Kronologi Kes Pembelian Banglo Guan Eng

BERIKUT adalah kronologi kes penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu:



*17 Mac 2016: Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya meminta menyiasat isu pembelian hartanah di bawah harga pasaran bernilai RM2.8 juta oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, George Town pada persidangan Dewan Rakyat di Parlimen.

*18 Mac: Lim mendakwa transaksi pembelian rumahnya itu dibuat secara rela hati antara pembeli dan penjual, Phang Li Koon tanpa sebarang paksaan.

*18 Mac: SPRM mula menerima laporan berhubung isu pembelian rumah banglo pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran daripada pelbagai pihak termasuk parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO).

*19 Mac: Lim menggesa SPRM menyegerakan siasatan berhubung transaksi pembelian rumahnya di Jalan Pinhorn.

*20 Mac: Lim membawa petugas media melawat rumahnya di Jalan Pinhorn.

*22 Mac: Phang membuat akuan berkanun menjelaskan beliau menjual banglo itu atas dasar rela hati antara pembeli dan penjual yang dipersetujui melalui perjanjian bertarikh 23 Jun 2014.

*23 Mac: SPRM terima lapan aduan daripada pelbagai pihak berhubung isu pembelian banglo ketua menteri.

*1 April: Phang memberi keterangan berhubung pembelian banglo oleh ketua menteri di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

*2 April: Polis melengkapkan kertas siasatan berhubung kandungan akuan berkanun Phang yang didakwa mempunyai maklumat palsu.

*17 April: SPRM menasihatkan semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pembelian banglo ketua menteri.

*6 Mei: Lim dan isteri Betty Chew serta Phang dan pemilik Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Datuk Tang Yong Chew memberi keterangan kepada SPRM.

*7 Mei: Lim sekali lagi hadir untuk direkodkan keterangan berhubung isu pembelian banglo di pejabat SPRM Pulau Pinang.

*22 Mei: Pegawai SPRM hadir di rumah Lim untuk mengambil keterangan berhubung pembelian banglonya.

*25 Mei: Kertas siasatan Lim dikemukakan kepada Peguam Negara.

*6 Jun: Kertas siasatan banglo Lim dikembalikan kepada SPRM untuk siasatan lanjut.

*29 Jun: Lim ditahan SPRM di tingkat 28 bangunan Komtar pada pukul 5.45 petang, manakala Phang ditahan pada pukul 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden.

Dah Bayar PTPTN Tapi Masih Blacklist

Terkesan dengan kempen potongan sebanyak 20 peratus kepada peminjam yang membuat bayaran penuh oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Safura Foo nekad membayar baki pinjamannya sebanyak RM18,449.35 pada Mac tahun lepas.


Namun, kegembiraan dan rasa lega itu hanya bertahan sehingga Mei lalu, apabila beliau disekat untuk ke luar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) oleh Jabatan Imigresen kerana namanya masih tersenarai dalam senarai hitam jabatan itu.

“Saya amat terkejut apabila disekat semasa hendak melancong ke Melbourne, Australia dan dimaklumkan ia kerana saya masih mempunyai tunggakan pinjaman PTPTN lebih RM3,000.

“Untuk membolehkan nama dikeluarkan dari senarai hitam, saya diminta membayar RM1,000 dan dalam keadaan mendesak untuk berlepas, saya menjelaskan bayaran itu secara dalam talian,” katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, bekas pelajar bidang fotografi dari Segi College, Subang Jaya berusia 24 tahun itu tetap memendam rasa marah dan kecewa dengan PTPTN mengapa beliau masih dalam kategori berhutang dan kenapa rekod pembayarannya tidak dikemas kini sedangkan baki hutang tabung itu telah dilunaskan lebih setahun.

