Manekineko Pusat Karaoke Halal di Tokyo

Perhatian! Mungkin ini berita baik untuk umat Islam dan pelancong Islam di Tokyo, Jepun. Negara Matahari Terbit mengorak satu langkah ke hadapan dan kini semakin pesat dalam industri Halal. Pusat karaoke pertama yang disahkan halal dan mesra Islam di Jepun, Manekineko telah dibuka di pusat bandar Tokyo akhir tahun lalu
Perniagaan ini menawarkan makanan, minuman dan perkhidmatan Halal selaras dengan kehendak pelanggan beragama Islam. Mereka turut memperoleh sijil Halal bagi meyakinkan lagi para pelanggan bahawa produk mesra Islam mereka adalah sahih.
Lebih menarik, sijil Halal Manekineko mendapat pengesahan dari Perbadanan Halal Malaysia. Ini bermakna mereka juga menyajikan makanan tidak Halal dan alkohol, tetapi bahan-bahan, dapur dan peralatan untuk menu Halal dipisahkan sepenuhnya.
Lebih menarik, pusat karaoke ini turut menyediakan kemudahan Surau yang sangat selesa untuk umat Islam menunaikan Solat, manakala tanda kiblatnya turut ditulis dalam Bahasa Melayu. Menurut sumber, pelawat dari Indonesia yang datang ke Jepun meningkat sebanyak 13% pada tahun lalu manakala pelawat dari Malaysia pula meningkat 42%. Jumlah ini jika digabung akan menjadi hampir 350,000 pelawat!
Peningkatan bilangan pelancong Islam ke Negara Matahari Terbit telah menggalakkan lebih banyak perniagaan di negara itu untuk menyediakan perkhidmatan mesra Islam kepada pelanggan mereka
Usaha Kerajaan Jepun ini memang layak mendapat pujian. Dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik, rakyat Jepun sememangnya satu langkah ke hadapan serta sangat mementingkan kualiti dan kepuasan pelanggan. Syabas!

Keretakan Dalaman Pakatan Rakyat

Walaupun terdapat perbalahan umum mengenai isu teras ideologi, seperti hudud, dan hak asasi demokrasi, seperti pilihan raya kerajaan tempatan, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yakin gabungan pembangkang itu akan berjaya menempuh kemelut paling hebat yang melanda mereka sejak ia memenangi hati rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008.


Perbezaan antara anggota gabungan itu – PAS, PKR dan DAP, dengan parti Islam itu dilihat paling bercanggah – kini paling ketara sejak keretakan mula kelihatan tahun lepas, bermula dengan isu Langkah Kajang yang memaksa pilihan raya kecil dengan harapan melantik menteri besar Selangor yang baru.

Ketika Muktamar Tahunan PAS 2014, perwakilan lebih konservatif secara terbuka menunjukkan permusuhan mereka terhadap PR kerana kedudukan PAS yang tidak dominan dalam gabungan itu.
Yang menarik perhatian, majlis pimpinan atau majlis presiden PR didapati tidak bermesyuarat selama lebih 6 bulan. Manakala, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan tidak hadir ke mesyuarat itu sebelum itu selama lebih setahun.
Adakah PR satu gabungan yang masih berfungsi?

Pemimpin politik dari 3 parti komponennya menyedari cabaran yang dihadapi tetapi tetap menaruh keyakinan kepada gabungan itu, sambil mengingatkan pemimpin tertinggi mereka untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian secara tertutup dan bukannya menghebahkan pertelingkahan mereka secara terbuka.

Aktivis masyarakat sivil bagaimanapun, lebih kritikal, dengan Datuk Ambiga Sreenevasan menyatakan yang kredibiliti PR terancam akibat semua pergaduhan dalaman mereka dan PAS perlu “melakukan perkara yang terhormat” dengan meninggalkan gabungan itu jika ia merasakan kerjasama itu tidak berkesan untuk mereka.

