Punca Nahas MH17 DiKlasifikasi Sebagai “Rahsia”

Ukraine, Belanda, Belgium dan Malaysia tanda tangani perjanjian rahsia

Dalam rangka perjanjian antara 4 negara yang ditanda tangani pada 8 Ogos antara Ukraine, Belanda, Belgium dan Malaysia sebarang maklumat mengenai kemajuan dan hasil siasatan bencana MH17 akan kekal sebagai rahsia.

Ini telah disahkan pada taklimat di Kiev di bawah naungan pejabat Ketua Pendakwa Raya Yuri Boychenko. Beliau berkata keputusan siasatan akan diumumkan sekiranya mendapat persetujuan semua pihak yang menandatangani perjanjian itu.

Mana-mana negara yang menandatangani perjanjian itu mempunyai kuasa veto keputusan siasatan tanpa memberi sebarang alasan.

Pakar antarabangsa mengakui bahawa siasatan ke atas bangkai pesawat Boeing 777 akan mengambil beberapa minggu.

Fasa kedua akan melibatkan pencarian baki mangsa nahas tragedi MH17
 

Wanita Malaysia Sertai Jihad Seks ISIS

Betul atau Bohong: Wanita Malaysia Dilapor Sertai ‘Jihad Seks’ Untuk Penuhi Keperluan Seksual Pejuang ISIS

TERKINI: PIHAK POLIS TELAH MENAFIKAN SEBAR MAKLUMAT TIGA WANITA MALAYSIA JADI HAMBA SEKS KUMPULAN ISIS.

Seorang pegawai kanan risikan mendedahkan laporan mengenai tiga wanita Malaysia yang menyertai pasukan ISIS di Timur Tengah bagi menawarkan Jihad Al-Nikah atau Jihad Seksual

Konsep Jihad Al-Nikah ini baru sahaja muncul sekitar tahun 2013 oleh fahaman Wahhabi yang menyeru wanita sunni untuk melakukan jihad seks bagi menyemarakkan moral pejaung ISIS.

“Wanita ini dipercayai menawarkan diri mereka untuk melakukan hubungan intim kepada pejuang ISIS yang cuba memperkenalkan peraturan Islam di Timur Tengah,” kata pegawai terbabit.

Bagaimanapun, pegawai tersebut enggan mendedahkan identiti beliau. Kengganan tersebut menyebabkan laporan itu mungkin betul atau bohong.

Dalam pada itu, bukan hanya wanita Malaysia sahaja yang terlibat. Sumber mendedahkan lebih 100 wanita Islam Australia dan Britain turut berjuang di samping ISIS untuk tujuan Jihad Seks.

Difahamkan, ISIS telah mengeluarkan satu Dekri mengarahkan wanita tidak berkahwin untuk menyertai Jihad Seks. Bagi sesiapa yang gagal mematuhi Dekri itu, Undang-Undang Syariah akan dikenakan ke atas mereka.

p/s:

Adakah anda percaya atau tidak tuduhan yang dilemparkan oleh pegawai terbabit adalah pilihan masing-masing. Carian di internet mendapati di Indonesia terdapat pamplet mengajak wanita di sana untuk menyertai Jihad Seks.

Rasanya tiada istilah Jihad Seks dalam Islam dan tidak mustahil juga ini cuma untuk menjatuhkan maruah Islam secara amnya. Apa pendapat anda? Sila kongsi cerita ini.

 

Model Bikini Di Denda RM400

Akibat berpakaian tidak senonoh, model didenda RM400

Dua model yang berpakaian menjolok mata semasa sesi fotografi di Jalan Sultan Yussuf, Isnin lalu, masing-masing didenda RM400 atau penjara satu bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Haslinda A. Raof menjatuhkan hukuman tersebut terhadap How Jo Yee, 21 dan Low Kah Wai, 27.

 
 Kejadian didakwa dilakukan di lampu isyarat di Jalan Sultan Yussuf berhampiran CIMB Bank di sini kira-kira pukul 9 pagi, Isnin lalu.

 Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd. Jeffery Ong mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 290 kanun sama dengan denda tidak melebihi RM400 jika sabit kesalahan.

Jurugambar yang hanya mahu dikenali sebagai Koo, mempunyai pengalaman 20 tahun dalam bidang tersebut menjelaskan tema dan konsep itu dipilih untuk menyerlahkan kekreatifan syarikat perkahwinan yang diwakilinya.

Beliau menegaskan bahawa mereka tidak berniat untuk mencetuskan kontroversi malah terkejut dengan reaksi yamg diterima di media sosial.

Astro atau Asteruk?

Astro bagi percuma siaran untuk minta maaf

Astro dalam kenyataan akan membuka semua saluran sepanjang minggu ini bermula dari Jumaat 29 Ogos 2014 sehingga Isnin 1 September 2014. Langkah ini sebagai tanda meminta maaf kepada seluruh pelanggan Astro akibat kebakaran tempoh hari yang menjejaskan siaran Astro.

Kebakaran berpunca dari bilik server UPS yang menjejaskan 78 saluran Astro.

Walaupun gangguan ini bukanlah gangguan yang berpunca dari masalah teknikal, tapi umum mengetahui tentang servis Astro yang mengecewakan banyak pelanggan.

Antara rintihan yang biasa kita dengar adalah siaran yang terganggu ketika hujan, rancangan yang diulang dengan kerap dan juga harga pakej yang dikatakan mahal dan tidak setanding dengan harga yang dibayar.

Astro yang sememangnya memonopoli siaran berbayar dan telah lama bertapak dikatakan tiada penambah baikan dalam kualiti servis mereka.

Siaran berbayar seperti Hypp Tv dan ABN juga masih baru dan saluran juga terhad kerana dimonopoli oleh Astro sendiri.

Ada juga pengguna yang memilih untuk tidak melanggan atau memberhentikan langganan kerana tidak berpuas hati dengan kualiti servis dan tidak setanding dengan harga yang dibayar.

Apakah pilihan yang masih ada untuk pelanggan Astro? Untuk terima kualiti servis yang mantap mungkin tidak kesampaian. Adakah hanya menerima saja dengan hati yang terbuka kerana rancangan Akademi Fantasia akan bermula?

Hak sebagai pengguna untuk memilih dan jika tiada sebarang tindakan dari pengguna, Astro tetap akan menjadi asteruk dan pengguna hanya mampu untuk ‘meroyan’ dalam media sosial. Dan apabila Astro membuka semua saluran secara percuma kita akan merasa seronok sehingga terlupa akan ‘royanan’ tadi.

iPhone Dan Kesan Teknologi Terhadap Manusia

5 Akibat iPhone Yang Anda Tidak Sedar

Sejak terciptanya telefon pintar yang dilopori oleh Apple, banyak benda atau perkara yang telah digantikan dengan telefon pintar. Sememangnya kemajuan teknologi akan memudahkan kehidupan manusia dan setiap benda yang baik sudah pasti ada kesan yang buruk juga. Apakah kesan-kesan tersebut?


PETA

Jika anda ingat, bilakah kali terakhir anda membuka peta yang besar dan menghadapi kesukaran mencari jalan? Atau anda tahukah apa itu peta? Terima kasih kepada Google Maps, anda tidak perlu membuka peta kertas yang besar dan mengambil separuh pandangan kereta anda. Ianya semakin pudar… Tetapi jika anda guna Apple Maps, mungkin anda patut simpan peta dalam kereta.

ADAB MAKAN

Rasanya, semua orang pernah menghadapi situasi ini. Anda makan malam bersama rakan atau ahli keluarga, tetapi keadaan senyap. Bersembang bersama boleh tunggu. Yang penting makanan tersebut wajib diInstagramkan dahulu dan tweet dari Azwan Ali yang harus dibaca.

