Pencuri Ugut Cucuk Jarum Dengan AIDS

Kejadian jenayah ragut sekarang ini semakin berleluasa terutama apabila mangsa seorang wanita. Begitulah yang terjadi apabila seorang wanita bernama Kelly Che yang mengalami pengalaman menakutkan berhadapan dengan seorang pencuri yang bersenjatakan pisau dan jarum suntikan dipenuhi dengan darah.

Che dikatakan baru sahaja meletakkan kenderaan berdekatan Maybank Pandan Indah apabila dihampiri oleh seorang lelaki yang menaiki motosikal menyerang beliau dan mengugut supaya tidak membuat apa-apa pergerakan. 
Pencuri itu berkata dia mempunyai AIDS dan dia hanya perlu mencucuk jarum itu dan menjangkiti Kelly dengan penyakit membawa maut itu. Wanita berkenaan kaku dan tidak tahu apa yang perlu dibuat. Akhirnya Kelly membuat keputusan untuk melompat keluar dari kereta beliau dan menjerit sekuat hati bahawa beliau telah dirompak.

Keputusan Kelly untuk tidak berhenti menjerit menyebabkan orang ramai yang berada di dalam bank dan kawasan sekitar bergegas untuk membantu beliau tetapi pencuri itu berjaya melepaskan diri. Namun, pencuri itu telah meninggalkan jarum suntikan di dalam kereta Kelly. 
Sejurus kejadian tersebut, Kelly kemudian membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut dan menyerahkan jarum suntikan kepada pihak polis untuk dibuat ujian darah sama ada mengandungi AIDS atau tidak. 

Kelly amat bernasib baik kerana tidak diapa-apakan oleh pencuri tersebut. Pengalaman Kelly Che hendaklah dijadikan peringatan kepada kita semua agar lebih berhati-hati terutama ketika berada di bank.

Kes Saman Keluarga Aminulrasyid ditangguh 9 Mac

Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 9 Mac ini untuk mendengar saman sivil terhadap polis dan kerajaan yang dikemukakan oleh keluarga seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, yang ditembak mati oleh seorang anggota polis, hampir lima tahun lepas.

Peguam N. Surendran, yang mewakili keluarga itu, berkata tarikh itu ditetapkan ketika kes itu didengar di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim hari ini. “Perbicaraan kes ini akan berlangsung bermula 9 Mac depan sekiranya tiada sebarang penyelesaian dicapai antara pihak plaintif dan defendan untuk kes ini di luar mahkamah,” katanya ketika ditemui pemberita sebaik selesai prosiding kes. 


Katanya penangguhan kes memberi peluang kepada kerajaan untuk meneliti terma-terma penyelesaian luar mahkamah yang dicadangkan oleh keluarga Aminulrasyid.

Plaintif sebelum ini mendakwa kematian Aminulrasyid berpunca daripada kecuaian Koperal Jenain Subi. Keluarga itu mendakwa polis tidak mempunyai alasan wajar untuk menembak pelajar berusia 15 tahun itu ketika mengejarnya pada awal pagi 26 April 2010.


Pada November 2013, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan Jenain daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid. 

Ketika membebaskan Jenain pada 2012, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Jenain tidak berniat menyebabkan kematian Aminulrasyid, tetapi menembak kereta yang dipandu remaja itu dengan tujuan menghentikannya.

Anda Pasti Terkejut Dengan Harga Burger Peniaga Ini

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Menteri Pertanian bertindak mengeluarkan kenyataan untuk memboikot peniaga berbangsa Cina kerana meletakkan harga barang yang mahal kepada pengguna. Pelbagai reaksi diberi oleh “keyboard warrior” serta ahli-ahli politik itu sendiri. 
Namun, sebenarnya bukanlah bangsa yang meletakkan harga barang sesuka hati tetapi sifat peniaga yang tamak itu sendiri yang ingin mengautkan keuntungan tatkala harga barang keperluan semakin meningkat. Beberapa keping gambar yang menjadi viral di media sosial baru-baru ini menunjukkan seorang peniaga berbangsa Cina yang menjual burger dengan begitu murah. Biarlah gambar berbicara. 





