TMJ Sedia Bertemu Individu Yang Menghinanya

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya tidak menangkap individu-individu yang telah membuat kenyataan yang menghina beliau.


Sebaliknya, baginda mencadangkan agar polis mengaturkan satu pertemuan antara dirinya bersama individu yang menghinanya.

“Saya lebih suka jika pihak berkuasa dapat menganjurkan pertemuan antara saya dan individu-individu tersebut dan memberikan mereka peluang untuk menyuarakan apa yang mereka mahu katakan kepada saya secara berhadapan dan bersemuka antara mereka dan saya sahaja.

“Saya akan menghargainya jika anda bersetuju dengan cadangan ikhlas saya ini,” Pada masa yang sama, Tunku Ismail juga akui tidak peduli dengan sebarang kenyataan individu-individu yang menghinanya.

“Ya. Saya dimaklumkan tentang perkara ini tetapi apa yang boleh saya lakukan sekiranya ada orang yang ingin membuat laporan polis mengenainya.

“Terus terang saya cakap yang saya tidak peduli apa sahaja orang mengatakan kerana saya amat bersyukur dengan apa yang Allah SWT berikan kepada saya. Saya tiada masa untuk melayan orang-orang seperti ini,” katanya.

Baru-baru ini, pihak polis menahan seorang lelaki di Selangor bagi membantu siasatan berhubung penghinaan terhadap Tunku Ismail menerusi Facebook. Ikuti temubual penuh bersama TMJ dibawah. 

Mastura Tidak Perlu Hadir Penamaan Calon

Datin Mastura Mohd Yazid, yang dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, tidak perlu menghadiri penamaan calon pada 5 Jun ini kerana masih dalam tempoh edah selepas kematian suaminya.


Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengkehendaki calon berbuat demikian sebaliknya menetapkan pencadang dan penyokong untuk hadir pada penamaan calon.

“Orang yang mencadang dan menyokong perlu hadir, calon tidak perlu hadir. Oleh itu, Datin Mastura tidak perlu hadir,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Hospital Kuala Kangsar di sini, Ahad.

Beliau mengulas kenyataan Mastura, 55, menerusi satu tayangan video bahawa beliau tidak dapat menyertai kempen bermula 5 Jun ini kerana masih dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana ditetapkan Islam apabila kematian suami.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Mastura, yang juga balu Anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, sebagai calon BN bagi PRK Kuala Kangsar.

Ditanya sama ada Mastura akan diwakilkan oleh anaknya, Annuar berkata: “Dalam peraturan pilihan raya, calon dibenar untuk melantik wakilnya.

“Datin Mastura ada wakil-wakil calonnya, jadi tidak semestinya anaknya atau mungkin sesiapa sahaja,” katanya.

Pada pilihan raya umum ke-13, Wan Mohammad Khair-il memperoleh majoriti 1,082 undi menewaskan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Bebas Datuk Kamilia Ibrahim. 

Adakah Calon BN Hanya Untuk Dapatkan Undi Simpati?

Ketidakhadiran calon BN bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid semasa tempoh berkempen boleh menjejaskan kemenangan BN. Penganalisis Politik Prof Dr Mohd Atory Hussain berkata ini kerana kawasan yang ditandingi itu merupakan kawasan “panas”.


“Kawasan ini kawasan panas. Kalau dia boleh keluar berkempen itu bonus,” katanya.Atory berkata BN mencari calon lain untuk bertanding di kawasan tersebut. “(Tapi) UMNO nampak macam tak ada calon yang lebih sesuai selain isteri dia (bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar),” katanya.

Beliau berkata pencalonan Mastura bertujuan untuk mendapatkan undi simpati daripada pengundi di kawasan tersebut. “Tapi adakah pengundi simpati? Kita tak tahu. Daripada segi kelayakan saya rasa tak ada masalah. Kalau dia dah popular dari dulu, tak ada masalah..tapi kalau dia tak dikenali susah juga,” katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Mastura yang juga balu Wan Mohammad dipilih sebagai calon BN bagi PRK Kuala Kangsar.

Mastura, 55, menerusi tayangan video berkata beliau tidak dapat menyertai kempen yang dijadual bermula 5 Jun depan kerana masih berada dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana ditetapkan dalam hukum Islam apabila seseorang wanita kematian suami. Kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar kosong susulan kematian penyandangnya dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak awal bulan ini.

Jadi apakah pendapat anda pula? Ada warga Kuala Kangsar yang sedang membaca?

