PAS “Hilang” 10 Wakil Rakyat

PAS kehilangan 10 wakil rakyat serentak selepas lima Ahli Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan (Adun) parti Islam itu menyertai parti politik baharu yang ditubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB).


Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata keahlian 10 wakil rakyat itu gugur secara automatik apabila mereka dilantik menganggotai jawatankuasa parti baharu yang akan dikenali sebagai Parti Amanah Negara.

“Tak perlu keluar (PAS), keahlian dalam parti lama mereka gugur secara automatik,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Sepuluh yang gugur keahlian PAS secara automatik ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Kuala Kerai), Khalid Samad (Shah Alam) dan Mohamed Hanipa Maidin (Serdang).
Selain itu, lima Adun yang meninggalkan PAS ialah Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundot), Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Kumpulan Anti Bersih Mahu Anjur Himpunan Sejuta Orang

Kumpulan berbaju merah Anti-Bersih yang melabelkan perhimpunan Bersih 4 sebagai ‘bodoh’, akan menyerang balas dengan penganjuran himpunan sejuta orang pada Oktober nanti.

Kumpulan terdiri daripada gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang diketuai Datuk Jamal Md Yunos berkata, tidak seperti Bersih 4 yang “membazikan masa rakyat” dan “tiada matlamat”, himpunan anjuran mereka bertujuan menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih mempunyai sokongan majoriti rakyat Malaysia.

“Pada akhirnya, walaupun selepas berkumpul di ibu kota selama 34 jam, Datuk Seri Najib masih kekal sebagai Perdana Menteri.

“Kami dalam pada itu, akan mencapai objektif kami, jadi ia tidak bazir masa sesiapa, jika mereka datang dan sertai kami.Beliau turut yakin boleh mendapat kelulusan pihak berkuasa, tidak seperti perhimpunan Bersih 4 yang diisytiharkan haram, tetapi masih diteruskan tanpa campur tangan polis.

“Kami amat patuh dan mengikut arahan polis yang meminta kami tidak sertai himpunan Bersih 4. Jadi, kami percaya mereka akan beri kerjasama kepada kami,” katanya.

Kumpulan Anti-Bersih berjaya mencuri tumpuan ramai, baru-baru ini, selepas rakaman video mengenai demonstrasi latihan mempertahankan diri mereka, jika sebarang keganasan tercetus pada perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung selama 34 jam, tersebar di laman media sosial.

Demo Adalah Jalan Terakhir Desak PM Letak Jawatan – Tun M

Tun Mahathir memberitahu Perdana Menteri Najib Razak tidak akan berundur. Antara sebabnya, Tun M memberitahu PM Najib tahu sekiranya dia berundur, dia mungkin akan berdepan dengan mahkamah dan juga mungkin dipenjarakan kerana dia sudah tiada lagi kuasa.

Tun Mahathir juga berkata, jika dia tidak turun, langkah seterusnya adalah untuk membuat undi tak percaya dan barulah pentadbiran Najib boleh jatuh.

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui demonstrasi jalanan merupakan jalan terakhir untuk memberi tekanan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kalau kerajaan dah tak peduli pasal undang-undang, kita terpaksa gunakan demonstrasi. Lihat bekas Presiden Marcos Ferdinand, ketika memerintah Filipina, mereka terpaksa jatuhkan beliau melalui demonstrasi,” katanya pada sidang media di sebuah restoran bersebelahan Pasar Seni di sini, Ahad.

Bekas perdana menteri itu yang singgah di tepi Dataran Merdeka selama enam minit pada malam Sabtu sekali lagi menyertai perhimpunan Bersih 4.0 yang masuk hari kedua pada Ahad.

Tetapi Barisan Nasional masih akan memerintah kerana BN masih lagi majoriti.

Tun M Sertai #Bersih4 Sekali Lagi

Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menyertai perhimpunan Bersih 4.0 di ibu negara.

