Sudahkah Rakyat Kelantan Bersedia dengan Hudud?

Sudahkah Rakyat Kelantan bersedia dengan Hudud?


Langkah kerajaan negeri Kelantan menggubal rang undang-undang persendirian untuk dibentangkan di Parlimen merupakan langkah pertama untuk pelaksanaan undang-undang Jenayah Islam hudud dan qisas di negeri itu. Sudahkah rakyat Kelantan bersedia? 

Keputusan itu telah diumumkan secara rasmi oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob. Langkah ini menunjukkan ketegasan kerajaan Kelantan untuk melaksanakan perundangan syariah itu. 


Beliau menambah lagi kerajaan negeri Kelantan merupakan yang pertama di dunia yang mempunyai kaedah atau undang-undang bertulis mengenai tatacara hukum hudud secara terperinci. 


Hasrat kerajaan Kelantan untuk menjayakan pelaksanaan hudud pada tahun 2015 dibuat berdasarkan enam faktor iaitu: 
  • menjelaskan kepada rakyat hanya undang-undang Allah yand dapat menyelesaikan jenayah
  • menyatakan kesungguhan kerajaan Kelantan yang tidak putus asa dalam melaksanakan hukum Hudud
  • memberi kesedaran minda umat Islam terhadap Kanun Jenayah Syariah sebagai hukum Allah agar dapat dilaksanakan nanti
  • membuka jalan dan penerangan kepada bukan Islam tentang konsep hudud yang benar iaitu bersifat mendidik dan bukannya keganasan
  • memberi isyarat jelas kepada yang kurang yakin dengan hukum tersebut supaya lebih positif
  • memberi semangat kepada pemimpin dan rakyat supaya membuat persediaan bersungguh-sungguh ke arah pelaksanaan itu. 

Meskipun terdapat tentangan dari bukan Islam, kerajaan PAS Kelantan akan tetap melaksanakan hukum tersebut di negeri itu. Kerajaan PAS Kelantan juga mendakwa mereka tidak memerlukan persetujuan sekutu mereka DAP dan tidak akan tunduk sama sekali dengan sebarang desakan. 


Adakah kerjasama PAS-DAP-PKR akan berakhir sekiranya PAS tetap meneruskan keputusan tersebut? Masalah dalaman antara Pakatan Rakyat nampaknya semakin mendalam selepas kemelut MB Selangor baru-baru ini. 


Menurut Lim Kit Siang, PAS mendapat sambutan rakyat sebelum ini bukan kerana perlaksanaan hudud, tetapi lebih kepada matlamat menentang kerajaan. Tumpuan kepada ekonomi perlu lebih difokuskan berbanding hudud kerana faktor itulah yang merupakan penyumbang utama kejayaan Pakatan Rakyat. 

Teori Cahaya Diceritakan Lebih Awal Oleh Rasulullah s.a.w

Teori Elektrik Thomas Edison Diceritakan Lebih Awal Oleh Rasulullah s.a.w


Sebelum Michael Faraday bercerita mengenai tenaga elektrik pada tahun 1820 dan diikuti oleh Thomas Edison pada tahun 1879, Rasulullah s.a.w telah pun menceritakan prinsip fundamental tenaga berkenaan cahaya ini lebih 1,400 tahun dahulu (lebih 1,000 tahun awal daripada Faraday dan Edison) menerusi firman Allah dalam Al-Quran,
“Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah adalah sebagai sebuah ‘misykaat’ yang berisi sebuah lampu.
Lampu itu dalam geluk kaca, geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang. Lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari) hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api, (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda), cahaya berlapis cahaya.
Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
An-Nuur 24:35

Mahasiswa Rancang Rempuh UM?

Mahasiswa Rancang Rempuh UM?


‘Screenshot’ perbualan yang didakwa antara anggota PPUM yang bersedia merempuh universiti itu sekiranya dihalang mengadakan program pidato umum bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Isnin.

“Screenshot” tersebut telahpun tersebar di media sosial membabitkan perbualan beberapa pemimpin pelajar Universiti Malaya (UM). Mengikut perbincangan tersebut, Presiden Persatuan Mahasiswa UM, Fahmi Zainol didakwa mengatakan akan bersedia untuk merempuh masuk sekiranya dihalang memasuki kawasan kampus UM. 