Penduduk Taman Keramat Dakwa Disabotaj

Seorang wakil penduduk Taman Keramat hari ini membuat laporan polis, atas dakwaan disabotaj sekumpulan pemuda, dengan mencetuskan provokasi, ketika mereka mengadakan perhimpunan di tapak projek Datum Jelatek, Isnin lalu, bagi membantah projek tersebut.

Ariffin Abu Bakar berkata, laporan itu dibuat bagi membela diri mereka, susulan laporan polis yang dibuat pemaju, dengan mendakwa penduduk merusuh dan merempuh pagar kawasan tapak pembinaan.


“Sebenarnya, itu merupakan perhimpunan aman. Tetapi, 10 pemuda telah mencetuskan provokasi, dengan membuat bising sehingga keadaan menjadi tegang.

“Kami turut diajak memasuki kawasan tapak pembinaan, tetapi kami enggan dan dihalang pihak polis,” katanya kepada pemberita, selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.
Beliau berkata, sebelum ini, sudah 10 kali penduduk membuat bantahan, sejak tiga tahun lalu, tanpa pernah mencetuskan sebarang provokasi.

Projek tersebut yang terletak bersebelahan Stesen LRT Jelatek, melibatkan pembangunan empat blok bangunan kondominium mewah, hotel, pejabat dan pusat beli-belah.

BONGKAR! Video Serangan Charlie Hebdo Yang Ditapis

Tragedi berdarah yang dilakukan oleh dua penembak ke atas pejabat akhbar satira Charlie Hebdo dan sebuah pasaraya kepunyaan peniaga Yahudi seminggu lalu yang berakhir dengan kematian 17 orang, termasuk ketua pengarang dan kartunis akhbar itu meningkatkan lagi rasa benci terhadap Islam di kalangan sebahagian penduduk dunia.

Walaubagaimanapun, seperti beberapa tragedi yang menimpa tahun lalu seperti MH370 yang diselebungi pelbagai teori konspirasi, kejadian serangan Charlie Hebdo juga tidak lari dari konspirasi. Ahli teori konspirasi mendakwa kejadian serangan itu telah dirancang oleh tangan-tangan ghaib dan ada yang menuduh serangan tersebut dilakukan oleh Israel. Ianya dikatakan sebagai tindak balas terhadap kerajaan Perancis yang menyokong penubuhan negara Palestin
Jika anda terus membaca, di akhir artikel ini sebuah video serangan Charlie Hebdo yang telah ditarik balik atau dihalang dalam beberapa laman web. Apa yang anda akan lihat ialah video tersebut tidak mempunyai kesan darah ataupun ganas. Namun ianya akan membuat laporan rasmi serangan tersebut boleh disoal. 

Video serangan ini telah disiarkan oleh France 24 dan anda akan perasan bahagian tengah video itu telah diedit. Jika anda zoom lebih dekat dan memperlahankan video tersebut apa yang anda akan lihat ialah pegawai polis itu sebenarnya mungkin tidak ditembak dikepala. Terdapat kesan debu yang mengenai pejalan kaki disebelah pegawai tersebut dan bukannya ditembak di kepala seperti laporan media perdana
Jika anda lihat sekali lagi video berkenaan, anda akan lihat kepala pegawai tersebut tidak bergerak oleh kesan tembakan seperti ditembak dari jarak dekat. Tembakan itu adalah dari senapang AK-47. Satu tembakan di kepala sudah pasti kepala pegawai tersebut akan berkecai dan melimpahkan darah serta cebisan otak di atas pejalan kaki. 
Sesiapa yang mendakwa pegawai polis tersebut ditembak dikepala oleh peluru bersaiz 7.62X39mm mungkin tidak mempunyai pengalaman menggunakan senjata ataupun menipu. Peluru ini boleh dikatakan agak besar serta mendatangkan kerosakan besar serta pendarahan yang serius. Pegawai polis tersebut TIDAK ditembak dikepala. 

