Cara ATM digodam oleh Warga Amerika Latin

Bagaimana ATM digodam dengan bantuan trojan ULSSM.exe


Susulan kejadian ATM digodam oleh warga Amerika Latin yang melarikan hampir RM3 juta 

Setakat ini, 14 buah ATM dari cawangan Affin Bank, Bank Islam, Al-Rahji Bank telah digodam yang mengakibatkan kehilangan sehingga RM3juta. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene berkata suspek menggunakan malware ulssm.exe untuk mengodam 14 buat ATM tersebut. Suspek berkenaan membuka panel atas ATM tersebut dan memasukkan CD ke dalam unit pemprosesan menyebabkan ATM berkenaan akan reboot dengan sendiri. 



Sebenarnya, risiko trojan berkenaan sudah dikenalpasti dan dicipta pada bulan May 2014. Ini bermakna terdapat kes terpencil di dunia dimana ATM digodam. Ianya bermula apabila Microsoft memberhentikan support untuk Windows XP pada bulan April 2014. Dalam kata lain, sekiranya trojan ini dijumpai pada komputer yang masih menggunakan OS tersebut selepas tarikh tersebut, pihak Microsoft tidak akan mengeluarkan apa-apa sekuriti patch untuk memberhentikan trojan tersebut. 



95% ATM di negara ini masih lagi menggunakan OS Windows XP. Jika anda perhati ketika juruteknik ATM membaiki ATM anda pasti akan dapat lihat logo WIndows XP tertera di skrin. Sekali lagi, demi keuntungan dan untuk mengurangkan kos, pihak bank akan menutup sebelah mata mengenai perkara ini. Dalam kes ini, warga Amerika Latin berkemungkinan menggunakan CD yang telah mempunyai trojan Backdoor.Padpin. Bila CD ini dimasukkan ATM berkenaan akan reboot dengan sendiri dan mencipta satu folder 

  • [nama folder]ulssm.exe

  • Kemudian trojan berkenaan akan mengganggu registry didalam ATM tersebut setiap kali Windows bermula

    • HKEY_LOCAL_MACHINESOFTWAREMicrosoftWindowsCurrentVersionRun”ulssm.exe” = “[nama folder]ulssm.exe
    • HKEY_CURRENT_USERSoftwareMicrosoftWindowsCurrentVersionRun”ulssm.exe” = “[nama folder]ulssm.exe
    Trojan berkenaan mampu untuk delete dirinya sendiri sekirang gagal menggodam masuk ATM berkenaan. Trojan tersebut akan terus cuba untuk menggodam ATM dan sekiranya berjaya ianya membolehkan penggodam melakukan transaksi berikut: 

    • informasi dalam ATM iaitu bilangan not yang tinggal, nilai not dan jumlah not dari setiap kaset
    • mengeluarkan duit dari ATM yang digodam
    • memilih dari kaset mana untuk membuat pengeluaran
    • mematikan rangkaian sistem penggera buat sementara waktu
    Terdapat juga satu trojan yang terkenal iaitu Backdoor.Plotus dimana ianya telah digunakan untuk menggodam mesin ATM di Mexico. Trojan ini membolehkan penggodam menggunakan SMS. 
     Tidak dapat dipastikan trojan yang mana warga Amerika Latin tersebut guna tetapi yang pasti diharapkan pihak polis dapat menangkap penjenayah ini sebelum mereka menggodam ATM yang lain pula. 

    Ibu Kejam Sanggup Bunuh dan Buang Mayat

    Ibu Bunuh Anak Dan Campak Mayat Dalam Ladang Kelapa Sawit


    Tergamak seorang ibu sanggup menamatkan riwayat anaknya sendiri.
    Pada 29 September 2014, pihak polis telah menemui mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dalam kawasan semak berhampiran ladang sawit di sebuah kampung di Pulau Pinang.
    Pada mulanya, ibu kanak-kanak itu mendakwa anaknya telah hilang ketika mereka sedang bersiar-siar di Padang Kota, George Town pada 20 September 2014.
    Namun begitu, selepas menjalankan siasatan, pihak polis mendapati keterangan yang diberikan wanita itu bercanggah dan mengelirukan. Susulan itu, wanita tersebut bersama teman lelakinya ditahan.

    Ketika disoal siasat, kejadian sebenar akhirnya terbongkar apabila wanita itu mengaku memukul anaknya sehingga mati di rumah mereka di Kulim, Kedah pada hari anaknya dilaporkan hilang. Pihak polis kemudian membawa wanita berkenaan bersama teman lelakinya ke kawasan semak itu dan menemui mayat kanak-kanak yang lengkap berpakaian dan dibungkus dengan selimut. 
    Motif disebalik kejadian bagaimanapun masih tidak dapat dikenal pasti. Pihak polis sedang menjalankan siasatan dan juga sedang mengesan bapa kanak-kanak terbabit.

