Fara Fauzana Pakai Tudung

Punca Fara Fauzana Kelihatan Berselendang Sejak Akhir Akhir Ini !
Kecoh juga media sosial dengan penyebaran gambar pelakon dan penyampai radio Hot FM,Fara Fauzana kini tampil berselendang. Imej barunya itu ternyata mendapat perhatian dan pujian dari rakan dan juga peminatnya. Penampilannya itu menimbulkan pertanyaan segelintir pihak. Adakah Fara bakal berhijab sepenuhnya? Apa yang membuatkan Fara berubah?

Menerusi laporan Kosmo!, Fara pada mulanya seperti keberatan untuk bercerita dan lebih gemar mengambil pendekatan berdiam diri kerana bimbang dengan persepsi orang ramai yang berbeza. Mengakui dirinya masih belum lagi berhijab sepenuhnya sekarang ini, namun Fara tidak menafikan bahawa dia memang sudah ke arah untuk tampil dengan gaya seorang Muslimah.

“Sebenarnya agak sukar dan tidak tahu untuk memberikan komen berhubung perkara ini. Tidak dinafikan saya sudah mula memakai selendang sejak bulan lalu tetapi belum berhijab sepenuhnya lagi. Cuma, niat untuk berhijab itu sudah lama tertanam dalam diri dan memandangkan pada usia yang sudah mencecah 34 tahun, mungkin sudah tiba masanya untuk saya melakukan perubahan.”

“Saya sendiri tidak tahu bila ia akan berlaku dan kini memang saya berasa selesa dengan berselendang tetapi kalau ada yang bertanya saya cuma cakap doakanlah yang terbaik untuk diri saya. Kalau ada mana-mana pihak yang mahu mengkritik terhadap penampilan saya sekarang ini, saya memang tidak kisah kerana diri ini sudah lali dengan sebarang kritikan.”
“Tidak dinafikan yang ia serba sedikit dapat mengubah karakter saya seperti percakapan dan perasaan. Misalnya, kini saya dapat mengawal kesabaran dan kemarahan saya. Selain itu, bos di tempat saya bekerja dan rakan-rakan penyampai juga banyak memberikan sokongan kepada saya terhadap perubahan ini.”
Fara juga menafikan faktor teman lelaki atau ingin berkahwin membuatkan dia berubah. Jelas Fara, sehingga kini dia belum ada calon yang sesuai lagi. Fara juga berkata dia akan kekal dengan imej berselendang dalam mana-mana majlis termasuklah dalam program Nona.
“Sudah tentu ia merupakan perkara yang tidak benar kerana seperti yang saya katakan, memang sudah lama saya berniat untuk berhijab. Lagipun buat masa ini saya belum ada calon yang sesuai lagi, tidak menolak sekiranya jodoh itu datang dalam masa terdekat ini. Secara jujurnya saya akan terus kekal dengan penampilan sebegini, contohnya ketika muncul dalam rancangan Nona. Namun begitu, saya tidaklah mempunyai banyak koleksi selendang sekarang ini”

Enjin Pesawat Kapal Terbang Terbakar!

Enjin Pesawat Kapal Terbang Terbakar !

Sebuah pesawat berpatah balik ke Lapangan Terbang Perth, pagi ini selepas salah satu enjinnya terbakar sebaik berlepas.

Penumpang pesawat Cobham Aviation memberitahu, mereka melihat api marak dan asap dari enjin yang terbakar sebaik pesawat berlepas jam 10.30 pagi waktu tempatan.

Pesawat bagaimanapun berjaya berpatah balik dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Barrow Island.

Cobham Aviation Services dalam satu kenyataannya berkata, pesawat BAE 146 empat enjin itu kembali ke Lapangan Terbang Perth jam 10.53 pagi.

Katanya, kejadian berlaku ketika pesawat sedang naik ke ruang udara apabila enjin nombor duanya tiba-tiba terbakar.

Ketika kejadian pesawat membawa 92 penumpang, dua juruterbang dan tiba anak kapal dan semua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.


SEBUAH pesawat penumpang terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Perth pagi tadi selepas salah satu enjin terbakar sejurus berlepas. - Foto ABC News
Penumpang pesawat, Jason Grimmett, berkata kejadian berlaku kira-kira 10 minit selepas pesawat berlepas.
“Saya duduk di sebelah kanan enjin dan tiba-tiba kepulan asap keluar dari enjin.