Rahsia Asal Usul ISIS Terbongkar!! Bahagian 1

Kumpulan militan Islam (ISIS) yang sebelum ini dikenali sebagai Al-Qaeda di Iraq, dan baru-baru ini “dijenamakan” semula sebagai Negara Islam (Islamic State atau IS) adalah satu mimpi buruk. Mereka bukan sahaja ganas, fanatik, pembunuh, mempunyai misi tersendiri dan misi tersebut adalah untuk menghapuskan sesiapa malah semua orang, dari mana-mana agama atau kepercayaan sistem dan matlamat utama mereka adalah untuk mengenakan undang-undang Syariah. Pembunuhan secara besar-besaran, menyembelih kepala serta menyalib mangsa dan mereka seperti tidak rasa bersalah. Video dirakam dan dimuat naik ke seluruh dunia. Ini adalah satu bentuk kejahatan muka baru. 
Adakah anda berminat untuk mengetahui siapa yang membantu mereka ini berkuasa? Adakah anda berminat untuk mengetahui siapa yang membekalkan senjata dan melatih mereka? Adakah anda berminat untuk mengetahui mengapa? Jika ya, teruskan membaca artikel ini yang akan dibahagikan kepada 3 bahagian dan dihasilkan 3 minggu yang berikutnya. Like page TerHot TerNow Thorbaik untuk tidak ketinggalan. 
Cerita ini akan lebih masuk akal jika kita bermula dari tengah. Jadi kita akan bermula dengan penggulingan Muammar Gaddafi pada tahun 2011. Revolusi Libya merupakan campur tangan asing pertama Obama. Ianya telah digambarkan sebagai lanjutan kepada Arab Spring dan penglibatan NATO telah dirangka atas nama “kemanusian”. 
Hakikat bahawa CIA dengan aktif membantu pemberontak Libya untuk menggulingkan Gaddafi bukanlah satu rahsia termasuklah serangan udara yang diarahkan Obama terhadap kerajaan Libya. Walau bagaimanapun, tidak banyak yang diperkatakan tentang identiti atau kecenderungan ideologi pemberontak Libya ini. Tidak menghairankan sebenarnya, memandangkan bahawa pemimpin pemberontak Libya kemudiannya mengakui bahawa beliau termasuk pejuang pemberontak merupakan para jihadis yang menentang tentera bersekutu di Iraq. Pejuang militan dari Iraq ini sering dinamakan oleh penganalisis keselamatan sebagai “Al-Qaeda” di Iraq. Harus diingat Al-Qaeda di Iraq adalah ISIS sebelum “dijenamakan” semula kepada IS. 
Dengan bantuan Amerika Syarikat (AS) serta maklumat risikan NATO serta sokongan dari udara, pemberontak Libya ini berjaya menangkap Gaddafi dan terus menerima hukuman jalanan. Bagi mereka yang mempercayai “cerita rasmi” bahawa pemberontak ini adalah pejuang kemerdekan yang bertujuan untuk mewujudkan “demokrasi liberal” di Libya, ini adalah permulaan akhir bagi ilusi mereka. 
Sebelum campur tangan AS yang disokong NATO, Libya mempunyai taraf kehidupan yang tinggi berbanding negara-negara Afrika mengikut Indeks Pembangunan Manusia oleh PBB pada tahun 2010. Namun, pada tahun-tahun berikut yang terjadi rampasan kuasa, negara tersebut telah menjadi huru-hara dan dipenuhi dengan keganasan jalanan yang berleluasa. Libya kini dianggap sebagai sebuah negeri gagal seperti Iraq. 
Selepas Gaddafi berjaya digulingkan, gedung senjata tentera Libya telah dirompak dan sejumlah kuantiti besar senjata telah dihantar oleh pemberontak Libya ke Syria. Pelbagai jenis senjata, termasuk anti-kereta kebal dan peluru berpandu anti-pesawat telah diseludup ke Syria melalui Turki yang merupakan sekutu NATO. The Times telah melaporkan penghantaran terbesar senjata ini pada 14 September 2012. (Baca sumber kedua oleh artikel New York Times ini). Ini hanya tiga hari selepas Duta Chris Stevens terbunuh dalam serangan ke atas Kedutaan AS di Benghazi. Chris Stevens telah berkhidmat sebagai perantara kerajaan Amerika Syarikat dan pemberontak Libya sejak April 2011. 
Walaupun laporan media banyak tertumpu kepada hakikat bawaha kelemahan keselamatan di konsulat yang tidak cukup ketat dan kelewatan menghantar bantuan apabila serangan tersebut bermula, pemenang anugerah Pulitzer yang juga seorang wartawan, Seymour Hersh mengeluarkan sebuah artikel pada bulan April 2014 yang mendedahkan perjanjian sulit di antara CIA, Turki dan pemberontak Syria untuk mewujudkan satu “laluan tikus”. “Laluan tikus” ini adalah rangkaian rahsia yang digunakan untuk menyalurkan senjata dan peluru dari Libya melalui selatan Turki dan terus ke sempadan Syria. Mengikut laporan tersebut ianya dibiayai oleh Turki, Arab Saudi dan Qatar. 
Dengan kematian Stevens, apa jua penglibatan AS dalam penghantaran senjata ke Syria turut terkubur dan pihak Washington akan terus mendakwa bahawa mereka tidak menghantar sebarang senjata berat ke Syria. Pada masa ini juga pejuang jihad dari Libya turut mula membanjiri Syria. Bukan sahaja pejuang militan biasa malah ramai komander yang berpengalaman turut sama berjuang. 
AS dan sekutunya mula memberi tumpuan sepenuhnya untuk mengambil alih kerajaan Assad di Syria. Seperti di Libya, perubahan rejim ini akan dirangka atas nama hak asasi manusia dan kini sokongan mula bertambah melalui “pintu belakang”. Kehadiran pejuang jihad yang semakin meningkat dari semasa ke semasa telah “disapu bawah permaidani”. 
Tetapi, ketika pemberontak mendapat kekuatan, jenayah perang dan kekejaman yang mereka lakukan mula mencipta sedikit masalah untuk Washington. Ianya kemudian menjadi polisi asas AS dengan menyatakan sokongan AS hanya diberikan kepada apa yang mereka namakan sebagai pemberontak “sederhana”. 
Bagaimanapun, secara realiti ianya berbeza dengan pengakuan komander FSA, Jamal Maarouf. Ikuti sambungan artikel ini pada minggu hadapan yang akan mengupas sedikit kejadian serangan gas sarin pada tahun 2013.