BLACKBERRY

Jika anda dulunya seorang pengguna Blackberry dan orang lain masih lagi guna Nokia 3310 sudah tentu anda orang yang paling hensem ketika itu. Tetapi jika sekarang anda masih lagi menggunakan Blackberry dan orang lain mempunyai iPhone, HTC, Samsung sudah pasti anda malu untuk tunjukkan Blackberry anda. Kemajuan telefon pintar telah mempercepatkan kematian Blackberry dalam pasaran.

JAM LOCENG

Berapa ramai diantara kita yang masih bangun pagi dan dikejutkan oleh bunyi beeping atau ringing yang menyakitkan hati. Pagi anda lebih aman bila anda dikejutkan oleh lagu kegemaran anda.

KAMERA POINT N SHOOT

Dari segi praktikal, membawa telefon pintar yang mempunyai kamera sudah cukup memadai. Kebanyakkan kamera telefon pintar boleh menandingi kualiti kamera PnS.
 
Apakah kesan kepada orang sekeliling yang anda tahu? sila kongsi.

Masalah Yang Semua Cikgu Akan Faham

Apakah kesusahan cikgu yang mungkin kita tidak tahu
cikgu ajar
Profesion sebagai cikgu dikatakan sebagai profesion yang mulia kerana mendidik anak-anak kita menjadi insan yang berguna. Tetapi ada juga yang mengatakan kerjaya sebagai cikgu ini mudah. Adakah benar menjadi cikgu ini mudah? Mari kita lihat apakah problem yang hanya cikgu saja yang akan faham. 

1. Apabila mendengar khabar berita tentang “perubahan baru” dalam kokurikulum. Cikgu akan: 

2. Bila seseorang mencadangkan yang kerjaya cikgu adalah senang. Cikgu akan: 
3. Ibu bapa yang merasakan anak-anak mereka “sangat baik” 
4. Bila anak murid terjumpa Instagram atau akau Facebook. Cikgu akan: 
5. Cikgu terpaksa menerima hakikat bahawa “soalan bodoh” itu adalah satu soalan yang legit.


6. Menerima hadiah yang agak pelik dari pelajar. 
7. Bila student bertanya soalan yang agak susah dijawab dan kemungkinan tidak tahu jawapannya. Cikgu akan: 
8. Pelajar yang bermain handphone dalam kelas. Cikgu akan: 
9. Memberi markah / tanda jawapan bagi kerja sekolah yang teruk. 
10. Meeting yang wajib hadir selepas hari yang panjang dan memenatkan. Cikgu akan: 
11. Terasa seperti nak mengamuk bila ada student buat kurang ajar. Cikgu akan: 
12. Cuba dengan sedaya upaya untuk tidak menangis bila pelajar yang asyik gagal tiba-tiba mendapat kelulusan yang cemerlang. 

Antara ALS dan Ice Bucket Challenge

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang ALS Ice Bucket Challenge


ALS Ice Bucket Challenge mula menjadi ikutan di media sosial. Artis popular, ahli sukan malah golongan korporat dari syarikat-syarikat besar juga turut membuat cabaran tersebut. Bagi yang tidak tahu apakah itu ALS Ice Bucket Challenge, berikut adalah perkara yang perlu anda tahu sebelum anda menjadi sebahagian dari trend ini. 

Kenapa orang melemparkan air kepada diri mereka sendiri dan apakah itu ALS Ice Bucket Challenge?

Ice Bucket Challenge adalah satu cabaran untuk orang ramai dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran dan sudah tentunya untuk mengutip dana. 


Anda cuma perlu rekod video anda, penuhkan sebaldi air berisi ais, beritahu dalam video tersebut mengenai tujuan cabaran ini dan cabar sesiapa sahaja yang anda suka. Sekiranya cabaran tidak diterima, rakan anda akan menderma ke persatuan kebajikan ALS pilihan mereka. 

Apakah itu ALS dan apa kesan ALS ke atas manusia?