Kembali dari Melbourne, Safura segera ke Pejabat PTPTN di UTC Kuala Lumpur bagi mendapatkan penjelasan dan selepas disemak, dirinya dikatakan masih mempunyai bayaran tertunggak lebih RM3,000 kerana ‘cek tidak ditunaikan’ atau “cheque was not cleared”, suatu jawapan yang amat mendukacitakan buat gadis dari Subang Jaya, Selangor.

“Saya amat kecewa, kenapa selepas menjelaskan semua bayaran, rekod pembayaran tidak dikemas kini dan lebih setahun tiada sebarang surat atau notis pemberitahuan yang diterima.

“Walaupun telah membuat aduan, hampir sebulan berlalu, PTPTN masih belum memberi maklum balas mengenai status aduan,” katanya dalam nada kecewa.

Katanya beliau turut dimaklumkan oleh pegawai imigresen di KLIA bahawa insiden yang menimpanya bukan kes pertama dan ramai yang telah terpaksa membuat bayaran RM1,000 bagi mengeluarkan nama dari senarai hitam dan boleh ke luar negara.

Selain Safura, peminjam PTPTN yang lain turut menghadapi masalah sama, khususnya mereka yang berhasrat untuk membuat bayaran secara ansuran melalui potongan gaji.

Seorang peminjam yang mahu dikenali sebagai Kho, 33, lulusan Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkongsi pengalaman berhadapan kerenah birokrasi PTPTN apabila permohonannya untuk membuat bayaran melalui potongan gaji yang dipohon sejak Ogos tahun lepas masih tidak dapat dilaksanakan sehingga kini.

Katanya walaupun telah berulang kali bertanyakan tentang status potongan gaji di kaunter PTPTN di Kementerian Pendidikan Tinggi, di sini, namun yang mendukacitakan tiada maklum balas positif diterima daripada perbadanan itu.

“Masalah di sini, bukan peminjam tidak mahu bayar, namun proses dan kerenah birokrasi menghalang pembayaran dibuat dan saya harap kerajaan dan PTPTN dapat melakukan sesuatu agar tunggakan bayaran mencecah berbilion ringgit itu dapat dikurangkan,” katanya.

Periksa Telefon Anak Anda

Pada zaman milenial ini, ramai ibu bapa mengambil jalan mudah dengan memberi anak-anak mereka telefon bimbit sama ada untuk memudahkan mereka mengawal supaya tidak bising di tempat awam. Tidak dinafikan telefon bimbit sememangnya banyak mendatangkan manfaat tetapi jika tidak dikawal selia ianya akan menjadi satu alat yang memudaratkan. 
Orang kata budak-budak zaman sekarang terlebih “advance”. Satu perkongsian di petik dari laman web IIUM Confession mendedahkan seorang ibu saudara yang risau akan perilaku anak buahnya yang terdedah dengan gejala sosial yang tidak senonoh.



Assalamualaikum,
Sebenarnya apa yang bakal saya tulis bukanlah confession apa-apa melainkan ada sedikit penulisan untuk kesedaran semua terutama ibu bapa.
Saya mempunyai berbelas anak saudara dan ada sebahagian anak saudara saya yang tinggal bersama saya kerana tuntutan kerja ibubapa mereka. 

Dalam seminggu pasti ada dua tiga hari akan tinggal bersama saya, dan kebanyakan yang ditinggalkan bersama saya adalah anak saudara lelaki saya.
Di jadikan cerita, ada seorang anak saudara lelaki saya telah dihadiahkan telefon seawal usia darjah 5 memandangkan dia adalah yang paling sulung dalam kalangan adik beradik. 

Saya tidak pernah curiga terhadap kegunaan telefon itu kerana setiap kali dia tinggal bersama saya, dia hanya menggunakan telefon itu utk mendengar lagu sambil memasing earphone. begitu juga ibu bapa dia.

ditakdirkan satu hari tu, dia telah keluar bersama rakan-rakan dia dan secara tidak sengaja meninggalkan telefon tersebut dirumah. 