Waspada jika terbeli ‘Jolly Shandy’

Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak (Penyedar) menyarankan agar perkataan minuman keras ditulis dengan jelas di bahagian atas tin minuman jenama ‘Jolly Shandy’ bagi mengelak kekeliruan pengguna Islam.

Pengerusinya, Asmuni Awi berkata notis amaran dan peringatan perlu diletakkan di rak-rak minuman agar pengguna peka serta memahami jenis minuman tersebut yang banyak dijual secara terbuka di pasar raya sekitar negeri ini. Justeru, beliau berkata kerjasama pasar raya dan bahagian penguatkuasaan di bawah agensi kerajaan terlibat, perlu dilaksanakan agar tindakan sewajarnya boleh diambil.


“Semua pihak berperanan memberi maklumat dan informasi untuk mengelak kekeliruan bagi minuman atau makanan seperti ini dan adalah menjadi harapan semua pihak agar lebih sensitif dan peka berhubung isu pengguna ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, pemaparan reka bentuk pada tin minuman yang agak menarik itu juga mampu menimbulkan kekeliruan kepada kanak-kanak termasuk pelajar sekolah beragama Islam. “Malah, orang dewasa yang kurang berhati-hati akan ‘terbeli’ minuman tersebut kerana menyangka minuman itu adalah sejenis minuman ringan baru di pasaran,” katanya.


Asmuni berkata pada 2013, banyak pihak membantah reka bentuk minuman berkenaan kerana bekas yang digunakan hampir sama seperti minuman ringan lain. “Kandungan sebenar minuman ini tidak dinyatakan jelas, malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah-olah sama seperti tin minuman biasa yang berada di pasaran tempatan khasnya.

“Perkataan ‘contains alcohol’ (mengandungi alkohol) pula hanya dicatatkan dengan tulisan kecil di belakang tin tersebut dan kurang difahami terutamanya kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata minuman keluaran Malaysia itu juga mempunyai campuran ‘Carlsberg’ dengan perisa ringan yang lain seperti laici, gorden kiwi, epal dan nenas.

Perkara Yang Buat Anda Paling Geram

Geram!! Ini bukan geram bila tengok awek cute yang boleh buat tulang rusuk kiri dan kanan bergetar.. tapi ini geram yang buat pasti akan buat anda marah. Setiap orang pasti akan menghadapi situasi dimana sesetengah perkara di hadapi setiap hari sehingga menimbulkan perasaan marah dan kecewa. Apakah perkara-perkara yang boleh membuatkan kita geram? Astro takde siaran ketika hujan? Pasti buat anda geram bukan? Senarai manakah yang paling buat anda geram? Komen dibawah jika tiada dalam senarai ini. Dan jangan lupa untuk share entri ini ok!