Tindakan Pemandu Motosikal Ini Menambat Hati Rakyat Malaysia

Umum mengetahui di bandaraya Kuala Lumpur ini kebanyakkan pengguna jalan raya sangat mementingkan diri sendiri dan tidak bertolak ansur ketika memandu. Antara contoh yang paling senang ialah memandu di lorang kecemasan ketika waktu puncak dan jem teruk. 
Tapi nasib baik masih ada yang bersifat baik hati. Dan post yang viral di Facebook baru-baru ini adalah buktinya. Status ini dimuat naik oleh Josh Awang yang mendapat lebih 4 ribu perkongsian di media sosial itu. Kejadian ini berlaku di simpang lampu isyarat Taman Desa. 

So this Malay chap stopped in front of me at the traffic light when he noticed broken glasses and nails (dropped by the tow truck company lah .. who else), he alighted his bike and proceeded to sweep the caltrops off the road so that passing motorist would not be risked.

What a shinning example of a Malaysian!!! 

I hope I get to know who he is one day! This was at the junction of Taman Desa traffic lights.

Note: would have gotten down to thank him if I wasn’t in great pain and rushing myself to the hospital, but I’m glad I got to share this with you, from my hospital bed. Do share it with the whole world!

Datuk Vida Idam Plat F1 Dan V1

Jutawan kosmetik Datuk Vida sanggup membayar RM2 juta untuk menjadi pemilik nombor pendaftaran kenderaan F1 dan V1.


Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman dipetik sebagai berkata kepada Kosmo, jika nombor pendaftaran baharu Putrajaya, F1 berjaya diperoleh, beliau akan meletakkannya di kereta mewah Ferrari yang bakal dibeli.
Bagi nombor pendaftaran V1 pula, beliau belum memikirkan jenama kereta yang bakal dibeli.

“F1 satu nombor cukup unik. Memang saya berminat untuk memiliki nombor tersebut dan saya akan berusaha mendapatkannya walaupun harga bidaan mencecah RM1 juta.

“Begitu juga nombor V1, saya akan membida nombor tersebut. Sekiranya saya berjaya dalam bidaan bagi kedua-dua nombor pendaftaran itu, saya anggap ia rezeki saya,” katanya kepada Kosmo.

Timbalan Speaker Kedah Jawab Tuduhan Kes Tumbuk Pasangan

Video yang viral di laman sosial sejak semalam yang mendakwa telah ditumbuk oleh seorang VIP iaitu Timbalan Speaker Dun Kedah, Datuk Azmi Che Husain di hadapan pusat membeli belah di Alor Star 15 Mei lalu.


Kerana dakwaan itu, Azmi telah tampil membuat kenyataan di mana katanya beliau hanya cuba meleraikan keadaan di mana Azmi mendakwa pemuda berkenaan seolah-olah melakukan provokasi dan kemudiannya bertindak memaki hamun anaknya.

“Saya cuba leraikan pergaduhan berkenaan, tetapi saya pula yang dituduh.”

“Saya ketika itu dalam kereta dengan dua lagi anak lelaki. Bila kejadian macam tu berlaku, saya turun kereta dan tanya kenapa dia buat begitu kepada anak saya.

“Namun bila disoal, dia bertindak memaki hamun saya. Salam yang diberi sebelum itu pun tidak dijawabnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Adun Bayu berkenaan, lelaki itu kemudiannya bertindak agresif apabila keluar dari kereta dan menendangnya hingga terjatuh.

“Dua anak yang ketika itu berada dalam kereta keluar untuk mempertahankan saya dari terus dipukul. Siapa yang sanggup tengok ayah mereka dipukul depan mata.

“Jadi berlaku pergelutan antara mereka bertiga, saya yang berada di situ cuba meleraikan pergaduhan, tetapi saya ditumbuk oleh lelaki itu,” katanya.


Beliu turut mendakwa lelaki berkenaan cuba memutar belit fakta kejadian sebenarn apabila menuduh beliau dan anak-anaknya menumbuk teman wanitanya di bahagian dada, tangan kanan dan kiri.

“Kejadian itu langsung tidak berlaku seperti didakwa, sebaliknya wanita itu mengalami kecederaan apabila ditolak masuk ke dalam kereta oleh pemuda tersebut sendiri.”

“Saya dan anak-anak langsung tidak sentuh wanita itu, tetapi bila dia keluar dari kereta untuk leraikan pergelutan, dia pula yang ditarik dan ditolak masuk ke dalam kereta oleh lelaki berkenaan.

“Jika ada pihak yang masih ragu-ragu dengan tuduhan ini, sila berikan bukti segera bahawa wanita itu benar-benar ditumbuk,” katanya.

Azmi dalam pada itu mendakwa insiden yang merupakan salah faham ini sengaja diviralkan oleh pihak yang mempunyai agenda dan perancangan pihak tertentu bagi mencalarkan imej politiknya.

Selain itu, beliau turut mengakui mengenali individu berkenaan yang cuba memburuk-burukkan imejnya dengan merancang insiden berkenaan.