Menurut salah seorang mahasiswa di UM, Haikal Arafat mendakwa terdapat perancangan dari pihak penganjur untuk mencetuskan kekecohan dan ketegangan bagi memastikan program tersebut berjalan. Beliau mendakwa lagi bahawa pentadbiran UM telah mengeluarkan kenyataan bahawa program tersebut tidak mendapat kebenaran namun Fahmi dan kumpulannya tetap berdegil. 

Dalam perkembangan lain, pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan mengambil alih kawalan keselematan di UM bagi menghalang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk menyampaikan pidato esok. 


Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Prof Datuk Rohana Yusof berkata surat pekeliling telah dihantar kepada semua pelajar UM. Pihaknya berkata, mereka menerima amaran daripada pihak PDRM yang pidato anjuran Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) itu adalah perhimpunan haram yang bertujuan untuk menggulingkan kerajaan. 

Beliau menambah semua pintu pagar masuk ke UM (kecuali pintu utama) akan ditutup pada 27 Oktober bermula jam 4 petang bagi memastikan tiada kenderaan luar masuk. Pihak polis pula akan berkawal seawal jam 7 pagi sepanjang hari tersebut. Pelajar juga diberi amaran tidak dibenarkan berada di Dataran Tunku Canselor (DTC) atau kawasan sekitar bermula jam 4 petang. 

Penyakit Umat Terdahulu Berjangkit Umat Islam Sekarang

Penyakit Umat Terdahulu Berjangkit Dengan Umat Islam Sekarang


Dunia umat Islam pada hari ini terus-menerus dilanda krisis demi krisis sama ada dalam semua segi baik dari aspek politik, ekonomi, pendidikan, sosial kemasyarakatan yang sangat kritikal dan meruncing.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu berkata: “Aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu. Sahabat bertanya, “ Apakah penyakit-penyakit umat–umat terdahulu itu? Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab : “Penyakit-penyakit itu adalah terlalu banyak berseronok, terlalu bermewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam usaha merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi antara satu sama lain”. (Hadith riwayat al-Hakim)

Penyakit Umat Islam 
Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam di dalam hadith tersebut bukanlah satu perkara yang baru kerana telah banyak kita lihat berlaku di kalangan kaum Muslimin pada hari ini. Bahangnya telah mula dirasai sejak zaman dahulu lagi. Ini jelas kita dapati, di sana sini penyakit ini sudah mula merebak dan menjalar dalam masyarakat Islam dengan begitu parah sekali. 

Inilah antara kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan Allah kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam yang dapat mengetahui peristiwa  yang akan berlaku pada masa akan datang ke atas umatnya. Apabila manusia menolak sistem hidup yang disyariatkan dalam Islam, lantas mengambil dan memilih sistem cara hidup rekaan manusia maka inilah padahnya.

Islam Pada Mulut

Umat Islam pada hari ini tidak ada pilihan lain melainkan dengan hanya kembali mengambil Islam sebagai satu cara hidup yang syamil dan kamil. Ini kerana umat Islam yang ada pada hari ini hanya ada Islam pada nama sahaja. 

Mereka mengambil Islam hanya dengan membasahi bibir mengucap dua kalimah syahadah, berzikir, beribadat di atas tikar sejadah di dalam masjid, berpuasa pada bulan Ramadhan dan pergi menunaikan haji sahaja. Bagi mereka sudah memadai Islam yang mereka fahami dengan hanya melakukan ibadat-ibadat tersebut. Di dalam kamus pemikiran mereka tidak ada istilah untuk beribadah kepada Allah setelah melangkah keluar dari masjid, setelah bulan Ramadhan berlalu dan setelah pulang dari mengerjakan ibadah haji.
Harta Dunia
Tidak kurang juga sifat ego manusia pada hari ini mengatasi segala-galanya. Inilah natijahnya apabila menolak apa yang disyariatkan oleh Allah dan berbangga dengan sistem rekaan manusia. 

Justeru tidak hairanlah fenomena yang Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam gambarkan kepada kita telah banyak berlaku seperti manusia yang terlalu banyak berseronok, terlalu bermewah-mewahan, berlumba-lumba menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam usaha merebut harta benda dunia, sikap saling memarahi, umpat-mengumpat, hasut menghasut sudah menjadi amalan sehingga sikap  zalim menzalimi antara satu sama lain dan amalan rasuah, pecah amanah  sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan mereka

Musuh Islam

Kita perlu berhati-hati dengan musuh-musuh Islam yang tidak jemu-jemu berusaha untuk menghancurkan umat Islam. Sejarah telah merakamkan, mereka sudah lama merancang untuk menghapuskan umat Islam dengan cara mengasingkan Islam dalam kehidupan umat Islam, memisahkan Islam dengan politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.


