Akaun Wanita Ini Digodam & Tawar Pemeriksaan Payudara Online - terviral

Akaun Wanita Ini Digodam & Tawar Pemeriksaan Payudara Online

Buat kaum wanita di luar sana, awas kerana penjenayah gila seks mula menjalankan taktik atau modus operandi yang menggunakan laman sosial untuk memuaskan nafsu mereka. 


Perkara itu didedahkan oleh seorang netizen, yang dikenali dengan nama Puan Seri Wann. Dakwanya seorang kenalannya telah menjadi mangsa bila Facebook miliknya digodam oleh individu tak dikenali. 

Yang lebih teruk dan mengejutkan, akaun mangsa digunakan untuk memancing wanita di luar sana, kononnya dia menawarkan pemeriksaan payudara melalui online. 

Anda boleh melihat perbualan yang berlaku di akaun mangsa yang digodam di bawah. 





Dengan menyamar sebagai 'Puan Sha Rahman', penjenayah terbabit mengaku kononnya sedang membuat promosi pemeriksaan payudara secara online. 

Malah, mereka yang mengirimkan gambar payudara kepadanya akan diberikan voucher dan juga wang tunai RM800.

"Cuma hantarkan gambar bahagian payudarah. Akak akan buat pemeriksaan itu aje. Akak buat screening 5 minit abes. Lepas itu semua gambar akak akan delete."

Tak mudah tertipu, pihak yang dikenakan itu segera sedar dengan 'permainan' si penjenayah dan mengugut untuk menyebarkan perbualan itu di laman sosial miliknya.

Dalam pada itu, mangsa, Puan Sha Rahman dikatakan telah membuat laporan polis terhadap perkara yang berlaku itu. 

Kesimpulannya, sila pastikan semua akaun laman sosial mahupun emel anda sentiasa selamat dan terjaga rapi. Pastikan juga tidak mudah percaya kepada mana-mana tawaran pelik dan juga bukan-bukan, meskipun ditawarkan habuan ratusan ringgit sebagai balasan. - 
Akaun Wanita Ini Digodam & Tawar Pemeriksaan Payudara Online Akaun Wanita Ini Digodam & Tawar Pemeriksaan Payudara Online Reviewed by terviral on 11/04/2016 Rating: 5

No comments:

Party Rakyat. Powered by Blogger.