Harga Minyak RON95 Bakal Naik Mac Nanti

Desas desus bertiup kencang bahawa harga petrol berkemungkinan akan berbalik kepada harga pada Januari tahun ini berikutan harga minyak mentah dunia berada di paras yang sama awal tahun ini. Keadaan itu berkemungkinan akan menjadikan harga RON95 naik semula RM1.90 seliter sekiranya kerajaan mengumumkan harga pasaran apungan untuk Mac.

Peningkatan harga bahan api itu, berbanding dengan apa yang dinikmati oleh pengguna pada bulan ini adalah disebabkan oleh penanda aras global Brent di mana harga mentah kini berlegar sekitar AS$60 (RM216.50) – berbanding kira-kira AS$48 pada bulan Januari.


RON97 juga dijangka akan meningkat setelah mencatatkan penurunan harga kepada RM2 seliter bulan ini. Perkara sama juga mungkin akan dikuatkuasakan kepada diesel yang mana harga terkini adalah RM1.70 seliter. Perubahan harga bahan api itu bermula Disember tahun lalu setelah kerajaan memutuskan untuk menghapuskan subsidi minyak, yang berjumlah RM20 bilion setahun ketika harga minyak mentah dunia tinggi.

Lebihan bekalan minyak global yang sebahagian besarnya disumbangkan oleh pengeluar minyak Amerika Syarikat menyaksikan harga minyak mentah dunia jatuh mendadak sejak Jun tahun lalu dan kemudiannya pulih bulan ini. Walaupun pulih bulan ini, ramai penganalisis menjangkakan harga minyak mentah global kekal rendah pada masa akan datang dan mungkin akan terus jatuh pada bulan depan.

Ketika semakan semula Bajet 2015, kerajaan telah mengumumkan bahawa harga minyak mentah berkemungkinan akan berada di paras AS$55 sepanjang tahun ini.

Staff Celcom Tipu Pelanggan?

Isu mengenai telco telco di Malaysia sememangnya tidak pernah lekang dari bualan harian pengguna. Setiap daripada kita mesti pernah ‘terkena’ dengan pihak telco. Kisah bil yang mencecah ribuan ringgit serta caj-caj yang tidak masuk akal sering kali terdengar di media sosial. SKMM juga diminta untuk mengkaji caj telefon bimbit prabayar yang dikatakan agak mahal berbanding caj IDD. 


Berikut adalah sebuah kisah yang dipetik dari laman media sosial mengenai sebuah pusat servis sebuah telco di klang. Di harap pihak telco berkenaan lebih bertanggungjawab di masa hadapan.

Sekadar luahan perkongsian bersama agar xde org lain yang akan terima nasib seperti saya…Huhu


Rasa tertipu dan teraniaya dengan satu centre celcom di klang..saya telah buat bayaran RM300 pada Januari lepas..staf kaunter 8 bertudung dan seislam menerima bayaran saya..ketika pembayaran dibuat, saya sibuk melayan 2 orang anak saya yang berlari-lari dalam centre tu..


dek kerana situasi itu staf tu ambil kesempatan dengan tidak memberi saya resit atas kelekaan saya memerhati anak2..sedar ketiadaan resit setelah urusan selesai (BUKANKAH MENJADI KEWAJIPAN STAF INI UNTUK MEMBERI RESIT PEMBAYARAN TANPA PERLU DIMINTA KAN?) dan disebabkan bersangka baik dalam hati berharap pihak celcom mempunyai staf yang amanah dalam keje…

namun, sangkaan baik saya telah menguji saya…pembayaran tidak ditolak…saya buat semakan lagi di centre tersebut…seorang staf lelaki dengan tangan menggeletar kata “mungkin payment tidak update puan…sila tinggalkan detail..saya berjanji akan call untuk maklumkan esok”.

Namun, janji hanya tinggal janji…dah la saya bekerja di johor…terpaksa la balik lagi minggu depannya untuk uruskan lagi hal remeh temeh ni…kali ini deal dengan staf perempuan…saya minta untuk lihat cctv..katanya mugkin kena repot polis..saya ok..


saya pergi buat..pastu dia kata..manager bercuti…pulak dah…alasan lagi..saya maklumkan..saya ni jauh dari johor..susah saya nak setelkan kalau asyik diberi alasan saje..kebetulan staf perempuan yang amik bayaran saya tu ada..saya mohon untuk jumpa dengan dia..katanya “customer kena tunjuk resit baru kami boleh buat semakan”….

saya jawab macam mana nak tunjuk kalau awak tak bagi saya resit tu…dia diam…”macam ni la puan..saya akan bincang dengan manager saya untuk tengok cctv..puan tinggalkan detail saya akan bincang dengan manager..perkara macam ni kena ambil masa 1 minggu..saya janji akan call puan”….JANJI DEMI JANJI…rasa macam diperbodohkan…

Panggilan yg diharapkan dari staf2 celcom centre tu hanya tinggal janji…sekali lagi dari johor saya ke centre tu baru2 ni…kali ini hati saya tersangat sakit…rasa sangat teraniaya…kali ini suami menemani saya..berharap akan selesai..

