Cadangan beri khemah tidak praktikal

Ahli parlimen Kemaman, Ahmad Shabery Cheek berkata cadangan untuk menyediakan khemah kepada mangsa banjir seperti di negara Jepun adalah tidak praktikal kerana iklim di negara tersebut berbeza dengan iklim di negara Malaysia.


Cadangan untuk memberi khemah tersebut adalah dari mangsa banjir tersebut kerana untuk memudahkan keluarga mangsa terutama bagi ibu yang masih menyusukan anak mereka. Shabery berkata lagi, sekiranya mangsa terpaksa tinggal lebih lama, tilam yang selesa diutamakan dari penyediaan khemah.

Tambah beliau lagi.

“Ramai yang suruh kerajaan bekalkan khemah kepada setiap keluarga tapi kalau beri khemah mungkin disuruh pasang pendingin hawa pula kerana suhu di negara ini panas berbeza dengan Jepun yang suhunya sejuk. 

“Jika pasang khemah, mungkin orang ramai boleh duduk selama sejam sahaja paling lama kerana panas,”

“Cuma kita lihat situasi banjir selalunya orang berpindah tak lebih lima hari jadi apakah kita nak gembleng tenaga dan menyediakan khemah atau tilam empuk? 

“Jadi saya rasa apa yang kita perlukan mungkin tikar atau tilam yang nipis.
“Kalau tilam yang tebal nak kendalikan susah.

“Sekarang kita ada 18,000 mangsa banjir jadi nak kendalikan 18,000 tilam untuk dihantar ia memerlukan beratus trak selain masalah logistik lain,”

Banyak pula alasan. Ini cuma untuk bagi keselesaan kepada mangsa banjir. Bayangkan jika ibu hendak menyusu anak dengan ramai orang disekeliling. Haruslah malu itu dijaga. Komen anda?

Shahrizat persoal mana MP Kuantan ketika Banjir

Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil mempersoal kemana perginya MP Kuantan, Fuziah Salleh ketika bandar Kuantan dilanda banjir baru baru ini.

Shahrizat berkata demikian ketika sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Persidangan Agung Umno 2013 (PAU 2013). 

Kata beliau lagi yang merujuk kepada ahli parlimen Kuantan itu. 

“Ketika pemimpin-pemimpin kita berada di sana melawat mangsa banjir, mana pemimpin pembangkang?
“Wanita Umno ingin bertanya mana ahli Parlimen Kuantan ketika kawasan itu dilanda banjir,”

Sejurus itu, blog blog parti pembangkang juga mengeluarkan gambar gambar untuk menafikan bahawa MP Kuantan itu tiada di Kuantan ketika banjir melanda kawasan itu.

Selepas membangkitkan usul di Parlimen yang ditempelak oleh ahli parlimen Kinabantang, Bung Mokhtar, Fuziah alleh dikatakan telah bergegas ke Kuantan untuk melihat keadaan mangsa banjir.

Haruskah Shahrizat persoal mana pergi ahli parlimen Kuantan. Ketika penduduk Kuantan sedang berhadapan dengan bencana alam haruskah isu seperti ini dipolitik kan? Sila komen dibawah. 


Terima Kasih Kak Mah

Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Najib Razak mengucapkan tahniah kepada isterinya kerana “pengorbanannya” kepada negara. 


Najib berkata demikian dalam ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2013. Beliau juga memberi contoh pengorbanan isterinya itu. Kata beliau:

“Saya tak pernah berkongsi tentang ini sebelum ini. Apabila salah seorang pelajar kita ditahan di Mesir kerana dituduh sebagai perisik, isteri saya menelefon isteri Presiden Hosni Mubarak (Suzanne Mubarak) dan dalam masa dua jam pelajar itu dibebaskan. 

“Bukan itu sahaja, semasa Ops Piramid di mana pelajar kita tersekat di Mesir semasa kebangkitan Arab, melalui hubungannya, kerajaan Saudi menyediakan dua pesawat Jumbo dan bawa pelajar kita ke Riyadh, walaupun mereka tidak mempunyai visa ke Arab Saudi. 

“Mungkin malam ini akan dapat bayaran,” kata perdana menteri secara berselorohdan disambut dengan gelak tawa hadirin.

Rosmah pada bulan lalu dikritik hebat kerana menggunakan jet eksekutif kerajaan untuk lawatan peribadi beliau ke Timur Tengah.  

Perkara biasa bagi seorang suami untuk memuji isteri sendiri ye tak. Maklumlah nak jaga hati. Nanti kena marah pula. Isu semasa tidak dihirau. Apa pandangan anda pula? Sila komen dibawah.