Jangan Cuci Cawan Anda Di Pejabat, Ini Sebabnya! - terviral

Jangan Cuci Cawan Anda Di Pejabat, Ini Sebabnya!

Agaknya kalau anda di pejabat anda jenis yang mana: sentiasa pastikan mug di pejabat sentiasa dicuci atau suka 'peram' mug anda dan dibiarkan tak bercuci? Kalau bagi saya pula memang akan peram mug kemudian basuh dengan air panas dan lap pakai tisu. 


Fakta ini mungkin menyebabkan anda terkejut dan rasa 'annoying' namun itulah kebenarannya. Menurut satu laporan dalam Wall Street Journal, sebenarnya tidak mencuci mug bukan satu kesalahan atau menampakkan anda pengotor. Malah ia dianggap satu perbuatan yang wajar dan juga OK! Mengapa pula?

Sebenarnya, mencuci mug di pejabat adalah satu tindakan yang paling tidak bersih. Ini kerana anda akan berkongsi span pencuci dengan ramai pengguna lain di situ. 

"Span di pantri pejabat adalah benda yang paling banyak kuman, berbanding barangan lain di pejabat," yang dipetik dari Nymag. 


Malah, mencuci dan menggosok mug anda menggunakan span di pejabat, boleh menyebabkan kuman daripada orang lain berjangkit kepada anda!

Oleh itu, anda tak perlu mencuci mug anda sekiranya:

1. Asalkan anda tidak berkongsi mug tersebut dengan orang lain di pejabat

2. Asalkan mug anda tidak berkulat dan berbau busuk.

Bagaimanapun, masih sukar terima fakta mug tak perlu dicuci kan? Jika anda masih ingin mencuci mug anda di pejabat, cukup dengan membilasnya dengan air panas. 

Atau jika masih mahu juga mencucinya, gunakan span pencuci anda sendiri atau 'panaskan' seketika span dalam ketuhar gelombang mikro!
Jangan Cuci Cawan Anda Di Pejabat, Ini Sebabnya! Jangan Cuci Cawan Anda Di Pejabat, Ini Sebabnya! Reviewed by terviral on 11/15/2016 Rating: 5

No comments:

Party Rakyat. Powered by Blogger.