Beliau tiba di Pasar Seni kira-kira pukul 4.15 petang ditemani bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim.
Turut sama ialah isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Kehadiran Dr Mahathir ke perhimpunan Bersih 4.0 hari ini adalah yang kedua selepa pertama kali mengejutkan perserta perhimpunan tersebut pada kira-kira pukul 7.25 malam Sabtu.
Ketika bercakap kepada media di hadapan pintu masuk utama Pasar Seni, Dr Mahathir sekali lagi mengulangi dakwaannya berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sumbangan derma politik berjumlah RM2.6 bilioan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau juga menggesa Najib supaya meletak jawatan.


“Kita tak patut benarkan beliau menyalahguna kuasanya sebagai perdana menteri.


“Patut diadakan undi tidak percaya di Parlimen,” katanya.


Mengulas mengenai kehadirannya di perhimpunan Bersih 4.0, Dr Mahathir berkata: “Kita di sini kerana tidak boleh menerima pentadbiran Datuk Seri Najib.”

Gambar Sekitar #Bersih4 Di Serata Dunia

Nampaknya perhimpunan Bersih 4.0 yang sedang berlansung hari ini bukan sahaja dijalankan di dalam Malaysia bahkan turut berjalan serentak di beberapa buah negara luar.

Berdasarkan perkongsian di laman media sosial seperti Facebook dan Twitter, perhimpunan ini turut berlak di Qatar, Australia, Taiwan, New Zealand, UK, China dan Amerika Syarikat.

Beberapa media asing seperti TIME juga dikesan membuat liputan mengenai perhimpunan tersebut.

Berikut adalah gambar perhimpunan bersih yang dianjurkan di luar Negara.

Ramai Masih Berhimpun Hari Kedua #Bersih4

#Bersih4 masuk hari kedua pada Ahad tetapi nampaknya ramai peserta perhimpunan Bersih 4.0 yang masih tidak berganjak dari kawasan berhampiran Dataran Merdeka dan semakin bertambah. Sekitar gambar perhimpunan #Bersih4.

KDN Jangka Bersih 4.0 Akan Cetus Huru Hara

Peserta perhimpunan Bersih 4.0 hanya dijadikan alat politik pembangkang bagi menumbangkan kerajaan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Nur Jazlan Mohamed.


Mengambil contoh apa yang berlaku ketika perhimpunan yang sama pada 2012, Nur Jazlan berkata penyertaan parti pembangkang hingga mencetuskan kekacauan jelas merosakkan matlamat perhimpunan aman yang dijanjikan penganjur.

“Sebenarnya apa yang diperkata penganjur perhimpunan haram berkenaan sebagai hak untuk berhimpun serta mempunyai usaha murni adalah pembohongan semata-mata kerana terbukti ia didalangi ahli politik pembangkang,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut Ahli Parlimen Pulai itu menjangkakan perhimpunan Bersih 4.0 di ibu negara pada hujung minggu ini akan berakhir dengan insiden keganasan.

Tambah Nur Jazlan, kementeriannya tidak menolak kemungkinan bahawa akan wujud kumpulan yang akan mencetuskan huru-hara dalam perhimpunan haram Bersih 4.0 itu nanti.

“Tindakan provokasi berkenaan adalah untuk menyebabkan polis dipersalahkan kerana menggunakan kekerasan terhadap peserta perhimpunan haram itu.

“Ia sekaligus akan meningkatkan kebencian terhadap pihak berkuasa dan kerajaan,” katanya.

Sehubungan itu Nur Jazlan berkata, polis akan mengerahkan kira-kira 4,000 anggotanya untuk bertugas sepanjang perhimpunan berkenaan.

“Saya benar-benar berharap supaya rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan menyertai perhimpunan haram Bersih 4.0 ini kerana kemungkinan kekacauan berlaku amat tinggi. Kita tidak mengetahui latar belakang peserta demonstrasi berkenaan yang mungkin terdiri daripada kumpulan yang mahu mengambil kesempatan menimbulkan huru-hara.

“Atas sebab itu polis tidak bersetuju dengan kaedah demontrasi kali ini kerana tiada siapa yang jelas boleh dipertanggungjawabkan apabila menanggung kecederaan dan berlaku kerosakan harta benda,” katanya.

