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.


Menurut BH Online, kejadian berlaku di Bayan Baru, Pulau Pinang, malam tadi di mana lelaki itu dipercayai membuat kenyataan jelik berkenaan menerusi laman web forum.lowyat.net.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata suspek ditahan pada jam kira-kira 8.45 malam selepas sebuah laporan diterima pada Isnin lalu berhubung penyalahgunaan laman web dengan menghina Kerabat Johor yang boleh meggugat keharmonian dan kesejahteraan negara.

"Suspek ditahan di Pejabat Komersil Balai Polis Bayan Baru dengan kerjasama anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang. 
 

"Polis juga merampas sekeping sim kad dan sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan suspek bagi membuat kenyataan jelik terhadap Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor," katanya kepada BH Online.

Kes disiasat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sekiranya disabitkan kesalahan mengikut seksyen itu, suspek boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.
Lelaki Ditahan Polis Gara-gara Hina Kerabat Johor Lelaki Ditahan Polis Gara-gara Hina Kerabat Johor Reviewed by terviral on 11/23/2016 Rating: 5

No comments:

Party Rakyat. Powered by Blogger.