“Minyak bertaburan di udara sebelum api menyambar dan keadaan panik ketika itu namun juruterbang bertindak pantas untuk menutup saluran minyak,” katanya. – ABC News

Kereta Menteri Kene Clamp di Alamanda

Tahniah kepada pak guard di Alamanda kerana berani mengeclamp kereta menteri. Kepada driver menteri tersebut diharap janganlah berasa kebal sebab ada plat menteri. Apa pun tahniah kepada pak guard tersebut kerana tidak double standard dalam menjalankan tugas anda. 

Penyamar staff Media Prima persis model, 10 Tertipu

Sepasang kekasih mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam masing-masing atas 20 pertuduhan menipu membabitkan tawaran menjadi pelakon tambahan dan menyamar sebagai kakitangan Media Prima pada bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Adhabdullah Haziz, 23, dan Hamizah Mohamed Nazri, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh dan Majistret Syajaratudur Abd Rahman.

Bagi semua pertuduhan menipu, mereka didakwa bersama-sama menipu 10 individu dengan menawarkan tawaran sebagai pelakon tambahan melalui syarikat Media Prima yang tidak wujud hingga mendorong semua mangsa menyerahkan 18 telefon bimbit dan wang tunai RM2,499 di dua pusat beli-belah di Bandaraya Melaka antara 16 dan 22 Mac 2014.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 420, Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34,

kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dengan sebat dan denda jika disabitkan kesalahan.

Manakala bagi semua pertuduhan menyamar, mereka didakwa bersama-sama menggunakan pas palsu Media Prima untuk tujuan menipu semua mangsa terbabit pada masa, tarikh dan lokasi sama.-myMetro

Stesen minyak kantoi menipu

Stesen minyak kantoi menipu
http://www.sinarharian.com.my/stesen-minyak-kantoi-menipu-1.216515
Di bawah ini sukatan minyak RON95 (Liter) yang anda patut dapat bergantung kepada wang yang anda bayar.
RM10 — 4.762 Liter
RM20 — 9.524 Liter
RM30 — 14.286 Liter
RM40 — 19.048 Liter
RM50 — 23.810 Liter
RM60 — 28.571 Liter
RM70 — 33.333 Liter
RM80 — 38.095 Liter
RM90 — 42.857 Liter
RM100 — 47.619 Liter
RM110 — 52.381 Liter
RM120 — 57.143 Liter
RM130 — 51.905 Liter
RM150 — 61.905 Liter
RM160 — 76.190 Liter
RM170 — 80.952 Liter
RM180 — 85.714 Liter
RM190 — 90.476 Liter
RM200 — 95.238 Liter
Perhatikan meter RM dan Liter semasa mengisi minyak di stesen minyak.
Jika anda dapat kurang daripada sukatan yang sepatutnya, sila laporkan kepada pihak berkuasa

Hutang Negara Bahagian 1: Memahami Hutang Negara

Hutang negara adalah salah satu topik hangat yang menjadi bualan sejak dua tiga tahun kebelakangan ini. Selain daripada pakar ekonomi dan tokoh akademik, perihal tentang hutang negara ini juga menjadi buah mulut rakyat biasa terutamanya di dalam ruangan media sosial. Isu hutang negara dijadikan isu politik dan sosial apabila ada segelintir daripada kita yang risau tentang paras hutang negara yang dikatakan berada pada paras kritikal. 

Kebanyakan pemahaman tentang hutang negara dikalangan masyarakat dibentuk oleh fahaman politik. Ada yang mengatakan hutang negara membebankan dan ada yang mengatakan hutang negara adalah mampan dan sihat. Sebelum kita membuat kesimpulan tentang hutang negara itu elok juga kita faham apa itu sebenarnya hutang negara. 
Apa itu hutang negara?

Hutang negara yang dibincangkan di sini adalah lebih tepat merujuk kepada hutang awam (public debt) atau hutang kerajaan (government debt). Kedua-duanya adalah sama hutang awam=hutang kerajaan. Manakala hutang seisi rumah (household debt), hutang sektor swasta (private debt) adalah dua perkara lain dan berbeza dan tidak termasuk didalam kategori hutang awam yang tidak akan dibincangkan disini.
Hutang awam adalah hutang oleh kerajaan persekutuan kepada semua pemberi hutang. Kebanyakan negara berhutang untuk menampung perbelanjaan kerajaan pada tahun tertentu. Kerajaan setiap tahun akan mengutip cukai dan menerima hasil yang dipanggil pendapatan kerajaan. Setiap tahun juga kerajaan akan membelanjakan wang yang terbahagi kepada dua kategori perbelanjaan iaitu perbelanjaan mengurus (operating expenditure) dan juga perbelanjaan pembangunan (development expenditure). Setiap tahun Menteri Kewangan akan membentang belanjawan tahunan (bajet/budget) di parlimen untuk menerangkan berapa hasil kutipan kerajaan dan juga berapa perbelanjaan kerajaan untuk tempoh tahun tersebut.

