“Ayam Terapi Quran” Taktik Baru Jaja Agama

Peniaga kini menggunakan taktik baharu menjaja nama agama untuk mengaut keuntungan apabila menjual ayam yang dibacakan ayat-ayat al-Quran, kononnya boleh membuatkan minda lebih tajam bagi individu yang memakannya.

Produk yang digelar “ayam terapi” itu dilaporkan dijual dengan harga kira-kira RM14 untuk satu kg, dua kali ganda mahal berbanding ayam biasa RM7 per kg.
Ia dijual sekitar ibu kota, selain turut dipromosikan di media sosial, mendakwa ayam mereka disahkan halal, mengikut hukum syarak dan melalui proses bacaan al-Quran, lapor akhbar Harian Metro.
“Selepas semua ayam ini siap disembelih dan dibersihkan, kita akan simpan dalam bilik sejuk beku dan ketika ini, ayam berkenaan akan melalui proses terapi dengan alunan bacaan ayat al-Quran dan ruqyah,” kata salah seorang peniaga dilapor akhbar itu.
“Ruqyah” merupakan istilah digunakan untuk perubatan alternatif berunsur Islam, antaranya menggunakan ayat al-Quran.
Peniaga “ayam terapi” tersebut turut mendakwa bahawa elemen ruqyah ayam tersebut boleh mencegah bala dan penyakit.
“Tujuan kita adalah untuk menyelesaikan masalah umat Islam yang sering berdepan dengan unsur syubhah dalam pemakanan dan kita cuba membantu dengan cara yang lebih Islamik,” tambah peniaga.
Menurut laporan itu, ayam tersebut juga akan menggunakan bahan makanan terkawal dan tidak mengandungi sisa haiwan lain.
Selepas ayam disembelih dengan “semula jadi”, organ dalamannya akan diasingkan sebelum ayam dicelur untuk proses pembersihan.
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emiritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin berkata, kaedah penjualan itu diputuskan sebagai salah selepas dibincangkan beberapa kali dalam siri muzakarah dan forum.
“Tindakan peniaga yang menggunakan promosi agama semata-mata untuk melariskan perniagaan bertentangan dengan prinsip Islam.
“Keadaan ini boleh menimbulkan unsur penipuan serta terdapat pihak yang mengambil kesempatan,” katanya dilapor akhbar itu lagi.

“Maxis Bankrap Lah Kau”

Sejak kes Maxis menipu pelanggan banyak kita dengar cerita buruk mengenai Maxis. Beberapa kes dimana Maxis telah mengenakan caj berlebihan apabila ingin menamatkan perkhidmatan mereka. Dilaporkan dalam media yang Maxis kehilangan hampir sejuta pelanggan sepanjang 12 bulan yang lalu. Ramai pelanggan Maxis merasakan diri mereka tertipu dan beralih ke telco lain yang menawarkan pelan yang lebih bagus. Inilah yang terjadi kepada seorang pengguna Maxis, Liz Ghazale  ketika ingin menamatkan pelan Maxis beliau.

MAXIS SI PENTIPU- 25/3/16 haritu aku decide nak tukar dari MAXIS ke Celcom sbb data yang Celcom offer mmg sgt bombastic. Since aku ni mmg keje stream video je, 5gb adalah tak cukup. dah register kt celcom tinggal nak activate kan simcard je dalam 24 hours. pastu 26/3/16, MAXIS call aku nak offer aku package RM188 (unlimited call+8gb data+spotify) with NO CONTRACT dengan harga rm88. since aku mmg da 18 tahun ke lebih dengan MAXIS, aku agree sebab malas sbenarnya nak tukar service provider lain. setia la konon PUIII1

but what happened today, bil aku due 24/4/16..pagi tadi dapat gaji ingat nak settlekan segala bil.check bil MAXIS kat MAXIS apps, tudiaaa sampai RM781.40!! tatau mana datang nye. try to call MAXIS HOTLINE (123) operator semua busy. tiap kali aku call, aku tunggu like 5-10 minutes tapi sampai ke sudah takde orang pon yg layan. try jugak livechat, pon no answer. try twitter, pon sama jugak.reply macam hape je.macam tak pandang plak customer ni.

then aku teros pegi MAXIS center. check punya check, rupanya, MAXIS dah game aku. awal-awal memang dia cakap RM88 utk pakej RM188. then baru-baru ni dia buat plan baru sbb ramai customer da lari. untuk case aku, MAXIS tukarkan pakej aku dari yang dia janji (RM88-8gb internet data+unlimited call+spotify premium) kepada pakej RM98 yang hanya ada 7gb data and no spotify premium. 


no wonder pagi tadi aku dapat msg dr MAXIS kata spotify premium renewed at RM9.99. aku heran la jugak sbb yang dia janji FREE. tup2 nak charge bil aku. and pasal bil aku tu sampai RM781.40 tu, sebab tetiba aku ade contract 2 tahun dengan MAXIS. RM30 X 24 bulan. contract bedah ape pon aku tatau la. ehh seriously MELAMPAU!!