Mungkin terlintas di fikiran anda “ok, mereka tersasar”. Tetapi ada satu masalah. Setiap satu media perdana mendakwa pegawai polis tersebut ditembak dikepala dan ianya mungkin palsu. Dan anda harus bertanya, apa lagi yang mungkin “mereka” tipu? 
Apa yang tidak masuk akal ialah, penembak ini bersusah payah untuk menutup wajah mereka dengan topeng ski, tapi untuk alasan yang tidak munasabah, mengikut laporan pihak berkuasa, penembak ini memutuskan untuk meninggalkan kad identiti mereka dalam kereta yang mereka naiki. Dan itulah bagaimana identiti penembak berkenaan dikenal pasti. Betul ke? Selain itu suspek penembak tersebut telah ditembak mati jadi kes tersebut telah ditutup.

Serangan ke atas Charlie Hebdo telah menimbulkan pelbagai tanda tanya sama ada ianya satu konspirasi untuk memburukkan imej Islam atau ianya benar-benar terjadi seperti yang didakwa. Yang pasti, kita sedang ditipu dan penipuan ini pasti akan berulang lagi. 

Mahkamah Tinggi Tolak Tuntutan Saman Kerajaan Malaysia

Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak tuntutan saman kerajaan Malaysia terhadap Pengerusi BERSIH 3.0, Datuk S. Ambiga dan 14 jawatankuasa penganjur berhubung kegagalan mengawal perhimpunan yang menyebabkan 15 kenderaan milik kerajaan rosak, pada 28 April 2012.
Dalam pada itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk John Louis O’Hara turut memutuskan supaya kerajaan membayar RM30,000 kepada defenden ketujuh, Dr. Wong Chin Huat serta ganti rugi kerosakan sebanyak RM21,000.
Keputusan itu dibuat selepas selesai mendengar hujahan daripada barisan empat Peguam Kanan Persekutuan yang diketuai oleh Kamal Azira. Kesemua defendan telah memberikan hujah masing-masing sekitar Disember, tahun lalu.
Pada 15 Mei 2012, Kerajaan Malaysia selaku plaintif telah memfailkan saman terhadap penganjur-penganjur bersama perhimpunan haram Bersih 3.0 atas dakwaan gagal mengawal perhimpunan yang diadakan pada 28 April tahun sama.
Ekoran kegagalan itu, sebanyak 15 buah kenderaan miliknya telah mengalami kerosakan dan terpaksa menanggung kerugian seperti yang ditaksirkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi kos pembaikan dengan jumlah keseluruhannya ialah RM110,543.27.

Papan Tanda Yang Oh My English!

Papan tanda melarang orang ramai mandi manda di beberapa kawasan pantai peranginan yang bahaya, memang biasa. Tetapi, apa yang luar biasa bagi satu papan tanda di Kuala Terengganu ini adalah terdapat kesalahan nyata dalam terjemahan bahasa inggeris.
Kawasan ini tidak selamat untuk mandi dan berenang”, telah diterjemah sebagai “This region did not survive to bathe or swim”.
“Kesalahan satu atau dua ejaan masih boleh diterima, tetapi dalam kes ini, keseluruhan ayat dan perbendaharaan kata yang digunakan jauh daripada menepati maksud ayat dan menyalahi tata bahasa Inggeris,” kata seorang pelancong. 
Lebih menjengkelkan, tertera jelas arahan berkenaan dikeluarkan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Nyata pihak yang bertanggungjawab menyiapkan papan tanda berkenaan mengambil jalan mudah tanpa merujuk kepada istilah dan frasa yang diguna pakai, sebaliknya melakukannya secara semberono dengan menggunakan terjemahan daripada internet.
Memandangkan ia papan tanda awam, situasi yang berlaku boleh memberi persepsi buruk terhadap kerajaan negeri khususnya tahap penguasaan bahasa Inggeris di negeri itu. Justeru, kesilapan yang berlaku amat memalukan, kerana pantai berkenaan menjadi tumpuan bukan sahaja pengunjung tempatan tetapi juga kepada pelancong asing. 
TRP