    Adakah PAS Akan Tarik Diri Dari Pakatan Rakyat?

    Gesaan untuk PAS keluar dari Pakatan Rakyat

    Nasib dua Ahli Dewan Undangan (Adun) PAS yang menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor bakal ditentukan oleh Jawatankuasa PAS Pusat. 
    Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali berkata, kedua-dua Adun berkenaan, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) telah dipanggil memberi penjelasan berhubung isu itu dan pimpinan PAS Pusat akan membuat keputusan mengenai status mereka. 

    Ekoran dari kemelut dalaman parti tersebut telah menjadi bualan di media sosial. Kemelut yang melanda PAS itu sudah pasti sedikit sebanyak mencalar imej parti itu yang dikatakan tidak bersepakat. Kemuncak kemelut tersebut apabila segelintir ahli PAS menubuhkan PASma yang dilihat lebih cendurung kepada Anwar. PAS juga telah dilihat sebagai berpecah apabila tidak bersepakat untuk membuat keputusan. 

    Selain itu terdapat juga segelintir ahli PAS yang dilaporkan membuat cadangan untuk keluar dari Pakatan Rakyat dan bergabung dengan UMNO. Ini dikuatkan lagi dengan tersebarnya screen shot perbualan antara ahli PAS baru baru ini.

    Selain kemelut dalaman, percanggahan pendapat antara parti dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR dilihat sebagai satu pengkhinatan kepada kerjasama antara PAS, DAP dan PKR. Akibat percanggahan tersebut, Menteri Besar Selangor yang baru, Azmin Ali hanya melantik 3 wakil PAS menjadi exco dalam pentadbiran beliau. Pada pilihanraya kecil Pengkalan Kubor PAS tewas kepada BN dengan majoriti yang lebih besar berbanding pada pilihanraya umum ke 13.


    Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada kumpulan anak muda hari ini mendesak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) jika tiada langkah pemulihan diambil parti Islam itu. 


    NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) berpandangan kenyataan yang dikeluarkan pemimpin PAS hanya menimbulkan ketegangan dalam PR dan jika tidak dibendung ia akan mengakibatkan hilangnya sokongan rakyat.

    Apapun, PAS perlu bertindak untuk membersihkan namanya sebelum keyakinan rakyat terhadap parti itu pudar. 

    Senarai Lagu Tugasan Konsert Akademi Fantasia Minggu ke 5.

    Senarai Lagu Tugasan Konsert Akademi Fantasia Minggu ke 5

    8 orang pelajar Akademi Fantasia meneruskan perjuangan mereka untuk bergelar juara. Sempena Hari Raya Haji pada hujung minggu ini, tema pada konsert ke 5 nanti bercirikan lagu keinsafan. 

    Bagi pelajar Akademi Fantasia 2014, setelah konsert ke 4 berakhir minggu lalu dimana Muna tersingkir dari program realiti itu, pelajar lelaki nampaknya lebih menyerlah berbanding pelajar perempuan dari segi undian. Dapatkah pelajar perempuan memberi impak yang lebih berkesan  terhadap para peminat rancangan itu. 


    Berikut adalah senarai lagu tugasan Konsert Akademi Fantasia Minggu ke 5

    Beri Makan Kucing Di Medan Perang

    Pemuda Baik Beri Makan Kucing di Tengah Medan Perang

    Pemandu ambulans ini akan memberi makanan kepada lebih 150 kucing yang ditinggalkan akibat perang saudara Syria di Aleppo.

    Alaa, merupakan seorang pemandu ambulans di Syria. Beliau mengerti tentang kepayahan dan kesusahan hidup ketika perang saudara yang sedang berlaku. Kerja beliau memerlukan beliau menolong mangsa perang tersebut. Manakala diluar waktu bekerja, beliau menjaga kucing terbiar di bandar Masaken Hanapo di Aleppo.

    Masaken Hanano adalah sebuah kejiranan di bandar terbesar Syria, Aleppo yang telah ditinggalkan oleh manusia kerana pengeboman setiap hari dari tentera yang setia kepada Presiden Syria Bashar Al-Assad. Tetapi Alaa masih setia melawat kawasan itu setiap hari untuk memberi makanan kepada kucing yang masih berada di kawasan itu. 

    Beliau memberitahu bahawa beliau akan membeli daging yang berharga sekita RM13 untuk kucing-kucing tersebut. Tanpa Alaa, sudah semestinya kucing terbiar ini akan kelaparan di kawasan yang ditinggalkan itu. 
    Alaa telah memberi makan kepada kucing-kucing tersebut selama dua bulan. Disebabkan oleh laporan berita mengenai Alaa, netizen media sosial memuji sikap beliau dan ada yang menyamakan sikap beliau seperti Abu Hurairah. Jangan lupa klik share. 