HASIL KERAJAAN PERSEKUTUAN


Apabila pada suatu tempoh tahun tersebut hasil kerajaan yang dikutip melebihi perbelanjaan kerajaan, keadaan ini dipanggil sebagai belanjawan lebihan (surplus budget). Apabila hasil kerajaan kurang daripada perbelanjaan kerajaan ia dipanggil sebagai belanjawan defisit (deficit budget) dan jika hasil kerajaan pada tahun tertentu itu sama dengan perbelanjaan kerajaan ia dipanggil belanjawan berimbang (balanced budget). 

DEFISIT KERAJAAN PERSEKUTUAN (PERBELANJAAN TOLAK HASIL)


Jadi anda semua perlu membezakan defisit dengan hutang awam kerana defisit itu bukan hutang. Defisit adalah kekurangan dana atau terlebih belanja didalam belanjawan tahunan. Defisit ini yang menyebabkan kerajaan terpaksa berhutang untuk menampung perbelanjaan yang lebih daripada hasil yang dikutip kerajaan. Ingat defisit dan hutang itu adalah dua perkara yang berbeza.

Hutang negara dikira dalam jumlah berapa Ringgit Malaysia dan juga dikira berbanding jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau Gross Domestic Product (GDP). [KDNK secara ringkasnya bermaksud saiz ekonomi negara]. 



Bagaimana kerajaan berhutang?

Kerajaan berhutang dengan menerbitkan bon (sejenis instrumen hutang) kepada awam seperti bank, KWSP, KWAP dan juga orang ramai. Bon ini adalah kertas sebagai janji dimana pada tempoh masa tertentu kerajaan akan membayar balik wang (principal) yang dipinjam setelah habis tempoh matang (maturity date) bon dan kerajaan juga akan membayar sejumlah wang faedah (interest) mengikut kadar yang telah ditetapkan didalam bon tersebut. Contohnya: 

  1. Kerajaan Malaysia melalui Perbendaharaan Negara (treasury) menerbitkan bon sebanyak RM1,000,000 kepada awam untuk tempoh masa 10 tahun dengan kadar faedah 3% setiap tahun.
  2. Pelabur yang melanggan bon (meminjamkan duit kepada kerajaan) akan menerima faedah 3% atau RM30,000 setiap tahun daripada kerajaan untuk tempoh masa 10 tahun.
  3. Setelah tempoh 10 tahun iaitu tempoh matang bon itu tamat, kerajaan akan memulangkan RM1,000,000 prinsipal atau wang pelanggan bon tersebut.
Hutang awam atau bon ini kebanyakannya diterbitkan oleh kerajaan didalam negeri bermakna hutang awam dipegang oleh pelabur didalam negeri. Kerajaan juga ada meminjam wang daripada luar negara dengan menerbitkan bon daripada peminjam/pelabur luar. Hutang ini dipanggil sebagai hutang luar (external debt). 

Dibawah Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 parlimen menetapkan had siling pinjaman luar negara pada RM30bil sahaja: 

Oleh sebab itu kebanyakan hutang kerajaan dipinjam daripada dalam negeri dan dalam Ringgit Malaysia. Rujuk: 

PINJAMAN DALAM DAN LUAR NEGERI
Gambarajah dari Laporan Ketua Audit Negara diatas menunjukkan jumlah pinjaman dalam negeri dan juga luar negeri yang dipinjam oleh kerajaan persekutuan setiap tahun. Jumlah hutang luar negeri adalah pada kadar yang minima dan masih dibawah daripada paras siling yang ditetapkan perlembagaan negara.
Trend hutang kerajaan
Pada awal tahun 90 an kerajaan dibawah Menteri Kewangan Dato Sri Anwar Ibrahim pada masa itu memacu ekonomi negara yang berkembang pesat. Dalam pada masa yang sama trend hutang kerajaan menurun dari awal 90an pada paras 80% berbanding KDNK  sehinggalah  tahun 1997 pada paras 32%: 


Krisis ekonomi asia tenggara pada tahun 1997 menyaksikan hutang kerajaan meningkat secara konsisten kerana kerajaan terpaksa berbelanja lebih untuk merancakkan kelembapan ekonomi tempatan dan trend hutang awam kembali meningkat dari serendah 32% (tahun 1997) sehinggalah pada paras lebih 50% pada tahun 2011. 