Disebabkan waktu itu saya bosan, saya pun membuka telefon tersebut dan alangkah terkejut nya saya apabila melihat isi kandungan whatsapp, wechat, fb chat dan gallery gambar dia adalah gambar perempuan muda. dan ada beberapa gambar yang terlampau teruk utk dilihat oleh kanak2.
malah dalam dia juga ada menghubungi kanak2 wanita yang dia tidak kenali bagi bertukar2 gambar yang tidak senonoh. bukan satu, bukan dua.. tapi ramai! 

dan apa yang lebih mengejutkan, kebanyakkan kanak2 perempuan itu tidak malu untuk menunjukkan gambar tidak senonoh malah mesej yang berbaur kelucahan.

bayangkan pada waktu itu, dia baru darjah 6 tapi dah bertindak sejauh itu apabila tidak dikawal. dan yang lebih menyedihkan perbuatan dia bukan bertepuk sebelah tangan kerana ramaaaai anak2 perempuan yang terjebak dalam perbuatan sebegini.
malah ada antara mereka berjanji untuk bertemu dengan anak saudara saya untuk menunjukkan “alat sulit” mereka secara life. Allahu, menitik air mata saya membaca nya. 
sepanjang saya tinggal dengan dia, solat 5 waktu saya tekankan, apatah lagi membaca al-Quran.
selepas itu, saya telah menyerahkan telefon itu kepada ibubapa dia agar ibu bapa dia sendiri dapat menilai..
apa yang saya ceritakan ini adalah kisah yang terjadi kepada keluarga abg/kakak saya, janganlah kerana kehendak kerjaya hingga mengabaikan keperluan untuk mengawasi anak anda.
dan tolonglah, walaupun anak2 anda nampak tulus, tetaplah memeriksa dengan siapa dia berkawan dan berhubung.
sekian.
ibu saudara concern

Che’ Puan Khaleeda Selamat Lahirkan Seorang Puteri

Yang Mulia Che’ Puan Khaleeda Bustamam yang merupakan Isteri kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selamat melahirkan puteri sulung, pagi ini.


Berita gembira ini telah dimuatnaik ke laman Facebook milik JOHOR Southern Tigers kira-kira 20 minit lalu di mana menyatakan Che Puan Khaleeda selamat melahirkan puterinya Wad DiRaja, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

YM Che Puan Khaleeda Bustamam dan puterinya kini berada dalam keadaan sihat walafiat.

Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli telah membuat satu kenyataan mengumumkan kelahiran puteri pasangan diraja berkenaan.

“Jumaah Diraja Johor merafak syukur ke hadrat Allah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor dan Yang Mulia Che puan Khaleeda Bustamam atas keputeraan anakanda pertama baginda berdua.

“Seorang puteri pada 25 Jun 2016 bersamaan 20 Ramadan 1437 di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah. Che Puan Khaleeda dan paduka puteri berada dalam keadaan sihat walafiat,” katanya.

Isu Azan : YDP PAS Mohon Maaf

Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Padang Serai, Shaharuddin Ibrahim tampil membuat permohonan maaf kepada DAP dan kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung kenyataannya mendakwa akan berlaku larangan azan di masjid-masjid jika DAP memerintah.


“Saya tidak mahu berbalah dan memanjangkan isu ini jadi dengan rendah hati saya memohon maaf kepada pihak-pihak yang tersinggung dengan kenyataan itu, khususnya DAP,” katanya semalam.

Selain itu, Shaharuddin turut menjelaskan, tazkirah tersebut sebenarnya hanya bermaksud untuk melahirkan kebimbangan terhadap sikap DAP dan sekutunya yang menentang usaha menegakkan syariat Islam di negara ini.

“Khususnya penentangan terbuka mereka terhadap Pindaan Rang Undang-Undang 355 yang dibawa oleh Pas di Parlimen baru-baru ini.

“Saya berharap penentangan mereka itu tidak akan membawa kepada larangan melaungkan azan di masjid-masjid.