    Bapa Bunuh Anak Kerana Fail Exam

    Akibat Keputusan Peperiksaan Tidak Bagus, Sanggup Bunuh Anak

    Seorang lelaki mencekik anaknya hingga mati sebelum mencincang mayat mangsa dan membuangnya ke dalam lubang tandas awam.


    Zhang Li, 46, bertindak demikian kerana mendakwa anaknya, Sutain, 12, memalukan keluarga mereka selepas tidak mencapai keputusan baik di sekolah.
    Dia membuang mayat anaknya yang sudah dicincang itu di tandas awam tidak jauh dari rumah mereka di Bandar Wengzhou, wilayah Zhejiang, timur China.
    Seorang jurucakap polis berkata, Zhang, membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya selepas didesak oleh isterinya.
    Bagaimanapun, pihak polis agak ragu-ragu dengan laporan tersebut. Menurutnya, jiran Zhang yang disoal polis berkata, lelaki itu tidak berusaha untuk mencari Sutain. Sebaliknya, dia dilihat gembira dengan ketiadaan anaknya itu.
    Tiga hari selepas laporan itu dibuat, polis menemui mayat mangsa setelah seorang pekerja penyelenggaraan membuat laporan menemui tangan manusia ketika membersihkan tandas berkenaan.
    Zhang disyaki kerana tingkah lakunya tidak sama seperti kebanyakan ibu bapa yang kehilangan anak.
    Zhang kini berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup.- AFP

    Peragut DiBelasah Sampai Mati Curi Telefon

    Akibat Curi Telefon Bimbit, Peragut DiBelasah Sampai Mati

    Seorang penggangur  yang mengalami kecederaan teruk setelah dibelasah oleh orang ramai kerana mencuri telefon bimbit bernilai RM200 dari seorang pemandu lori pada Jumaat lalu telah mati di hospital Bukit Mertajam (HBM) pagi tadi. 

    Ketua polis Seberang Perai Tengah, ACP Rusli Mohd Noor berkata mangsa Ooi Sim Guan, 38, gagal untuk sedar dari pengsan setelah dibelasah teruk mati pada pukul 12.40 awal pagi 28 September. 


    Kejadian berlaku pada Jumaat lalu dimana mangsa telah menumpang sebuah lori di Taman Sejahtera dan meminta pemandu lori tersebut menghantar mangsa ke Bandar Bukit Mertajam. Pemandu lori yang berusia 33 tahun dalam perjalanan ke Kulim membenarkan mangsa naik dan setelah satu kilometer mangsa ingin turun kata pemandu lori tersebut dalam satu sidang akhbar. 

    Selepas itu, pemandu lori berkenaan menyedari telefon bimbit beliau telah hilang dan beliau berpatah balik ke Taman Sejahtera untuk mencari mangsa tersebut. Pemandu lori berkenaan berjaya mengesan mangsa dan berlaku pertengkaran. Orang ramai yang berada ditempat kejadian juga turut membelasah mangsa. 

    Kejadian itu dirakam oleh seorang individu yang kemudian memuat naik video berkenaan di media sosial. Rusli berkata polis telah menahan pemandu lori berkenaan untuk membantu siasatan dan sedang mengesan beberapa individu lain yang turut dirakam dalam video berkenaan. 

    Polis amat berterima kasih kepada orang ramai yang ingin membantu membanteras jenayah dan mengingati orang ramai supaya tidak bertindak keterlaluan. Polis menasihati orang ramai supaya hanya menangkap dan diserah kepada pihak polis. 

    Wanita Hamil Digilis Kereta Api

    Sempat minta maaf sebelum digilis kereta api

    gambar hiasan
    Seorang wanita hamil tujuh bulan sempat memohon maaf sebelum ditemui maut di lintasan kereta api berhampiran Kampung Kuala Alor, Alor Merah.
    Ku Nurul Shuhada Ku Rosli, 28, ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila serpihan anggota badannya ditemui dan dipercayai dilanggar kereta api. Wanita itu dipercayai diseret kereta api barang dalam perjalanan dari Padang Besar ke Pulau Pinang sejauh 300 meter sebelum ditemui orang awam kira-kira jam 10 pagi.

    ku nurul shuhada

    Suami mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Saiful, 43, berkata, isterinya keluar ke kedai berhampiran kira-kira jam 8 pagi namun masih tidak pulang sejam kemudian. Namun, rakannya memaklumkan ada orang digilis kereta api sebaik mereka tiba di rumah sekitar jam 10 pagi menyebabkannya bergegas ke lokasi kejadian.