Artikel ini akan bersambung kemudian. Setakat ini saya harap kawan-kawan sudah faham apa itu hutang kerajaan, hutang kerajaan berbanding KDNK(GDP), trend hutang kerajaan dan lain-lain. Di dalam artikel seterusnya kita akan membincangkan samada hutang kerajaan ini sihat atau membimbangkan dan juga adakah Malaysia akan menjadi seperti Greece seperti yang dirisaukan sesetengah pihak. Nantikan artikel seterusnya. 

Misi Mencari MH370 Tamat 7 Hari Lagi?

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam kenyataan semalam, berkata misi mencari MH370 yang hilang pada 8 March lalu dijangka akan selesai 5-7 hari lagi. Pihak JACC berkata, dalam email kepada Reuters, misi mencari MH370 dilakukan dikawasan radius 10km di selatan Lautan Hindi. Kawasan itu terletak disekitar salah satu isyarat dipercayai kotak hitam pesawat berkenaan. 

Namun, isyarat itu tidak lagi dikesan dan dikhuatiri bateri kotak hitam itu telah pun kehabisan kuasa. Beberapa pegawai JACC tidak memberikan petunjuk sama ada mereka yakin pencarian disekitar kawasan tersebut akan membuahkan hasil dalam memberi petunjuk baru tentang pesawat MH370. 

Pencarian pesawat MH370 menggunakan kenderaan dalam air yang dikenali sebagai Bluefin-21 berharga US$4 Juta (RM12.95 Juta). Ianya boleh menyelam pada kedalam 4.5km tetapi diubahsuai pada 4.7km.

Bluefin-21 adalah milik sebuah syarikat yang melakukan kerja-kerja penyelamatan dalam laut iaitu Phoenix International Holdings Inc. 


Xixili 10th Anniversary Fashion Show Event di MidValley

Sempena sambutan 10 tahun penubuhan Xixili, iaitu pakaian dalam wanita, telah mengadakan pertunjukan pakaian dalam wanita di kompleks membeli belah Midvalley. Pertunjukan yang bermula pada pukul 8 malam berakhir sejam kemudian. Majlis yang diacara oleh Nadia Heng dimulakan dengan tiupan lilin kek harijadi. Kemudian diikuti oleh persembahan dari violinist terkemuka, Dennis Lau. Xixili pada malam itu telah melancarkan koleksi pakaian dalam wanita untuk musim Spring dan Summer.

p/s: walaupun bilik ber-aircond tapi Admin tetap rasa panas. Aumm..Aumm..

Video: Cara Menjawab Soalan Temuduga

Kepada para pencari kerja yang akan pergi interview. Sila tonton video ini.
Biarlah English anda berterabur, yang penting ialah keyakinan diri bila di temu duga. Dan jangan lupa senyum.

Nama Karpal Singh Jadi Sebutan

Semenjak kemalangan yang melibatkan Karpal Singh tempoh hari, status-status di media sosial terutamanya di Facebook tidak kurang panasnya. Ada yang gembira, ada yang sedih. Tidak kurang juga yang menghina. Nama Karpal Singh jadi sebutan segenap lapisan masyarakat. Seperti MP Langkawi dibawah ini


Ada yang menyokong dan ada juga yang membantah. Masing-masing hebat dengan hujah mereka tersendiri.

Aktivis radikal Benz Ali juga mencetuskan kontroversi dengan membuat status di Facebook seperti berikut. 
Terbaru, komen dari seorang wanita di Facebook juga mencetuskan kontroversi di media sosial. Komen tersebut disifatkan warga internet sebagai “kurang ajar”. Itu masih belum dikira perbincangan di dalam forum-forum tempatan. 

Masing-masing ada hak untuk menyuarakan pendapat dan perasaan mereka tentang sesuatu isu. Apa yang penting, berani buat berani lah tanggung.

Karpal Singh pada masa hidupnya hebat. Walaupun sudah tiada di alam kehidupan. Namun, nama Karpal masih tetap menjadi sebutan.