Ribuan Kucing Selamat Dari Jadi Hidangan

Ribuan kucing yang diseludup dari China untuk dijadikan hidangan berjaya diselamatkan, kata polis semalam. Hidangan daging kucing dianggap istimewa di Vietnam dan penduduk setempat menggelarnya sebagai “harimau kecil.”
Jurucakap polis semalam berkata, mereka menahan sebuah lori sedang dalam perjalanan ke ibu negara Vietnam pada Selasa lalu. “Ketika diperiksa kami mendapati bahagian belakang lori berkenaan penuh dengan kucing. “Secara keseluruhan kucing itu seberat 3,000 kilogram,” katanya.
Kerajaan sudah mengharamkan daging kucing untuk dijadikan hidangan di Vietnam, namun ia masih disajikan dengan meluas di beberapa restoran tertentu. Kata jurucakap itu, pemandu lori mengaku dia membawa kucing itu dari wilayah Quang Ninh yang bersempadan dengan China.
“Menurut undang-undang, semua kucing ini sepatutnya dilupuskan tetapi kami masih memikirkannya kerana jumlah yang terbabit adalah sangat banyak,” katanya dalam satu kenyataan. Imej yang didedahkan media tempatan menunjukkan kucing itu berada dalam keadaan amat menyedihkan. Ia dikurung dalam sangkar buluh yang sempit dan disusun berhimpit-himpit antara satu sama lain.

Kisah Langgar Lari Yang Menyayat Hati

Terlibat dalam kemalangan jalan raya ialah perkara paling tidak diingini olelh setiap pemilik kenderaan. Lebih teruk lagi kalau ianya langgar lari. Namun bak kata pepatah, ‘Malang tidak berbau’. Namun ini bukanlah kisah seperti CDM25. Ianya lebih menyentuh perasaan sesiapa membacanya. 
Begitulah yang terjadi kepada seorang gadis Sabah, Michelle Yu yang berkongsi kejadian langgar lari di laman Facebook miliknya. Gadis tersebut mengejar kenderaaan yang melanggar keretanya yang dikatakan memintas laluan kereta gadis tersebut. 
Pemandu yang melanggar kenderaan gadis tersebut rupa-rupanya seorang pemandu yang sudah berusia meminta maaf kerana tidak mempunyai wang untuk membayar ganti rugi atas kerosakan yang dialami kereta gadis itu. Warga emas itu kemudian memberitahu yang anak-anaknya tidak menjaga warga emas berkenaan. 
Michelle yang berasa kesian akan kisah disebalik warga emas itu memutuskan untuk membawanya berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan sama ada warga emas itu mengalami kecederaan atau tidak. Michelle juga berjanji akan membawa warga emas itu berjalan jika ada kelapangan. 
Namun, kebaikan Michelle tidak terhenti di situ, malah beliau juga menjemput warga emas tersebut untuk makan malam bersama dengan keluarga Michelle. Beliau juga menderma sedikit wang ringgit untuk menampung perbelanjaan seharian.

BACA: Kisah Pemuda Baik Hati Dapat Balasan 

Pada akhir status yang dimuat naik Michelle sedar yang sebagai seorang anak haruslah menjaga ibu bapa yang sudah berusia. 