“Kejadian itu berlaku siap dengan rakaman dari kamera, seperti ada sesuatu yang tidak kena. “ALLAH akan bersama orang yang benar, saya yakin dengan janji-NYA,” katanya.

Bagaimanapun katanya, kes berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan selanjutnya. “Saya juga akan membuat laporan polis selepas difitnah, sebelum ini kes ini tidak dilaporkan kerana saya hanya meleraikan keadaan,” katanya. Siapa yang bersalah? Jom tengok video tersebut sekali lagi. 

3 Pelajar Ditahan Kerana Buat Bisnes Kereta Sewa

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menahan 3 orang pemuda berstatus pelajar yang berusia 20-an telah berjaya memperolehi RM126,000 sebulan selepas menawarkan servis kereta sewa di Cyberjaya.


Mereka dari Pakistan, Nepal dan Bangladesh telah ditangkap oleh Jabatan Pengangkutan Jalan di dalam satu operasi khas. Mereka dipercayai telah berniaga tanpa permit dan dokumen sah sejak 6 bulan yang lalu dengan menggunakan 30 buah kereta milik rakyat tempatan.
Sasaran pelanggan mereka hanyalah pelajar universiti terutama dari luar negara yang belajar di sekitar Cyberjaya. Dan pihak JPJ percaya ada ramai orang terlibat dengan aktiviti bisnes tersebut.

Susulan penangkapan tersebut, pihak JPJ sedang menjejaki pemilik tiga buah kereta yang telah dirampas. Manakala, 3 orang pelajar itu disiasat di bawah Seksyen 23 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 di mana mereka boleh dipenjarakan sehingga 2 tahun atau didenda tidak kurang dari RM1,000 dan tidak lebih dari RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

“Samseng Jalanan VVIP Tumbuk Saya Dan Teman Wanita”

Kisah yang berlaku kepada Adam Hoonigan yang mendakwa ditumbuk oleh VVIP. Namun tidak dapat dipastikan apakah punca berlaku pergaduhan tersebut. 


Pada 15/5/2016 Ahad jam lebih kurang 5.45 petang semasa saya keluar dari Aman Central kemudian saya terus membawa kereta saya memasuki lorong tengah di lampu isyarat di hadapan Aman Central tersebut. 

Datang sebuah kereta jenis Toyota Harrier berwarna hitam yang di pandu oleh lelaki melayu berumur 20-An dan di dalam kereta tersebut juga terdapat 2 lelaki melayu berusia 20-An dan 50-An. 

Pemandu tersebut telah membuat hon panjang dan berada di sebelah kiri kereta saya. Sewaktu itu,lampu isyarat berwarna merah. Kemudian pemandu kereta tersebut telah menurunkan tingkap keretanya dan berkata ‘Kenapa,kenapa..Hang tak kenal lagi aku siapa’ berulang kali kepada saya dan meminta saya turun dari kenderaan saya. Tetapi saya enggan turun. 

Tiba tiba lelaki 50-An dari kereta tersebut telah turun dari keretanya dan membuka pintu kereta saya dan menarik kunci kereta saya. Lelaki 50-An telah menumbuk saya di bahagian mulut saya. Akibat dari itu, mulut saya mengalami luka. Kemudian lelaki 50-An tersebut telah menarik tangan saya untuk keluar dari kereta dan apabila saya keluar dari kereta saya telah menumbuk lelaki 50-An tersebut. 

Datang pula (2) lelaki 20-An dari kereta tersebut dan mereka bertiga memukul saya. Teman wanita saya telah keluar dari kereta saya dan cuba meleraikan pergaduhan di antara kami. Tetapi teman wanita saya juga telah di tarik dan di tumbuk di bahagian dada,tangan kanan dan kiri. Datang orang ramai untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Kemudian kereta tersebut terus beredar dari tempat kejadian. 

Saya telah membawa teman wanita saya ke KMC Alor Star Kedah kerana telah mengalami sesak nafas yang sangat teruk. Selepas beberapa hari dari hari kejadian, barulah saya mendapat tahu dari rakan ayah saya yang bekerja di Wisma Negeri Kedah yang lelaki berusia 50-an tersebut adalah Dato Azmi Che Husain Timbalan speaker Negeri Kedah

Tujuan saya kongsikan perkara ini adalah untuk beliau tampil memberi keterangan kepada pihak polis agar kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Saya amat tidak berpuas hati kerana saya dan teman wanita saya dipukul oleh 3 orang samseng jalanan yang berpangkat (VVIP). Sekian

Dengan Hanya RM8 Anda Boleh Makan Sepuas Hati

Apa yang anda boleh makan dengan RM8? Mungkin satu hidangan nasi berserta lauk dan air. Tapi, percaya atau tidak dengan berbekalkan RM8 anda boleh makan sepuas hati anda? Mungkin ramai yang belum tahu Restoran Hersha yang terletak di Bukit Kapar, Klang ini menawarkan buffet makanan melayu dengan harga RM8 termasuk air minuman. 