“Ini kerana azan dan solat adalah sebahagian daripada syariat Islam yang tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak dalam negara ini,” katanya.

Semalam, Abdul Malik menggesa Shaharuddin memohon maaf secara terbuka dan menarik semula kenyataan berhubung larangan azan tersebut yang didakwanya sebagai fitnah.

Abdul Malik berkata, tazkirah Ramadan berdurasi 30 minit itu jelas menyiarkan ucapan Shaharuddin pada minit 14:35 iaitu ‘Kalau DAP menguasai negara..nuu Pulau Pinang tuan-tuan, bang (azan) dah tak boleh dah, bang (azan) tak boleh dah, tuan-tuan’.

Wartawan Ini Dedah Bahaya Tulis Sebarangan Di Media Sosial

Walaupun media sosial adalah tempat di mana kita boleh tulis atau beri pendapat tentang sesuatu perkara namun ianya masih tertakluk kepada undang-undang. Banyak kes di mana pengguna media sosial didakwa kerana melanggar undang-undang. 


Kenapa bahaya tulis sebarangan di media sosial? Wartawan Bernama Ali Imran berkongsi sebabnya. 


Bahaya tulis sebarangan di FB.

Aku ambil peluang dari kes Imam Muda yang dah tukar  nama FBnya jadi Hxxxxx Bxxxxxx sebagai benchmark.

Kau tahu, dalam dunia ini kita semua ada pilihan. Kau boleh percaya dengan apa jua fahaman yang kau mahu dan tak siapa boleh menghalang. 

Itu hak asasi kau.

Masalah timbul bila kau, berdasarkan apa yang kau percaya itu – meletakkan diri kau sebagai maha mulia dan memandang orang tak sefahaman sebagai hina.

Yang akhirnya membawa kepada penghinaan terhadap mereka.

Kes yang melanda self-proclaimed imam ini lebih teruk,  kerana 

a. Menjadikan duka orang lain sebagai landasan menghina
b. Menyalah gunakan Tuhan sebagai lesen melakukan (a)

Beliau ini sebenarnya, kalau salah nasib tak kena gaya – hanya tunggu masa untuk kena angkut dengan Polis dan siasatan SKMM.

Kau mungkin tanya…

i. Kan dia dah padam post-post dia?
ii. Bukankah dia dah minta maaf?

Oh kawan, dalam undang-undang semua itu tak dikira.

Jejak digital kau masih ada. Orang screenshot status kau, itu sudah jadi jejak digital.

Macam mana dengan orang yang share status itu? Kan niatnya hanya nak menyebarkan tentang betapa teruknya statement si imam?

SKMM kata – kau pun boleh didakwa juga kerana terlibat bersubahat berkongsi.

Begini,

SKMM akan bertindak bila ada aduan dibuat. Tak kisahlah aduan ke Polis atau melalui SKMM sendiri, bila ada aduan baru mereka akan bertindak. (Aduan ke FB tak dikira tau)

Rule of thumb pada aduan : Jika ada pihak yang terasa/ offended dengan kandungan sesuatu post. 

Makna kata sebagai contoh kalaulah kata ada mana-mana antara 30 juta orang Malaysia ini terasa hati dengan post oleh imam muda itu, dia boleh buat laporan. Walaupun dia bukan ahli keluarga yang dihina dalam post itu.

Aduan yang SKMM ambil berat:

i. Lucah
ii. Jelik (Berbentuk penghinaan)
iii. Mengancam keselamatan negara

Siasatan akan dibuat. Tim SKMM akan akan gali segala maklumat.

Cukup bukti, serbuan bersama polis akan dibuat. Kalau dia dapat info kata kau di rumah, dia serbu rumah. Kalau di pejabat, mereka panjat pejabat kau.