    Beliau terkejut apabila mengenal pasti mayat itu adalah isterinya melalui pakaian dan kunci miliknya. Menurut suami mangsa lagi, mereka memiliki seorang anak lelaki berusia setahun setengah dan sedang menunggu kelahiran anak kedua dijangka dua bulan lagi.

    Beliau berkata, isterinya sempat memohon maaf kepadanya dan kedua ibu bapa Allahyarham pada malam sebelum kejadian. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

    Al-Fatihah.

    Konsert Minggu ke-4 Akademi Fantasia 2014 – Muna Tersingkir

    Muna Tersingkir Pada Konsert Akademi Fantasia 2014 Minggu ke 4

    Konsert Akademi Fantasia 2014 Minggu ke 4 menyaksikan seorang lagi pelajar perempuan terkeluar. Pelajar tesebut ialah Muna atau nama sebenarnya Muna Shahira Munadi yang mendendangkan lagu Kekal nyanyian asal Ziana Zain kurang mendapat undian dari penonton walaupun mendapat pujian dari juri. 

    Selain Muna, Nina dan Ziha adalah antara pelajar yang mendapat undian terendah pada konsert minggu ini. Konsert Akademi Fantasia Minggu ke 4 dimulakan dengan persembahan oleh kumpulan Bunkface serta persembahan istimewa dari juri jemputan minggu ini iaitu Ziana Zain. 

    Dengan tema Tribute Komposer,  pelajar-pelajar #AF2014 diberi tugasan untuk menyanyi semula lagu-lagu yang pernah dihasilkan oleh empat komposer terkenal tanah air iaitu  Saari Amri, Pak Ngah, Ajai dan juga Edry Abdul Halim. Azwan mendapat kritikan dari Ziana Zain supaya meningkatkan lagi kualiti persembahan dan jangan terlalu selesa berada di atas carta undian. Persembahan Adel juga tidak memberangsangkan dan Firman pula boleh dikatakan biasa tidak seperti pada minggu ke 3. Pelajar-pelajar AF2014 perlu meningkatkan kualiti persembahan agar tidak hambar dan bosan untuk ditonton. 

    Menarik di akhir konsert, 10 pelajar #AF2014 turut menyanyikan lagu-lagu yang pernah dicipta oleh komposer evergreen, Allahyarham JS Kevin antaranya adalah Misteri Mimpi Shakila dan Semangat Yang Hilang.

    Tiga orang juri yang bertanggungjawab memberi komen kepada para pelajar di konsert kali ini ialah Datuk Ramli MS dan Raja Azura, manakala Ziana Zain selaku juri jemputan.

    Konsert pada minggu ini juga terdapatnya kejutan dengan persembahan istimewa daripada kemunculan Jaclyn Victor dan bekas penyanyi kumpulan Wings yang juga bapa kepada Ewal, Mel.

    Dengan penyingkiran Muna,  kini tinggal 9 pelajar yang akan meneruskan perjuangan menjadi juara #AF2014.

    Rahsia Seorang Hijabster Dibongkar

    Rahsia Seorang Hijabster Yang Anda Tidak Tahu

    Fesyen berhijab amat popular di kalangan anak muda yang ingin berfesyen sambil menutup aurat. Perkataan hijabster amat sinonim dengan golongan yang berfesyen sambil bertudung. Tapi apakah rahsia menjadi seorang hijabster yang mungkin anda tidak tahu. Mari kita bongkar. 

    1. Terdapat sejuta cara untuk memakai hijab. Patutkah lilit satu kepala atau banyak lapisan? Terlalu banyak pilihan. 

    2. Seorang hijabster tidak akan membeli baju baru selagi tiada hijab yang boleh dipadan. 

    3. Walaupun memiliki koleksi hijab yang banyak, seorang hijabster akan memakai lima hijab kegemaran mereka. Setiap kali. 

    4. Hijabster sepatutnya kerap membasuh rambut dengan kerap, tetapi tidak berbuat demikian kerana mereka tahu anda tak nampak rambut mereka. 

    5. Balik ke rumah merupakan satu kegembiraan setelah seharian berjalan dengan hijab yang diikat ketat. LEGANYAA!!

    6. Selang sehari hijabster mengalami “hari hijab yang teruk”

    7. Menonton tutorial “cara memakai hijab” di youtube adalah wajib. 

    8. Adakalanya hijabster ingin duduk di rumah kerana memakai hijab perlukan masa yang lama. 

    9. Sebab itulah mereka ambil masa yang agak lama bila nak buka pintu rumah. 

    10. Hijabster yang pakai bun yang tinggi merupakan attention seeker. 

    11. Dan yang paling penting ialah, Hijabster amat bersyukur dengan pilihan mereka. 

    Tak percaya, sila share post ini ke Hijabster yang anda kenal. (Jangan amik serius sangat ye! Peace!)