Mungkin tak masuk akal tapi restoran ini menawarkan lebih 30 jenis masakan kampung dan kebanyakkan pengunjung ke sini memberitahu keenakan juadah adalah benar-benar asli dan sangat menyelerakan. Antara menu yang menjadi perhatian ialah Asam Pedas Ikan Patin, Gulai Nangka dan Ayam Goreng Berempah. Mana nak cari restoran yang boleh tambah lauk secara percuma ye tak? 

Selain itu buat peminat ikan bakar sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati hidangan ikan bakar sepuas-puasnya! Terdapat pelbagai ikan bakar yang disediakan disini dan yang penting saiz hidangan pasti buat anda kenyang. Tapi agak rugi jika anda makan sekali sahaja, sebab tiada bayaran yang dikenakan untuk makan kali kedua. 
Selain itu, untuk golongan OKU cuma dikenakan RM6 manakala kanak-kanak dibawah 6 tahun adalah percuma. Ini adalah antara faktor kenapa restoran ini menjadi bualan orang ramai. Air minuman juga diberi percuma malah menurut sumber air minuman akan ditukar setiap hari. Menarik bukan? 
Idea untuk menyediakan buffet RM8 ini datangnya dari pemilik restoran ini Sahlawati Norman kerana lokasi restoran itu terletak di Batu 8, Bukit Kapar, Klang. Selain itu, disebabkan ekonomi yang agak meleset beliau mengambil jalan untuk berniaga melalui pendekatan tersebut. Jika anda tertanya adakah untung atau tidak, boleh dikatakan tiap-tiap hari restoran ini dipenuhi dengan pelanggan. 

So, apa tunggu lagi? Anda mahu ke sini? 
Alamat: Lot 2320 Jalan Iskandar, Batu 8, 42200 Kampong Bukit Kapar, Selangor, Malaysia.
No Telefon: 017-296 6305
Waktu operasi: Selasa – Ahad, 11 pagi – 3 petang

Layari Facebook Restoran Hersha untuk maklumat lanjut.


Padah Kutuk TMJ, Penyokong Bola Ditahan Polis

Seorang penyokong bola sepak Pahang, Muhammad Masyhur Abdullah hari ini ditahan polis kerana dituduh mengutuk pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Peguamnya Chan Kheng Fai berkata, Masyhur, 29, ditahan di Balai Polis Batu 9, Cheras tengah hari tadi dan kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Johor Bahru. “Beliau disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ekoran tulisannya di Twitter.

“Masyhur dibawa ke Johor kerana mungkin laporan ke atasnya dibuat di sana. Esok beliau akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Johor untuk polis mendapatkan perintah reman,” katanya ketika dihubungi FMT.


Seksyen 233 menyebut seseorang itu melakukan kesalahan sekiranya menggunakan kemudahan rangkaian untuk memulakan apa-apa komen yang jelik dengan niat untuk menyakitkan hati.

Sebelum dia ditahan, beberapa kumpulan Facebook mendesak laporan polis dibuat terhadap Masyhur dengan menyebarkan gambar yang cuba mengaitkan Masyhur kepada satu twit dan gambar ubah suai TMJ sedang menikmati hidangan gajah.
Gambar makan gajah itu menjadi viral selepas JDT menewaskan pasukan Pahang 6-0 dalam perlawanan Liga Super hujung minggu lalu.

TMJ dilaporkan berkata gambar makan gajah itu sekadar ‘suka-suka’ dan ‘sedikit perang psikologi’, namun bagi Masyhur, dia berdepan dengan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah.

FMT difahamkan nasib yang menimpa Masyhur mendapat perhatian badan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan menjadi perbualan di Twitter.

“Dalam bola sepak, takde istilah menghina anak raja. Kita menghina pihak lawan. Sebab tu bendera negeri, semangat bangsa tak perlu dalam bola,” komen Pipiyapong.

Kawan Masyhur, Padma Zachariah yang ada ketika dia ditahan memberitahu polis tiba di rumahnya pada kira-kira jam 10 pagi.

“Ketika itu saya ingin menghantar pembantu rumah untuk membersihkan rumahnya seperti yang diminta Masyhur. Saya ke rumahnya sekali lagi pada jam sebelas dan tengok dia sudah tiada.

“Saya terus ke Balai Polis Batu 9 (Cheras) dan dapat tahu bahawa polis yang ke rumahnya tadi datang dari Johor,” katanya yang berkata pihak polis bertindak penuh profesional dan baik sepanjang penahanan.