Di lokasi kejadian antara benda yang mereka akan buat:

i. Sita SEMUA alat elektronik kau. Ia akan dikira sebagai barang kes dan tidak akan dipulangkan sehingga selesai kes.

ii. Di lokasi kejadian, akan copy segala isi kandungan smartphone kau guna mesin khas. Mesin ini boleh salin segala benda dalam telefon kau termasuk segala chat, dan segala benda yang kau dah padam pun ia akan dapat cari semula.

iii. Kau sendiri akan diminta untuk hadir ke sesi siasatan.

Lepas itu dah jadi cerita panjanglah. Pendakwaan, perbicaraan, kau kenalah hadap.

Aku sampaikan ini bukan nak bagi kau orang takut, tapi aku nak kau orang faham situasi.

Tiada istilah ‘wall aku, aku punya sukalah’, no..no…no…

Kalau post ini bermanfaat, SHARE. Kesian pada adik beradik, kawan-kawan kita yang terdedah lada bahaya kerana kurang kesedaran tentang hal-hal ini.

Sekian.

Ali Imran
Masih belajar untuk Klik Dengan Bijak


Umno Pecat Muhyiddin dan Mukhriz

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat daripada Umno kerana mengkritik kepimpinan parti berkuat kuasa Jumaat.

Pemecatan Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno dan Mukhriz diumumkan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak/
“Majlis Tertinggi mengambil keputusan secara sebulat suara untuk memecat Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz di atas pelanggaran disiplin.
“Lebih-lebih lagi apabila mereka telah berada di atas pentas bersama-sama pemimpin pembangkang membuat ucapan dan menyerang pimpinan dan parti, maka itu adalah kesalahan besar dari segi disiplin parti.
“Berdasarkan kepada kelakuan tersebut maka Majlis Tertinggi mengambil keputusan memecat kedua-dua pemimpin tersebut,” katanya.
Perkara berkenaan diputuskan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato’ Onn pada Jumaat.
Sementara itu Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal pula digantung keahlian sehingga Majlis Tertinggi menerima laporan daripada Jawatankuasa Disiplin Umno mengenainya.
“Ini kerana Jawatankuasa Disiplin masih belum menyerahkan laporan kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Majlis Tertinggi,” katanya.
Muhyiddin dan Shafie sebelum ini digugurkan daripada Kabinet Najib pada Julai 2015.
Ketiga-tiga mereka lantang mengkritik kepimpinan Najib dengan mempersoalkan isu dana politik bernilai RM2.6 bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). daripada Umno kerana mengkritik kepimpinan parti berkuat kuasa Jumaat.
Pemecatan Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno dan Mukhriz diumumkan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak/
“Majlis Tertinggi mengambil keputusan secara sebulat suara untuk memecat Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz di atas pelanggaran disiplin.
“Lebih-lebih lagi apabila mereka telah berada di atas pentas bersama-sama pemimpin pembangkang membuat ucapan dan menyerang pimpinan dan parti, maka itu adalah kesalahan besar dari segi disiplin parti.
“Berdasarkan kepada kelakuan tersebut maka Majlis Tertinggi mengambil keputusan memecat kedua-dua pemimpin tersebut,” katanya.
Perkara berkenaan diputuskan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato’ Onn pada Jumaat.
Sementara itu Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal pula digantung keahlian sehingga Majlis Tertinggi menerima laporan daripada Jawatankuasa Disiplin Umno mengenainya.
“Ini kerana Jawatankuasa Disiplin masih belum menyerahkan laporan kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Majlis Tertinggi,” katanya.
Muhyiddin dan Shafie sebelum ini digugurkan daripada Kabinet Najib pada Julai 2015.
Ketiga-tiga mereka lantang mengkritik kepimpinan Najib dengan mempersoalkan isu dana politik bernilai RM2.6 bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tindakan Imam Muda Ini Cetus Kontroversi Sehingga Dikecam Netizen

Beberapa hari ini agak viral mengenai kes kanak-kanak yang maut akibat penyakit difteria yang dikatakan berpunca kerana kanak-kanak tersebut tidak divaksin. Kelompok “anti vaksin” juga amat vokal mengenai pendapat mereka dan masing-masing ingin memberi pendapat mereka. Ini termasuk Imam Muda Ammar kerana memuat naik status yang dikatakan “tidak cerdik” mengenai vaksin dan akhirnya dikecam netizen. Status tersebut adalah seperti dibawah. 