MAXIS center kat Seberang Jaya katanya tadi dah buat report KOT ke KL. but sampai saat aku tulis mendealah ni, nombor report pon aku tak dapat . sangat-sangat frust sampai aku rasa menyesal tak berambus je gi kt Celcom aritu biar bankrupt teros MAXIS ni. kesimpulannya, Service MAXIS dari segala bentuk memang aku kategorikan sebagai terok gila la. so kalo korang lepas ni berhati-hati la dengan pentipu MAXIS ni..

**updated- aku dah call maxis sbb nak confirmation. Tak hingin aku bayar smpai beratus tu. Lepas 20minit tunggu😴, akhirnyaaaaa ade la pegawai dia jawab. Aku tanya la kes aku ni, diorang cakap aku takyah bayar smpai rm781 tu and diorg bagi aku pakej maxis one 98 yg ada internet data 7gb tp dgn harga rm88. Maknanya rebate rm10. Bukan rebate rm100 dari pakej 188 tu. Stil tak ikot ape yg dia janji masa aku nak port out. Bila aku tanya kenapa tak buat ape yg dijanji sbb aku rasa da short 1gb data (yes as a customer wajar aku demand!!) , dia kata dia tak boleh buat 2 offer skali gus. Gitu pulak? Aritu kalau aku mintak data 80gb pon ko bagi gaknya kan?

Kesimpulan dia.. Masih rasa tertipu dengan janji2 ni.. Haih la maxis. Bengkrap jela kau.



Kit Siang Jamin Adenan Akan Jadi KM Lagi

Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang memberi jaminan kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem bahawa beliau akan terus menerajui negeri itu untuk tempoh lima tahun akan datang.


Paling baik yang boleh dilakukan oleh pembangkang katanya, adalah untuk menafikan BN majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri.
Beliau merujuk kenyataan Adenan di Kuching, malam semalam yang menggesa pengundi supaya tidak mempercayai dakwaan pemimpin DAP bahawa pembangkang hanya berusaha untuk menghalang BN daripada mendapatkan majoriti dua pertiga pada pilihan raya negeri 7 Mei ini.

Sambil menyifatkan ia sebagai helah, ketua menteri itu memberi amaran sekiranya DAP yang bertanding dibanyak kerusi itu menang, maka Sarawak akan ditadbir oleh Malaysia Barat.
Walau bagaimanapun, Lim menyangkal dakwaan itu. “Izinkan saya beri jaminan kepada Adenan bahawa apa yang saya katakan bukannya helah, tetapi kenyataan yang serius apa yang akan berlaku pada 7 Mei.

“DAP meletakkan calon di 31 kerusi, dan walaupun kita menang semua 31 kerusi (dan tidak ada sesiapa pun, khususnya daripada BN Sarawak, akan berkata ada kemungkinan perkara seperti ini boleh berlaku), Adenan masih akan mempunyai majoriti selesa sebagai Ketua Menteri Sarawak selama lima tahun akan datang,” katanya dalam satu kenyataan media.

Jika penasihat politik dan pakar strategi menasihatkan Adenan bahawa beliau tidak lagi akan menjadi ketua menteri untuk lima tahun akan datang, Lim mencadangkan supaya beliau menggantikan individu-individu berkenaan.

“Atau adakah Adenan mahu saya memberi surat jaminan bahawa beliau akan menjadi ketua menteri Sarawak sekali lagi pada 7 Mei?” soalnya.


Selain daripada DAP, PKR akan bertanding di 40 kerusi, PAS 11 dan Parti Amanah Negara 13. Terdapat 82 kerusi di Sarawak dan pada hari penamaan calon BN telah memenangi dua daripadanya tanpa bertanding manakala DAP dan PKR akan bertembung di enam kerusi selepas rundingan kedua-dua parti sekutu itu gagal.

Bila Nak Guna Ayat “Eh Mamposlah Kau” ?

Memang ayat ini kasar digunakan, tetapi dalam sepanjang hidup ini pasti ada ketikanya ayat ini meluncur laju sahaja.

“Eh mamposlah kau..” biasanya ayat ini dilontarkan mengikut vokal gaya tertentu untuk kes-kes bangang dan termasuk juga kategori bangang abadi.