Kali ini lebih bjak…suami suh saya tanya receptionist manager ada atau tidak..alhamdulillah..katanya ada…ambil nombor dan tunggu…kali ini deal dengan kaunter 7..setelah bercerita katanya cctv sedang diupgrade..saya minta nak jumpa dengan manager dia kata manager keluar..pertama kali dalam sejarah saya marah di hadapan org2 disitu…kesabaran mula hilang setelah 4 kali datang.. 


tiada penyelesaian..aduhai…bila situasi dah macam tu barulah si supervisor dia nak keluar… saya minta dia call manager yang kejap ada kejap keluar tu..dia kata nanti dia akan kol..customer tak boleh view cctv katanya..pihak dia je boleh…

kul 4 saya datang lagi centre tu..lama gile tunggu sampai dah tutup centre tu..saya xkira nak selesaikan gak before balik johor semula..dia berkeras x bagi saya tengok cctv walaupun repot polis telah dibuat…saya pening dengan centre ni..cakap pusing2…

disebabkan malas nak btekak..saya tunggu result cctv dari dia…mula2 dia kata ada teknikal prob…pastu x jumpa la puan…akhirnya dia kuar dengn staf yang amik duit saya tu kata….”mmg puan xde buat bayaran hari tu”…..Ya Allah…dah x trkata saya…nampk sangat nak cover staf dia…repot polis pun x laku nampaknya…sedihnya la…rasa nk repot tribunal tapi jauh sangat nak uruskan…
Sy x halalkan…sesungguhnya Allah maha adil…pengajaran buat saya…jangan terlalu positif dengan org..kelak makan hati….adoi…berhati2 la kita bila berurusan dengan manusia…hukhuk

Curi Nescafe Untuk Sara Anak

Seorang penganggur yang didakwa mencuri lima paket Nescafe menjadikan alasan kehidupannya yang terdesak untuk menyara anaknya yang masih bersekolah, sebagai rayuan untuk meringankan hukuman. Noorul Zaman Mohd Amin, 38, yang mengaku bersalah terhadap tuduhan itu kelihatan sugul di kandang tertuduh. Dia juga turut menyatakan baru sahaja bercerai dengan isteri yang menghidap penyakit mental.

Bagaimanapun alasan sedemikian dibantah Timbalan Pendakwa Raya, N. Joy Jothi yang kemudiannya memohon mahkamah menjatuhi hukuman yang dapat memberi pengajaran agar tertuduh tidak mengulangi kesalahan itu. Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mencuri lima paket Nescafe Classic yang kesemuanya bernilai RM132 milik pusat beli-belah Sogo di sini, kira-kira pukul 9 malam pada 19 Februari lepas.
Majistret Nurul’Ain Abdul Rahim yang mendengar kes itu memerintahkan Noorul Zaman dipenjara sebulan bermula dari tarikh dia ditangkap. Menurut fakta kes, Noorul Zaman ditahan selepas pengawal keselamatan Sogo melihat dia memasukkan bungkusan Nescafe Classic tersebut ke dalam beg silangnya dan menuju ke arah pintu keluar pusat beli-belah itu tanpa membayar.
Sementara itu di Mahkamah Majistret lain, gara-gara mencuri 13 jenis coklat bernilai RM248, seorang penganggur terpaksa meringkuk di dalam penjara selama empat bulan. Majistret Zuraini Abdul Razak menjatuhi hukuman itu setelah Mohd Sharul Hizam, 32, mengaku bersalah mencuri kesemua barangan itu di Pasaraya Mydin, Jalan Tun Perak, di sini pukul 6.18 petang pada 20 Februari lepas. Zuraini memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula tarikh dia ditangkap iaitu pada hari kejadian.
Ketika rayuan, Mohd Sharul yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia tidak mempunyai tempat tinggal dan berasal dari Johor. Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.