Ia juga berpunca dari salah faham di kalangan orang Islam terhadap Islam sendiri dan meluapnya sentimen politik yang saling bertentangan. Selain itu, rasa tidak puas hati ini mengheret sebilangan kaum yang bertelingkah ke dalam kancah pertikaian dan prasangka yang akhirnya membawa kepada perselisihan pendapat umat Islam.

Bagi kita yang kasih dan sayang kepada Nabi Muhammad  Sallallahu ‘alaihi wasallam tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh mengamalkan apa yang disarankan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam.

sumber: FB

Misteri Gadis Hilang 24 Jam Pulang

Misteri Gadis Hilang Pulang Selepas 24 Jam


Selepas menghilangkan diri selama 24jam, akhirnya Nur Fathia Idris, 25, kembali ke pangkuan keluarganya? Apa punca dia menghilangkan diri? 

Gadis tersebut dilaporkan menghilangkan diri selepas keluar dari rumah ibu saudaranya di Larkin, Johor telah membuat keputusan untuk pulang ke pangkuan keluarganya. Ibu gadis berkenaan, Fatimah Ismail berkata, beliau berita mengenai kepulangan anaknya itu dimaklumkan oleh adik gadis tersebut Abd Halim. 


Adiknya menerima pesanan ringkas (SMS) dari kakaknya memaklumkan perkara berkenaan. Fatimah menceritakan saat kepulangan anaknya, Fathia terus sujud dan mencium kaki Fatimah dan meminta maaf di atas tindakannya itu. Fathia juga meminta maaf kepada bapanya yang sedang sakit. Keadaan Fathia ketika itu sangat lesu akibat tidak menjamah sebarang makanan sejak semalam. 

Ibu bapa Fathia juga telah menarik balik laporan polis yang dibuat mereka ekoran kehilangan Fathia dan tidak akan bertanya sebab Fathia menghilangkan diri. 

Apakah punca sebenar Fathia melarikan diri? Mungkin Fathia ingin menonton JDT lawan Felda United tetapi dilarang oleh keluarganya? Kongsi cerita ini. 

10 Diktator Paling Kejam Dalam Sejarah

10 Diktator Paling Kejam Dalam Sejarah


Ada sebuah pepatah mengatakan “kuasa mutlak akan memusnahkan”. Dari Gulag ke Holocaust mari kita lihat sejarah diktator paling kejam di dunia. 

10. Kim Il-Sung, Korea Utara (1.6 juta kematian) 


Banduan di Penjara Gulag dipaksa untuk mengorek kubur mereka sendiri sebelum mereka dihentak dengan tukul. Wanita yang mengandung di kem tahanan pula dipaksa untuk membuat kerja-kerja berat menyebabkan wanita mengandung mengalami keguguran. 

9. Pol Pot, Kemboja (1.7 juta kematian)


Dalam masa hanya 4 tahun sahaja, Pol Pot telah menyebabkan kematian 1/4 penduduk Kemboja. Beliau mensasarkan para cendekiawan yang dianggap cuba mengugut kuasa beliau serta membunuh mereka yang bercermin mata dan yang berkebolehan menutur dua bahasa. 

8. Ismail Enver Pasha, Turki (2 juta kematian)


Bertanggungjawab ke atas pembunuhan beramai-ramai penduduk Armenia serta kebuluran yang menyebabkan kematian hampir 1.5 juta orang. Penduduk Armenia dipaksa untuk berkawad dalam keadaan bogel merentasi padang pasir sehingga kematian yang berpunca akibat keletihan. 

7. Hideki Tojo, Jepun (4 juta kematian)


Jeneral Hideki Tojo yang mengetuai serangan ke atas Pearl Harbour serta pelbagai pembunuhan beramai-ramai orang awam dan juga askar yang tidak bersenjata. Beliau dijatuhkan hukuman bunuh kerana jenayah perang pada tahun 1948 selepas cubaan beliau untuk membunuh diri gagal. 

6. Vladimir Lenin, Rusia (4 juta kematian) 


Mengarahkan pembunuhan jemaah menteri Rusia serta keluarga di Raja ketika perang saudara tercetus di Rusia. Lenin juga bertanggaungjawab mencetus dan menghasut untuk menlaksanakan kempen “The Red Terror” untuk menakutkan pembangkang. Paderi lelaki ditusuk manakala puak pemberontak ditanam hidup-hidup. 

