"Ayahku Seorang Security Guard Dan Berkorban Untuk Aku Masuk Uni" - terviral

"Ayahku Seorang Security Guard Dan Berkorban Untuk Aku Masuk Uni"

Mungkin bagi sesetengah orang, konvokesyen hanya dianggap sebagai sebuah majlis keraian bagi mahasiswa yang telah tamat pengajian di universiti. Namun, bagi sesetengah individu, konvokesyen dianggap begitu penting sekali dan merupakan detik sekali seumur hidup yang tidak boleh dilepaskan. 


Inilah masanya untuk ibu bapa dengan bangganya menyaksikan anak mereka naik ke pentas untuk menerima segulung ijazah, hasil daripada penat lelah dan usaha selama bertahun-tahun sepanjang melanjutkan pelajaran di universiti. 

Seorang graduan UTP, Nizam Mustapha melalui Instagram menceritakan sebuah kisah sebak di mana ibu bapanya sanggup bersusah payah membiayai pelajarannya selama ini walaupun hidup susah. Sediakan tisu bebanyak...


My family's background bukanlah drpd golongan berharta & berduit. Since I was kid, hidup hujung bulan beras habis, ataupun kasut @ baju sekolah pakai sampai lusuh sbb tak mampu nak beli baru. Teringin nak join pengawas or librarian, tp letak tepi ja hasrat tu sbb tak cukup nak beli uniform baru. 

Even when I received my offer letter to pursue my studies in UTP, fikir banyak kali sampai gaduh dgn Abah sbb last minute buat decision masuk UTP instead of IIUM. Some even asking my mum either our family capable enough to pay my fees in private university. Kekadang Mak sanggup tebalkan muka meminjam semata untuk anak..

When I was in Foundation 2nd Semester, I need to pay almost RM5,000 to pass and take my examination slip. I need to pay by at least 50%. Cuba bayangkan dalam masa dua minggu, Aban kena cari RM2,500. Masa tu Abah suruh extend satu lagi semester sebab tak mampu nak bayar.



Masa tu jugak, Mak ada tanya some of her siblings nak pinjam RM2,500, my sister also ada tanya her boss if she can borrow RM2,000. Deep down saya stress sangat waktu tu, sedih tengok Mak mintak duit sana sini.

So as a conclusion, I ada mintak tolong my friend, her name is Alia Shahrudin. Abah dia sanggup bagi pinjam duit dia dulu. Jujurnya, I rasa malu gila sebab terpaksa pinjam daripada kawan.

Masa join UTP dulu pun waktu orientation ada berborak dengan senior, even senior tu pun terkejut mcm mana seorang Security Guard boleh decide utk anak dia sambung study dekat private university. Ada jugak gtau abah benda ni, tp Abah rilex ja, katanya selagi dia mampu, jgn fikir pasal duit..

Saya tak pernah kisah pun nak masuk UTP, sebab saya tahu UTP tu universiti swasta dan yurannya mahal. Tapi Abah tetap suruh saya apply. Alhamdulillah, saya dapat panggilan dari UTP. Sebelum masuk, saya kena pergi interview dulu. Masa tu Abah sanggup sewa kereta dan dan hantar saya ke Tronoh pada pukul 12 malam.

Selepas interview pada pagi tersebut, kami terus pulang ke rumah. Abah tak mampu nak sewa bilik hotel. Abah suruh saya masuk UTP sebab katanya UTP ni bagus, dan bukan semua orang boleh masuk.


Tapi pada masa yang sama, saya dapat tawaran dari UIAM. Ikutkan hati, saya memang nak masuk UTP, tapi disebabkan duit, saya cakap kat Abah yang saya nak masuk UIAM. Bergaduh juga saya dengan Abah waktu tu. Abah cakap jangan risau pasal duit sebab dia mampu nak tanggung segala kos saya di UTP.

Tapi saya tahu Abah mesti akan struggle nak cari duit sebab sejak kecil pun, saya nak masuk sekolah pun susah, inikan pula private university. Nak tahu apa Abah buat? Abah ada ambil pinjaman bank sebab nak renovate rumah, but you know what, he gave me half of the money untuk saya bayar yuran di UTP.

Saya masih ingat lagi macam mana orang kecam Mak saya. Sampai ada yang cakap "Ada harta ke nak gadai untuk tanggung yuran kat UTP tu?"

Last Sunday during my convocation, after i received my scroll, Mak text aku tanya: "Abang nak bunga ke? Mak dah tanya dah tp RM 100, Mak tak mampu Bang". Sebak sungguh bila Mak masih lagi fikir nak belikan bunga during my convocation. That moment when both of your Abah & Mak berjaya tanggung kau sampai ke Menara Gading..

To all students out there, either you're rich or sebaliknya, make both of your parent proud of you. Dont you even try to flip around during your student life, strive as you can. Tak semua mampu berada dgn apa yg kita ada skrg, so be grateful and ingat abah & mak So i dedicated this Degree to Mak & Abah
"Ayahku Seorang Security Guard Dan Berkorban Untuk Aku Masuk Uni" "Ayahku Seorang Security Guard Dan Berkorban Untuk Aku Masuk Uni" Reviewed by terviral on 11/14/2016 Rating: 5

No comments:

Party Rakyat. Powered by Blogger.