Sama ada korang sedar ataupun tidak, pasti situasi berikut menyumbang anda menggunakan ayat tersebut.

1. Apabila kawan lama mesej kau sebab nak ajak kau masuk MLM


Memang minta je kes sebegini untuk dimaki. Bukan tak tahu perangai gila duit kawan tu. Tanpa sedar,’eh…mampos la kau..!’

2. Kau ada kawan yang berlagak dia tahap dewa kerajaan langit


Nak berlagak boleh, tapi setiap kali jumpa setiap kali nak berlagak memang….kau boleh delete kawan macam ni.

3. Pergi kedai.. kedai tutup


Memang mencabar je! Dah jauh-jauh kau jalan kaki, lintas longkang, kene kejar anjing semata-mata mak suruh beli sos. Sampai kedai. Kedai Tutup! bertabahlah. Nasib baik ada 7E

4. Perempuan jual mahal


Banyak kali berlaku di mall. Biasa kan kalau brader-brader nak test market, mula lah bunyi cengkerik. Bila kita tak layan.. hujung-hujung dia keluar pulak ayat tu… (eh..!!)

5. Tengah syok makan, sekali member selambe cakap kau dah gemok


Ok pedih. Tapi gemuk kan awesome!

6. Kawan datang mengadu masalah, bila kita nasihat dia tak dengar


Sama macam mencurah air ke daun keladi. Kawan beria minta nasihat, apabila sebakul curahan nasihat, tak satu pun dipakai. Balik-balik buat kesilapan yang sama. Eh.. pergi mampos la kau.

7. Duit Kena telan dengan vending machine


Time dahaga, gigih korek balance duit dalam poket, masuk dalam mesin, tekan -tekan tak keluar. Tapi duit kena telan. Sabar je la!

Imam Mahdi Palsu Ala-Ala Peragawan Berjaya Dijel

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 24 bulan dan denda RM4,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam atas pertuduhan mengisytiharkan dirinya sebagai Imam Mahdi.

Hakim Syarie Mohd. Amran Mat Zain menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mat Alimin Abdullah, 36, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dan fakta kes selesai dibacakan di hadapannya.

Bapa kepada dua anak itu yang memakai baju-T berwarna merah sepanjang prosiding bagaimanapun kelihatan tenang sebaik hukuman itu dijatuhkan.

Mengikut pertuduhan, Mat Alimin didakwa telah mengisytiharkan dirinya sebagai Muhammad Al-Mahdi sedangkan pengisytiharan itu adalah palsu.

Tertuduh didakwa me­lakukan kesalahan itu di dalam bilik mesyuarat Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Tingkat 10, Menara Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur antara pukul 3 hingga 3.30 petang 26 April 2016.


makin lama rakyat malaysia jadi mental

Johor Siasat Anak Kambing Adalah Hasil Hubungan Manusia Dan Kambing

Kerajaan negeri Johor berkata ia akan menyiasat kemungkinan bahawa anak kambing yang menjadi viral di media sosial baru-baru ini , yang mempunyai ciri-ciri seperti manusia , adalah hasil dari hubungan antara manusia dengan seekor kambing. 


Jabatan Pertanian Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Industri Asas Tani Ismail Mohamed memberitahu kepada akhbar harian The Star bahawa bangkai anak kambing itu akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri untuk ujian makmal. 
“Buat masa ini kita tidak boleh mengesahkan atau menafikan apa-apa kerana kita tidak pernah menerima apa-apa kes yang sebelum ini. “Kami perlu menunggu keputusan dan segala hasil penemuan akan diberitahu kelak kerana ujian tersebut memakan masa di antara dua minggu hingga sebulan,” beliau dipetik berkata. 
Ismail dilaporkan berkata kerajaan negeri akan menyiasat jika ibu kambing tersebut telah dicabul oleh seorang manusia. Anak kambing yang dilaporkan ditemui mati apabila dijumpai oleh penduduk.


AES Tak Berkesan.. 91% Kenderaan Slow Bila Depan Kamera

Purata kadar pematuhan kepada had kelajuan pada hari bekerja di enam lokasi adalah kira-kira 91% selepas pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik ( AES) kamera , berbanding 63% sebelum ini.
Satu kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya ( Miros) menunjukkan statistik kemalangan jalan raya di 14 lokasi juga mendapati kematian akibat kemalangan menurun kepada 12 kes daripada 19 sebelum ini – lapan bulan selepas kamera AES dipasang .
Yuran perkhidmatan kepada pengendali AES, kini dinamakan Sistem Automatik Kesedaran Keselamatan (AWAS ) – Lembaga Tabung Angkatan Tentera ( LTAT ) – masih dirundingkan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi
pakai je applikasi Waze dia akan alert bila ada kamera AES

PM Najib Buat Lawak..Taraf Ekonomi Rakyat Terbaik!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiada pihak yang boleh menafikan bahawa kedudukan ekonomi dan tahap sosioekonomi rakyat Malaysia adalah baik dan wajar dibanggakan.


