Krim Muka Dijual Secara Timbang Kilo, Penjual Tamak Pembeli Kemaruk? - terviral

Krim Muka Dijual Secara Timbang Kilo, Penjual Tamak Pembeli Kemaruk?

Bagi anda yang gemar membeli barangan kosmetik terutamanya menerusi internet seperti Instagram dan juga Facebook, dinasihatkan jangan sesekali mudah terpedaya dengan jenama yang terlalu murah di pasaran.


Tak dinafikan bukan semua barangan kosmetik mahal memberi efek yang baik dan sempurna. Namun, bagi krim wajah, pemutih dan juga serum misalnya semakin banyak yang dijual secara timbang atau kilo.

Sebab itu, ia boleh didapati dengan harga jauh lebih murah berbanding jenama terkenal. Pengguna pula sudah tentu memilih sesuatu yang lebih mampu milik, terutamanya pada zaman ekonomi yang sangat mencabar.

Menerusi status Facebook netizen ini, dia mendedahkan kini sememangnya terlalu banyak kosmetik yang dijual secara pukal dalam bentuk timbang atau kilo.

"Kosmetik timbang kilo, cuba check produk yang anda pakai sekarang, adakah ciri-cirinya seperti gambar di bawah, jika ya sila hati-hati.." ujar netizen bernama Norhayati. 
 

Dia berkongsi beberapa gambar krim kecantikan pelbagai jenis warna dan tekstur yang dijual pukal dalam plastik yang pastinya tidak terjamin kebersihan dan juga kualiti.

Bagaikan jualan pasar malam, kosmetik ini dimasukkan dalam plastik dan bekas agar si 'pengusaha' atau penjual boleh menukarkannya ke dalam bekas lebih kecil.

Antara krim dan serum yang dijual termasuklah vitamin C, losyen badan sakura, losyen kurus panas, sarang burung, aloe vera dan sebagainya. Memang mengerikan kerana tahap keselamatan pengguna sangat tidak terjamin melalui bahan yang tak tentu asalnya itu.

Berikut merupakan ciri-ciri krim berbahaya, seperti yang dikongsikan seorang blogger di laman Baju Warna Coklat:

Ciri-ciri krim yang berbahaya:

1. Tidak Ada KKM dan sebarang hasil ujian makmal.
2. Warna Krim ala-ala "shining" dan warna terlalu pekat.
3. Tekstur tak rata dan melekit-lekit dan tekstur kadang-kadang terpisah, ada bahagian yang berminyak atau padat dalam satu kemasan.
4. Bau menyengat, bau ala-la logam dan selalunya berbau sangat wangi sebab nak sembunyikan bau logam dan bau pun tajam je.
5. Panas, pedih dan perit semasa pakai produk tersebut. Mula-mula pakai kulit akan menjadi merah-merah dan gatal-gatal.
6. Kulit kemerah-merahan bila kena sinar matahari. Macam udang kena bakar.
7. Kulit putih pucat dan tak nampak semulajadi. Bukan putih kemerah-merahan tapi putih yang terlalu putih, pucat (pucat mayat) dan putih kelabu.
8. Hasil sangat cepat.
9. Kena terus bergantung pakai produk tersebut.


Dalam pada itu, selain menunjukkan rasa risau, netizen lain menerusi laman sosial turut berkongsi pengalaman menggunakan kosmetik jenis timbang kilo.

Kesimpulannya, dalam apa juga produk yang ingin digunakan untuk kecantikan dan juga kesihatan, pilihan yang telah mendapat kelulusan adalah faktor utama.

Jangankan hanya kerana ia murah dan menjadi trending di laman sosial, maka produk itu yang anda rembat tanpa memikirkan faktor keselamatannya.
 

 
Krim Muka Dijual Secara Timbang Kilo, Penjual Tamak Pembeli Kemaruk? Krim Muka Dijual Secara Timbang Kilo, Penjual Tamak Pembeli Kemaruk? Reviewed by terviral on 10/15/2016 Rating: 5

No comments:

Party Rakyat. Powered by Blogger.