5. Chiang Kai-Shek, China & Taiwan (10 juta kematian)

 
Mengarahkan pembunuhan beramai-ramai di Shanghai pada tahun 1927. Lebih 5,000 berfahaman komunis serta pelajar telah terbunuh. Jeneral Chiang Kai-Shek juga bertanggungjawab keatas kematian 20,000 penduduk Taiwan pada tahun 1947 yang kebanyakkan mangsa adalah golongan intelektual serta pemimpin tempatan. 

4. Raja Leopold II Belgium, Congo (13 juta kematian)


Ketika Congo dibawah pemerintahan Belgium iaitu, Raja Leopold II beliau telah membunuh lebih 10 juta penduduk dengan membakar perkampungan serta mendera hamba abdi sehingga mati. Lebih 2 juta orang disembelih dan kepala serta alat sulit mereka dipertonton di khayalak ramai. 

3. Adolf Hitler, Jerman (17-20 juta kematian)


Ibu bapa yang mempunyai anak yang kurang upaya atau cacat dipaksa untuk menghantar anak mereka ke klinik dimana anak mereka yang menerima suntikan maut. 2/3 penduduk Yahudi Eropah dibunuh serta menghadapi pembedahan yang sadis. 

2. Joseph Stalin, Rusia (40-62 juta kematian)


Ketika dibawah rejim Stalin, 90% sumber makanan dirampas oleh kerajaan menyebabkan 5 juta penduduk mati kebuluran. Kempen “The Great Purge” menyaksikan musuh-musuh Stalin diseksa dikhalayak ramai sebelum dijatuhkan hukuman bunuh. 

1. Mao Zedong, China (45-75 juta kematian)


Semasa rejim Mao memerintah China, sesiapa yang dikesa tidak sihat atau terlalu tua tidak akan mendapat bantuan makanan dan dibiarkan kelaparan. Ibu bapa yang anaknya didapati mencuri makanan akan dipaksa untuk menanam anak mereka hidup-hidup. 

10 Fakta Menarik Tentang Twitter

10 Fakta Menarik Tentang Twitter

Bagi mereka penggemar media sosial, sudah pasti media Twitter menjadi pilihan utama mereka untuk berhubung. Penggunaan Twitter telah menjadi satu alat untuk berkongsi informasi (benar atau palsu itu belakang cerita!!) secara pantas. Berikut ialah fakta ringkas tentang twitter. 


10. Akaun Palsu


Satu akaun palsu atau fake account agensi berita telah menyebabkan pasaran saham jatuh seketika dan kerugian lebih $130 billion dolar Amerika pada tahun 2013. Tweet berkenaan mengatakan bahawa Presiden Amerika Barrack Obama tercedera berikutan siri letupan di White House


9.  Tweet Pertama


Tweet pertama dihantar pada tahun 2006 oleh pengasas bersama Twitter Jack Dorsey. Dalam tweet ringkas itu beliau menyatakan sedang mengemaskini akaun Twitter beliau. Twttr adalah nama asal yang dicadangkan selain Friendstalker. Kekayaan Jack Dorsey kini dianggarkan bernilai $2.2billion dolar Amerika. 


8. Tweet Ugutan 


Pada tahun 2009, Daniel Knight Hayden menjadi orang pertama didakwa di mahkamah kerana membuat ugutan melalui tweetnya. Daniel dalam tweet berkenaan ingin “berperang” dengan kerajaan Amerika dan mengugut untuk memotong kepala polis. 


7. Hashtag #


Hashtag #nowthatchersdead telah menyebabkan orang ramai keliru dan percaya bahawa penyanyi Cher telah mati dimana sebenarnya Margaret Thatcher yang mati. Menimpa nasib yang sama ialah penyanyi Susan Boyle dengan hashtag #susanalbumparty dimana orang ramai menganggap sebagai sus-anal-bum-party. Hashtag tersebut sebenarnya adalah promosi untuk album Susan Boyle. 


6. Tweet Satu Billion


Tweet satu billion mengambil masa selama 3 tahun 2 bulan dan 1 hari untuk mencapai ke angka tersebut. Pada masa ini, satu billion tweet hanya mengambil masa selama 48jam. 


5. Meramal Penyakit


Satu kajian telah dijalankan pada tahun 2013 dimana para saintis menggunakan data Twitter untuk meramal wabak selsema berdasarkan 167,995 tweet. Tweet berkaitan penyakit itu dapat meramal wabak tersebut di 9 buah bandar dari 11 bandar yang dianalisa. 