“1 kes budak yang tak vaksin, maut lalu diribut-ributkan. Oh, ingatkan 90%. Rupa-rupanya 1% pun tak sampai. Tak tahu pula Malaikat Maut tak cabut nyawa budak yang vaksin. Dan tak tahu pula budak yang vaksin dapat extra nyawa. Untunglaa. 

“Ada tak vaksin selamat daripada kemalangan jalan raya? Jangan marah, tanya saja. Kalau ada PM ye,”



Namun setelah mendapat kecaman dari netizen, Imam Muda Ammar telah memadam status tersebut kerana “mendapat banyak pahala” akibat dikecam pengguna media sosial. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah juga turut kecewa dengan tindakan Imam Muda Ammar mengeluarkan kenyataan tersebut. 

“It is this kind of irresponsible posting in social media led by someone riding on religion calling himself Imam Muda deviating from the true teaching of Islam. What a shamful act,” 

Selain itu, Ammar juga telah keluar dari group Whatsapp Imam Muda sejurus kenyataan itu tersebar luar di media sosial sehingga beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Imam Muda. 


Ammar juga telah membuang Facebook ‘Imam Muda Ammar’, namun, beliau tampil dengan Facebook ‘Hamba Berdosa‘ bagi menjelaskan lebih lanjut mengenai status beliau sebelum ini. 

“Sekali lagi saya ingin memohon maaf di atas status sebelum ini yang mengundang kemarahan ramai. Saya telah pun memohon maaf secara terbuka namun saya merasakan permohonan maaf saja tidak cukup. Saya merasakan perlunya penjelasan dibuat bagi menjernihkan ketelanjuran dan silap faham yang berlaku. 

1. Saya memohon maaf kepada semua.

2. Status tentang vaksin yang agak kasar itu sepatutnya tidak ditulis. Sebenarnya ia adalah tindakan daripada statement seseorang di Facebook yang terlalu menyalahkan ibu bapa yang melarang anak mereka daripada divaksin. Sehingga tulisan itu seolah-olah melebih-lebihkan kuasa vaksin daripada kuasa Allah swt. Di sini ada beberapa penjelasan:

a) Tulisan sindiran itu timbul daripada perasaan marah kerana tulisan seseorang yang saya baca di Facebook yang mana tulisan itu seolah-olah menafikan kuasa Allah swt. Vaksin adalah asbab dan perantara tetapi segalanya berlaku dengan izin Allah swt. Apakah saya tidak merasa marah apabila seseorang itu mengatakan ada sesuatu yang lebih hebat daripada kuasa dan takdir Allah swt? Tetapi tidaklah kita perlu meninggalkan asbab dan perantara, kapal ingin berlayar perlukan air. Jadi, adakah saya anti vaksin? 

b0 Saya berpandangan terbuka dalam masalah vaksin kerana mendapati ramai yang menggalakkan penggunaan vaksin seperti doktor hospital dan ramai juga yang tidak mahu langsung menggunakan vaksin seperti Pengamal Perubatan Alternatif sebahagiannya. Sejak isu ini viral, ramai rakan-rakan menghantar mesej kepada saya secara personal yang menyatakan sokongan mereka kepada saya. 

Bagi saya pula, saya bukanlah anti vaksin. Demi Allah, saya membiarkan anak saya diberikan suntikan vaksin selepas kelahiran. Kalau saya anti vaksin, mana mungkin saya membiarkan anak saya disuntik vaksin? Dan saya menyarankan kepada ibu bapa agar berbincang dengan para doktor dan pakar yang terbaik untuk anak mereka kerana mereka lebih arif. 