“Jangan Ingat Rakyat Malaysia Bodoh”

Walaupun bank harus mempertahankan kerahsian perbankan, institusi kewangan itu juga patut melaporkan kemungkinan berlaku aktiviti pengubahan wang haram, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.


“Bank-bank Malaysia, Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat tidak patut menyimpan rahsia perniagaan mereka dengan wang yang disyaki dicuri,” kata Mahathir ketika mengulas isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir berkata, apabila wang curi dimasukkan ke dalam bank, tujuannya tentulah untuk menghalalkannya melalui pengubahan wang haram.

Menyentuh isu akaun perdana menteri di Ambank yang ditutup, Mahathir berkata, apabila sesebuah akaun ditutup tidak bermaksud ia diambil secara tunai. Malah, katanya, ia boleh dipindahkan ke pelbagai bank lain.

“Tetapi kita belum dengar sebarang bank laporkan wang ini bersama mereka. Dua akaun dilapor dibekukan di Singapura. Adakah ini semuanya. “Sudah tentu pemegang akaunnya patut disiasat,” tulisnya dalam blog.

Tambah Mahathir lagi rakyat berhak tahu perkara sebenar kerana rakyat tidak percaya jumlah 2.6 billion itu adalah derma kepada PM untuk memenangi pilihanraya. Rakyat tidak mahu percaya bahawa PM Malaysia adalah pilihan dari negara lain. Di akhir tulisan beliau Mahathir memberi pesanan “Jangan ingat rakyat Malaysia ini bodoh”.                                                 

Kerajaan Beri Jaminan Rakyat Tidak Akan Terbeban Dengan Ekonomi Semasa

Kerajaan hari ini memberi jaminan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang tidak akan membebankan rakyat.


Perkara ini disampaikan oleh Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak dimana beberapa langkah pembaharuan yang telah diambil oleh kerajaan setakat ini telah berjaya mengukuhkan kedudukan ekonomi.
Keadaan ini dibuktikan apabila kedudukan ekonomi Malaysia kini lebih kukuh berbanding ketika negara berdepan dengan krisis kewangan Asia pada tahun 1997.
“Antara pembaharuan yang dilakukan adalah memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang antara lain bertujuan mengurangkan kadar fiskal defisit negara,” katanya dipetik dari Berita Harian ketika Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 Perbendaharaan Malaysia di sini, sebentar tadi

Isteri Bersalin, Suami Jangan Main Golf

Isteri perdana menteri Rosmah Mansor menyarankan kepada para suami supaya menjaga isteri dan bayi mereka semasa cuti paterniti. Beliau berkata, selain cuti bersalin selama 60 hingga 90 hari diberikan kepada pekerja wanita, cuti paterniti selama tujuh hari juga diberi kepada suami.
Sehubungan itu, secara berseloroh, beliau berharap semasa cuti tujuh hari itu, para suami duduk di rumah dan tidak bermain golf. “Jadi saya harap, para suami jaga ibu dan bayi. Jangan tujuh hari cuti, main golf. Para isteri kena periksa, suami kalau cuti tujuh hari dia mesti jaga anda dan bayi.
“Jangan benarkan mereka keluar. Saya tahu kaum lelaki tidak gembira dengan perkara ini tetapi saya di sini adalah untuk membela kaum wanita,” katanya sambil mendapat tepukan hadirin.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia peringkat kebangsaan di Putrajaya hari ini. Sementara itu, berkongsi pengalaman beliau sendiri, Rosmah berkata beliau sebelum ini tidak sempat menikmati cuti bersalin selama 60 hingga 90 hari.
Malah, suaminya Datuk Seri Najib Razak juga, katanya tidak pernah mendapat cuti paterniti selama tujuh hari berikutan kesibukan mereka.
“Dia (Najib) tak pernah dapat cuti dia. Dia tak pernah ada peluang untuk ambil (cuti) tujuh hari.  “(Tempoh) 60, 90 (wanita) bercuti, saya cuma dapat 40 hari, lepas 40 hari siaplah pergi kerja,” katanya lagi.