Berdasarkan lawatan-lawatan rasmi dan tidak rasminya, katanya beliau melihat ramai rakyat kini memiliki kualiti kehidupan yang baik, malah boleh disifatkan antara yang terbaik di rantau ini.


“Misalnya, saya lihat ibu bapa di bandar-bandar dapat membawa anak-anak mereka bercuti dan membeli-belah terutama menjelang musim cuti sekolah. 


“Saya juga diberitahu, semasa MATTA Fair (Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia) baru-baru ini, penjualan pakej-pakej percutian dan tiket-tiket penerbangan begitu laris sekali. 


Malah, promosi dan jualan hari-hari perayaan seperti Aidilfitri sudah pun bermula seawal bulan lepas,” katanya.  Beliau berkata demikian semasa berucap melancarkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2015 di Angkasapuri di sini, malam ini. 
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata keadaan sosioekonomi sebenar negara dan rakyat bertentangan dengan apa yang cuba dimomokkan dan dipersepsikan secara negatif oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Justeru itu, beliau meminta rakyat menolak dan menepis semua pandangan yang tidak membina itu kerana kerajaan sekarang tekad menumpukan segala agenda dan usaha untuk memakmurkan negara dan mensejahterakan rakyat.


Perdana Menteri turut berkongsi dengan rakyat tentang beberapa pencapaian hasil kejayaan NTP yang disifatkannya amat membanggakan.


Beliau berkata pada 2010, kerajaan mengumumkan komitmen agar perkhidmatan awam ditransformasikan supaya mutu perkhidmatan kepada rakyat dapat dipertingkat. 


“Hasil daripada komitmen itu, tempoh menunggu di 17 hospital kerajaan dapat dipendekkan sehingga 50 peratus dan memanfaatkan kira-kira dua juta pesakit,” kata beliau.

Menurutnya hasil transformasi kawasan luar bandar juga menyaksikan seramai 5.5 juta rakyat dapat menikmati kemudahan air, elektrik dan jaringan jalan raya.
Laporan syok sendiri..tak berpijak pada bumi yang nyata.. Hanya jadi bahan lawak rakyat.. Kih kih.. 

PM Janji Sarawak Dapat Internet 4G 5 Tahun Lagi

Penduduk Sarawak akan menikmati Internet jalur lebar 4G dalam tempoh lima tahun lagi jika memberikan mandat lebih besar kepada BN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Katanya, mandat lebih besar kepada kerajaan pimpinan Tan Sri Adenan Satem penting kerana mereka mempunyai agenda besar untuk Sarawak dalam tahun-tahun mendatang.

“Anda boleh pegang kata-kata saya bahawa kerajaan persekutuan akan teruskan kerjasama, sokongan dan mampu memberikan dana cukup untuk Sarawak,” Najib dilapor sebagai berkata oleh Borneo Post hari ini.

Bercakap dalam sidang media di Lundj semalam, Najib berkata projek Internet laju, bersama Lebuh Raya Pan-Borneo, sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menjadikan Sarawak setara dengan semenanjung.

Beliau berjanji projek-projek lain untuk kepentingan penduduk luar bandar seperti penyaluran bekalan air dan pembinaan jalan raya.


Janji macam-macam.. tapi haramm habuk pun tak nampak..yang ada signboard baru… kih kih kih…

Safiey Illias Nafi Beri Beg Percuma

Jika sebelum ini Datuk Vida menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab menyebar posting palsu, kini usahawan Safiey Illias pula menjadi mangsa pihak tersebut. Dan modal yang sama digunakan iaitu ingin memberi beg percuma.


Status palsu itu telah mendapat lebih dari 100,00 perkongisan dan 7,600 komen dari pengguna Facebook. Berikut adalah status palsu yang dimuat naik.

Selepas beberapa status tersebut viral, Safiey Illias tampil menafikan beliau mengeluarkan status tersebut dan tidak mempunyai mana-mana akaun FB yang lain selain facebook perbadinya.

“MAAF. Saya tidak mempunyai mana2 pages selain drpd FB Personal ini . Saya tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penipuan yg dilakukan selain drpd FB Personal saya yg ini . Terima kasih semua .”, tulis beliau. 

 
Kes ini menjadi kes kedua selepas kes Datuk Vida. Diharap orang ramai lebih berhati-hati ketika berkongsi maklumat di media sosial