Tambahan pula, Fatwa telah mengharuskan dan menggalakkan vaksin. Mana mungkin saya lebih arif dari doktor dan mufti? Mungkin ada yang mempersoalkan post saya sebelum ini (agak lama dahulu) di Instagram yang mana saya telah memuat naik gambar yang dipetik daripada buku tulisan Jerry D. Gray dalam buku bertajuk Trust No One. Penulis telah menulis lebih daripada 50 muka surat berkaitan bahayanya vaksin. Post itu bertujuan ingin mendapatkan respon masyarakat tentang perkara yang ditulis serta jawpaan daripada dakwaan penulis akan bahayanya vaksin. 

Tambahan pula, ramai saudara mara saya yang turut menjadi rakan Facebook dan Instagram adalah di kalangan doktor. Ianya seperti mana anda share status saya sebelum ini bukannya bertujuan untuk setuju dengan status saya tetapi share tanda tidak setuju dan supaya saya dihentam. Post itu bertujuan mendapatkan respon daripada pakar yang terdapat dalam Facebook dan Instagram saya. 

Jika benar dakwaan Jerry D. Gray itu yang mengatakan vaksin adalah berbahaya, maka seharusnya kerajaan Malaysia menyekat kemasukkan buku-buku tulisan beliau kerana menimbullkan kekeliruan. 

Jadi tulis itu sebenarnya disebabkan rasa marah saya kerana seseorang Muslim menafikan kuasa Allah swt. Bukannya kerana anti vaksin. Apabila menulis dalam keadaan marah, maka tulisan saya menjadi agak keterlaluan dan jauh dari maksudnya yang sebenar. 

Jadi untuk kesekian kalinya saya meminta maaf. Saya sedar yang tulisan itu tidaklah maksud sebenar yang dimaksudkan tetapi sebaliknya. 

3. Saya bukanlah doktor atau mufti. Rujuklah pada pakar perubatan anda.

4. Atas nasihat anda, saya telah buang gelaran Imam Muda. Jadi jangan libatkan Imam Muda yang lain. Saya hanyalah hamba berdosa. 

5. Setiap manusia sering melakukan kesilapan. Jadi maafkan saya. 

6. Saya bukan anti vaksin tetapi saya anti ucapan yang menafikan kuasa Allah. 

7. Mungkin saya perlu menghadiri kelas bahasa agar lebih tepat kepada maksud yang disampaikan. 

8. Anda boleh PM saya jika perlu kita berbincang dengan harmoni. 

9. Maaf sekali lagi. 

Siapa Songlap Duit Tebusan Abu Sayyaf?

Tidak mungkin masyarakat akan berdiam diri mengenai RM12 juta yang didermakan untuk membebaskan empat warga Malaysia yang dijadikan tebusan pengganas Abu Sayyaf.


Maka, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed perlu sedar orang ramai tidak akan berhenti berspekulasi mengenai apa yang berlaku keatas wang itu, kata Ahli Parlimen PKR, Wong Chen.

“Sekurang-kurangnya kerajaan perlulah bertanggungjawab dan telus dengan mendedahkan bagaimana wang itu diuruskan. Oleh kerana hal ini telah menjadi menjadi perbualan orang ramai, Nur Jazlan tidak boleh minta rakyat berdiam.

“Sebaliknya, beliau mesti cari siapa yang cuba mengambil kesempatan secara haram daripada pengendalian wang tebusan itu,”. Nur Jazlan dilaporkan meminta orang ramai supaya tidak memanjangkan lagi isu RM12 juta itu, dibimbangi akan mengundang lebih banyak penculikan di masa hadapan.

Wong berkata kebanyakan negara-negara maju tidak mengalakkan rundingan dengan penculik dan pengganas. Negara-negara berkenaan, bagaimanapun, tidak menghalang warganegara mereka daripada menyelamatkan orang tersayang, tambahnya.