ALS ialah penyakit yang mengakibatkan seseorang yang mempunyai ALS hilang keupayaan untuk mengawal otot dan melakukan pergerakan yang akan susut mengikut masa. Antara pesakit ALS ialah Steven Hawking dan juga pemain bola Malaysia Mokhtar Dahari



Adakah ALS mempunyai penawar?

Tidak. ALS tidak mempunyai penawar setakat ini. Hanya ubat dan terapi yang boleh membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit ALS. 


ALS Ice Bucket Challenge telah merentasi benua dan mula mendapat tempat di Malaysia. Malah, Menteri Belia dan Sukan juga menyahut cabaran tersebut. Walaupun terdapat kontroversi dimana sebilangan pihak mempertikaikan cabaran ini dan juga impak nya keatas pesakit ALS. Tetapi, ianya terpulang kepada individu terbabit niat mereka sama ada betul-betul ingin meningkatkan kesedaran ataupun hanya menjadi sebahagian daripada trend yang akan silih berganti. 

Selamat Pulang MH17

Kepada Mangsa Tragedi MH17, Selamat Pulang


Pada Hari Jumaat 22 Ogos 2014, warga Malaysia bangun dengan hati yang berat dan pilu. Ianya adalah hari Malaysia Berkabung untuk mangsa nahas MH17. Jenazah mangsa MH17 dibawa dari Lapangan Antarabangsa Schipol di Belanda untuk pulang ke tanah air, Malaysia.

Di seluruh Negara, bendera dikibar separuh tiang untuk menunjukkan tanda hormat. Di luar kompleks Bunga Raya di KLIA, keluarga dan rakan kepada mangsa nahas menunggu jenazah dan abu  orang kesayangan mereka.
Pesawat yang membawa kumpulan pertama 20 jenazah mangsa MH17 tiba di KLIA pada pukul 10 pagi. Tentera Diraja Malaysia ditugaskan untuk menyambut keranda yang dibaluti bendera Malaysia. 
Keranda pertama yang dibawa keluar adalah Matsura Mustafa, kru penerbangan Malaysia Airlines. Keranda tersebut dibawa masuk ke 20 buat van jenazah yang bersedia membawa jenazah pulang ke kampung halaman. 
Suasana sugul dan sedih oleh waris mangsa nahas MH17 yang menyaksikan upacara menghormati mangsa MH17. Berpakaian serba hitam, Perdana Menteri Najib Razak dan timbalannya, Muhyiddin Yassin membaca doa untuk jenazah. 

Menteri Pertahanan dilihat berkongsi kesedihan dengan memeluk salah seorang waris manga nahas tersebut. Siaran televisyen dan radio dihentikan buat sementara waktu untuk menyiarkan upacara ini secara langsung.
Keranda ke-9 dan ke-10 yang dibawa keluar adalah Mabel Anthony Samy dan Paul Rajasingam/Sivagnanam. Mayat anak lelaki mereka, Matthew masih belum dikenalpasti. Setelah keranda terakhir dibawa masuk kedalam van jenazah, Malaysia berkabung tepat jam 10.52 pagi.
Seluruh negara juga turut berkabung. Keadaan di jambatan Pulau Pinang. Kenderaan yang menyusuri Lebuhraya Persekutuan juga berhenti di tepi jalan sebagai tanda hormat.


20 buah van jenazah berlepas dari kompleks Bunga Raya pada pukul 10.56pm. Ketika konvoi van jenazah melintasi barisan kru penerbangan Malaysia Airlines, mereka mengucapkan selamat tinggal untuk kali terakhir dengan melemparkan bunga putih sebagai tanda hormat.