4. Twitter


Twitter sekarang dianggar bernilai $30bilion dolar Amerika. Namun ianya tidak pernah mencatatkan untung dan pada laporan kewangan 2013 Twitter melaporkan kerugian sebanyak $645 juta dolar Amerika. 


3. 50cent 


Penyanyi rap terkemuka, 50cent dilaporkan memdapat keuntungan sebanyak $5juta dolar Amerika setelah menggalakkan pengikut Twitter beliau supaya membeli saham H&H Imports. Syarikat yang hampir lingkup itu adalah usaha sama dengan Fiddy. 


2. Arab Saudi


33% pengguna internet di Arab Saudi menggunakan Twitter secara aktif. Ianya lebih banyak dari mana-mana negara. Manakala pengguna internet di Amerika hanya menggunakan Twitter sebanyak 11% secara aktif. 


1. Fifa World Cup


Bintang filem lucah terkenal di Belanda, Bobbi Eden berjanji kepada 100,000 pengikut Twitter untuk melayan mereka sekiranya pasukan Belanda berjaya memenangi Piala Dunia 2010. Malang buat peminat bintang filem lucah itu, Belanda tewas pada perlawanan akhir Piala Dunia 2010. 


Remaja Kantoi Aksi Tepi Tangga

Remaja Kantoi Aksi Tepi Tangga

Tangga selalunya dijadikan tempat melepaskan nafsu bagi remaja. Apa tindakan remaja lelaki ini selepas aksi mereka dirakam? 


Sepasang kekasih remaja yang sedang asyik memadu kasih di tangga disebuah kawasan perumahan di Singapura. Aksi mereka dirakam oleh seorang wanita. Setelah menyedari aksi mereka dirakam, remaja lelaki tersebut dilihat membantu kekasihnya memakaikan blouse dan beredar. 


Namun, reaksi remaja lelaki berkenaan terhadap wanita yang merakam aksi mereka tidak dijangka. Remaja lelaki tersebut memarahi serta meminta wanita berkenaan membuang rakaman video tersebut kerana ianya adalah privasi mereka. 

Wanita berkenaan membalas ini adalah tempat awam dan mereka tidak sepatutnya melakukan perkara ini kerana masih dibawah umur. 

Ada Apa Dengan Aidijuma?

Ada Apa Dengan Aidijuma? 


Kegilaan wanita terhadap fesyen tidak dapat disangkal. Walaupun bertudung, gaya dan penampilan sentiasa dititikberatkan. Terkini tudung Aidijuma semakin mendapat perhatian dari golongan wanita. Ada apa dengan Aidijuma? 

Tudung Aidijuma merupakan cetusan idea oleh Datin Norjuma Habib Mohamed. Ianya menampilkan koleksi tudung yang mempunyai design yang menarik serta ringkas digayakan. 


 
Facebook Tudung Aidijuma juga telah mendapat hampir 800,000 like. Harga tudung yang mampu milik sudah pasti menjadi kegilaan para wanita yang ingin kelihatan menarik walaupun bertudung. 



Adakah tudung Aidijuma akan menjadi trend bagi golongan wanita selepas ini? Sebelum ini  juga terdapat pelbagai jenis tudung yang menjadi trend antaranya tudung Fareeda. 

Benarkah Anjing Pakai Serban di Malaysia?

Benarkah Gambar Anjing Pakai Serban di Malaysia? 


Isu anjing lagi? Bila nak habis? 

Selepas program kontroversi “I Want To Touch A Dog” kini timbul pula gambar dimana seekor anjing dipakaikan serban dan jubah. 


Ada yang beranggapan bahawa tindakan memakaikan jubah kepada anjing sebagai tindakan susulan untuk mengina Islam di negara ini selepas kempen sentuh anjing. Tetapi benarkah anjing ini berasal dari Malaysia?

Jawapannya TIDAK! Setelah carian di Internet dibuat gambar anjing ini sudah lama. Ia telah diambil di Nigeria pada Jun 2014. 


Kenapa anjing tersebut dipakaikan sedemikian rupa? Setelah diselidik ianya adalah usaha yang dilakukan oleh oleh Ketua Angkatan Sukarela Delta Nigeria Asari Dokubo dalam menghina bekas governor bank pusat Nigeria, Alhaji Sanusi. 


Jadi, yang pasti ianya satu gambar fitnah dan janganlah kita viralkan lagi atau menambah minyak ke dalam api yang marak.