“Dalam hal ini, kerajaan terbabit sama. Maka kerajaan perlu jawab. “Maka, menteri yang berkenaan perlu tampil ke Parlimen dan membuat pendirian yang jelas dan muktamad berhubung perkara wang tebusan ini.

“Adakah kerajaan mengalakkan pembayaran tebusan? Jika ya, mekanisme apa yang digunapakai untuk menangani jumlah wang tebusan? “Kita juga mahu tahu samada amalan ini akan menjadi insentif kepada penculik di masa hadapan.”

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy turut bersependapat dengan kenyataan Wong. Beliau berkata tuduhan terhadap polis perlu diselesaikan, lebih-lebih lagi apabila keluarga mangsa bertegas wang tebusan diserahkan kepada anggota Cawangan Khas (SB).

“Banyak kenyataan bercanggah daripada pihak berkuasa. Mana mungkin orang ramai tidak berbual mengenai isu ini seperti yang diminta oleh Nur Jazlan?” “Tidakkah permintaan itu mengarut? Apa yang perlu mereka lakukan adalah membuka siasatan keatas dakwaan penyelewengan dan menyiasat apa yang sebenarnya berlaku keatas wang itu.

“Orang ramai perlu tahu, antara lain, samada polis benar-benar terlibat atau tidak. Jika ya, nasib baik keempat tebusan itu selamat kembali ke pangkuan keluarga, tetapi bagaimana pula dengan mangsa sebelum ini, dan mereka yang mungkin menjadi mangsa militan itu di masa hadapan?” 

Selain daripada wang yang didermakan orang ramai dan pemilik bot tunda, RM12 juta itu juga hasil penjualan aset milik keluarga tebusan.

Polis menafikan sebarang tebusan dibayar kepada penculik, dan berpendapat mungkin wang diserahkan kepada “pihak ketiga” yang merundingkan pembebasan tebusan.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata wang itu disalurkan kepada badan kebajikan di Filipina.

Manila Times, memetik sumber, turut melaporkan kumpulan militan marah kerana hanya RM8.8 juta daripada RM12 juta sampai ke tangan mereka.

Wong Teck Kang, 31; Wong Teck Chii, 29; Johnny Lau Jung Hien; dan Wong Hung Sing, 34 diculik di perairan berhampiran Pulau Ligitan pada 1 April, dalam perjalanan mereka ke Tawau, Sabah dari Filipina.

Mereka dibebaskan 8 Jun lalu.

Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Cabul Kanak-Kanak

Polis menahan seorang lelaki semalam bagi membantu siasatan kes cabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan berumur enam tahun di Taman Kota Jaya, dekat Kota Tinggi.


Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berumur 20 tahun itu ditahan kira-kira 5.24 petang di Balai Polis Kota Tinggi.

Beliau berkata lelaki yang tidak bekerja itu ditahan selepas dia hadir ke balai polis bagi memberikan keterangan berhubung kes tersebut.

“Suspek kini direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya polis menggesa ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak terutama yang masih kecil.

Wan Ahmad Najmuddin turut meminta ibu bapa berhati-hati terhadap anggota keluarga sendiri atau penjaga anak-anak supaya anak mereka tidak menjadi mangsa jenayah seksual.

Ibu bapa juga diminta menjalinkan hubungan rapat dengan anak-anak supaya mereka tidak segan dan takut untuk mengadu sebarang masalah, kataya.

Semalam, media melaporkan tindakan seorang wanita yang nekad membuat laporan polis selepas melihat sendiri kejadian kanak-kanak perempuan itu dicabul di bahagian belakang rumahnya di taman perumahan berkenaan.

Kejadian itu dikongsi wanita itu di laman Facebooknya sejak Isnin lepas dan kemudian menjadi viral di laman sosial dengan netizen mengutuk perbuatan lelaki tersebut.