Van jenazah membawa pulang mangsa MH17 ke kampong halaman masing-masing. Samada dihantar ke Shah Alam atau Kuching, Tentera Diraja Malaysia turut bersama di setiap perjalanan. Rakyat Malaysia seluruh nya mengucapkan takziah kepada waris anak kapal dan penumpang MH17. “Selamat Pulang”

Perkara Tentang MySpace Yang Anda Ingat

Perkara Yang Anda Pasti Ingat Jika Anda Guna MySpace


1. Selfie kat tandas guna kamera betul atau lebih baik guna dslr.

2. Anda ucap terima kasih setiap kali “add friend”

3. Anda punya Top 8 jadi isu sampai gaduh-gaduh.

4. Anda luangkan masa berjam-jam untuk dapatkan “profile page” yang lawa.

5. Anda komen dengan perkataan yang “glitter”

6. MySpace Tom adalah kawan pertama anda.

7. Bila semua kawan anda guna Facebook, anda dengan tegas tak mahu.

8. Anda tetap dengan MYSPACE!!

9. Tapi, akhirnya anda pun berpindah guna Facebook. Apa kenangan MySpace anda? Kongsi cerita ini dengan kawan-kawan.

Benarkah Yayasan Hang Tawi Menipu Kutip Derma?

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Yayasan Hang Tawi


Sememangnya jika isu Gaza akan mendapat perhatian yang meluas di Malaysia. Sikap prihatin rakyat Malaysia boleh dilihat dengan sumbangan kepada tabung Gaza bagi mengurangkan beban penduduk Gaza
Disebalik keprihatinan rakyat Malaysia mengenai isu Gaza, terdapat segelintir pihak yang mengutip derma dengan mendakwa mereka akan membantu penduduk di Gaza. Ini termasuk Yayasan Hang Tawi.
Terdapat laporan yang mendedahkan bahawa Yayasan Hang Tawi membuat pungutan derma tanpa surat kebenaran daripada Majlis Agama. Siapakah sebenarnya mereka ini?
Yayasan ini didapati mengutip derma dibawah satu nama pertubuhan yang telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Ada diantara mereka telah ditahan oleh Jabatan Agama kerana mengutip derma tanpa surat kebenaran. Mereka juga dikatakan berselindung dibawah nama yayasan tersebut untuk mengelirukan orang ramai yang konon nya kutipan derma tersebut akan disalurkan kepada masyarakat Islam di Palestin, Syria dan negara Arab lain yang sedang bergolak.
Menerusi Laman Facebook Yayasan Hang Tawi, yayasan ini baru saja beroperasi pada bulan Mei 2014.
Lebih mencurigakan lagi, dalang disebalik sindiket ini dipercayai bernama SM Amin. Indicidu ini pernah terlibat dalam kontroversi dimana penuntut tahfiz diarahkan untuk mengutip derma.
Mengikut poster Yayasan Hang Tawi ini, gambar SM Amin ada di mana-mana. Siapakah individu ini sebenarnya?
 
 
Kisah SM Amin atau Azhar Wahab mula tersebar apabila dipercayai mengarahkan anak anak yatim mengutip sumbangan bagi pembangunan pusat tahfiz amal di Kedah sementara pemiliknya dikatakan puas berjoli. JAKIM pernah mengesahkan pusat tahfiz itu bernaung dibawah ajaran Azhar Wahab atau Ajaran Al-Mansur yang difatwakan sesat.
 
 
Difahamkan bahawa Yayasan Hang Tawi telah melebarkan sayapnya ke Acheh, Indonesia serta mempunyai pejabat sekretariat bertempat di Amman, Jordan dan yang terbaru mereka sedang membina sebuah lagi pejabat di Songkla, Thailand.
 
 
Adakah benar mereka melakukan kutipan derma secara haram? Penjelasan dari pihak Yayasan Hang Tawi telah menafikan bahawa mereka menjalankan kegiatan mengutip derma secara haram.
 

Jadi, apakah pendapat anda? Siapakah yang bercakap benar dan siapa yang anda percaya? Dinasihatkan orang ramai yang ingin membuat sumbangan dermakanlah kepada yayasan atau organisasi yang bertauliah dan diiktiraf.

Kongsi Cerita Ini.