Berhenti Kerja Untuk Buka Restoran

Sanggupkah anda untuk berhenti kerja dengan gaji yang tinggi semata-mata hanya untuk memenuhi impian diri anda tersendiri? Mungkin tidak ramai yang sanggup berbuat demikian. Namun tidak bagi seorang pemuda bernama Mason Wartman.
Mason bekerja di sebuah firma yang terletak di Wall Street, tetapi beliau telah membuatk satu keputusan yang amat berani dengan meninggalkan kerjaya di Wall Street untuk membuka sebuah kedai pizza. Apa yang membezakan dari kedai pizza yang lain ialah harga sekeping pizza dijual cuma RM3! 
Selain itu, apa yang mencuri tumpuan ialah kedai ini juga memberi makan kepada orang gelandangan. Pelanggan kedai ini juga boleh membeli untuk orang gelandangan dengan membeli sekeping pizza dan Mason akan merekodkan pembelian pizza tersebut dengan sekeping nota yang dilekatkan di dinding kedai tersebut. Orang gelandangan yang lapar boleh mengambil nota tersebut dan ditukarkan kepada sekeping pizza secara percuma. 
Orang ramai yang baik hati tidak hanya menderma sekeping malah lebih dari itu. Bayangkan jika seorang menderma RM30 ini bermakna orang gelandangan akan mempunyai makanan selama 10 hari. Konsep yang sangat bijak! 
Respon daripada orang gelandangan ini juga sangat menyentuh perasaan. Bukan sahaja mereka mendapat makanan percuma yang diderma oleh orang ramai, malah para pekerja di restoran pizza ini juga melayan mereka dengan baik hati. 
Jika dilihat melalui nota yang dilekatkan pada dinding restoran tersebut bayangkan berapa banyak orang gelandangan yang boleh menikmati makanan percuma. Apa yang dilakukan oleh Mason bukan saja membantu orang gelandangan malah memulakan satu budaya baru yang menerima dan membantu golongan tersebut dan bukannya mengendahkan nasib mereka. 
Selain itu, Mason juga ada menjual baju dimana sebahagian dari hasil pembelian tersebut membolehkan golongan gelandangan menerima 7 keping pizza secara pecuma. Mungkin konsep restoran ini boleh diperkenalkan di negara. Makan dapat, pahala derma pun dapat. 

Plat Kenderaan ‘Fancy’ Kembali Lagi

Segelintir pemilik kenderaan, termasuk yang berkedudukan masih mengggunakan nombor pendaftaran atau plat kenderaan ‘fancy‘ yang tidak mengikut spesifikasi walaupun ianya menjadi satu kesalahan, seolah-olah sengaja mencabar pihak berkuasa.
Terbaru, sekeping gambar yang tersebar memaparkan sebuah kereta mewah dipercayai jenis Bentley berwarna perak menggunakan plat ‘fancy‘ sehingga nombor asalnya tidak dapat dikenalpasti. Gambar yang dirakamkan pada Sabtu di lebuhraya di sekitar Lembah Klang itu menunjukkan kereta berkenaan menggunakan plat WNU, selain turut memasang logo menyamai kereta orang kenamaan (VIP).
Ketua Cawangan Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Nadzri Hussain ketika dihubungi mengakui penggunaan nombor plat tidak mengikut saiz, terlalu rapat dan menggunakan bentuk huruf atau nombor yang tidak dibenarkan hingga menyukarkan pihak berkuasa mengenalpasti nombor pendaftaran sebenar kenderaan didapati semakin berleluasa terutama membabitkan motosikal serta kenderaan mewah dan yang diubahsuai.
“Pemilik kenderaan yang dikesan melakuan kesalahan tersebut akan diberi teguran dan dikenakan kompaun jika terus berdegil melakukan kesalahan tersebut,” katanya. Alasan tidak tahu bahawa penggunaan nombor plat ‘fancy‘ menyalahi undang-undang tidak boleh diterima kerana ia bukan sesuatu yang baru di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mengenai penggunaan logo tertentu pada kenderaan juga perlu dilihat sebab ianya digunakan dan sama ada ia tersenarai sebagai logo yang dibenarkan.
Sebelum ini, dramatis Khaty Fauziah, ibu kepada pelakon lelaki popular, Shaheizy Sam disaman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana memandu sebuah kereta mewah menggunakan nombor pendaftaran ‘MOMMY’. Nombor plat hasil olahan terhadap nombor plat asal MCM 1774 itu dipasang pada kereta jenis Audi A5 yang dihadiahkan oleh Sam kepada beliau.
Beliau bagaimanapun akur dengan kesalahan itu serta menasihati golongan artis dan seluruh anggota masyarakat agar mematuhi undang-undang kerana tiada sesiapapun yang mempunyai hak istimewa hingga tidak tertakluk kepada undang-unndang.